Sunday, October 23, 2011

Sayang, Tak Apa...

bla bla bla bla...
kau taip di papan kekunci berjela - jela, dan ia muncul di tingkap perbualan kita.
tentang resah kau.
tentang kesedihan dan kegembiraan kau.
aku suka mendengarnya.
tak apa.
kerja aku esok pukul 8 pagi itu bukan ada apa - apa jika nak dibandingkan dengan keperluan cinta dari kau.
itu kerana aku sayang kau.

kau sedih.menangis.dan menyesal.
pada pukul 7 petang aku terlibat dalam kemalangan di lebuh raya berhampiran exit nilai.
berhadapan jirat cina.
kerana aku letih bekerja dan tidur lewat melayan kau berbual kerna sunyi.
tak apa.
tangan dan lutut yang luka ini bukan ada apa - apa jika nak dibandingkan dengan keperluan cinta dari kau.
aku tak kisah kerana air mata kau sudah cukup buat aku berdiri di atas jiwa yang lemah ini.
itu kerana aku sayang kau.

hari itu kau minta putus.
kau kata jika tuhan takdirkan kita bersama, dia akan satukan kita juga.
kerana pada hakikatnya, cinta kita yang tidak sampai setahun ini sebenarnya adalah satu kesilapan.
kerana pada awalnya kau hanya sunyi dan perlu teman untuk menemani hari - hari sunyi kau.
cinta itu tidak ada kata kau.
seperti aku yang pada mulanya tidak punya perasaan apa - apa sebelum ia mula tumbuh mekar.
buatkan hati aku berani berkata 'sayang' pada kau.
tak apa.
kerana kesakitan jiwa ini bukan ada apa - apa jika nak dibandingkan hati kau yang gila dirampas orang ketiga.
hampir sawan dan makan pil - pil yang entah  apa - apa.
semua kerana...
kerana cinta kau terhadap orang ketiga itu tidak berbalas.
dalam kata ketika itu kau dan aku masih mengikat cinta.
kerana kau kata akulah orang ketiga, dan cinta kau terhadapnya itu tiba lebih awal dari aku.
namun bagiku dia tetap orang ketiga.
sebab dia tidak pernah mengikat janji cinta seperti kau dan aku.
tak apa sayang...

Hari itu aku dengar kau akan dirisik dan mungkin ditunangkan,
orang ketiga itu sudah kau lupakan,
begitu juga cerita kita,
kau lebih kuat dan gembira nampaknya,
terjumpa cinta yang bagiku tak masuk akal,
dan aku mencuit hati kau dengan buat status fesbuk yang ada kaitan dengan status kau,
dan kau marah dengan perbuatan aku,
maka kau sindir aku dalam blog,
bersama kawan - kawan dan cuba buat aku sakit hati,
mana aku tahu masa itu kau cuba buatkan aku lupa tentang kau dengan membenci kau?
sayang...
mana kan mampu aku membenci, jika kau aku sayangi,
pernah abang atau kakak kau benci dan membuang kau dari hidup mereka jika kau menyakiti hati mereka?
mana mungkin,
dan aku takkan mampu,
tak apa sayang,
hari ini aku simpan dendam,
dan hati aku tak mampu untuk menolak dendam ini yang telah engkau cipta,
kerana aku hanya aku,
aku tak mahu berdendam dengan kau,
dengan warna biru,
dengan asal negeri kau,
dengan profession kau nanti,
dengan keluarga kau,
dengan cerita dan muzik tentang kita,
dengan aisheta hareru kana,
dengan perjanjian 9hati21 kita,
dengan senyuman kau,
dengan kata hipokrit kau,
dengan lesung pipit kau,
dengan parut siku dan lutut yang aku terima kerana berbual panjang di YM dengan kau hingga mengantuk ketika pulang dari kerja,
dengan makian dan sindiran kau di blog pada aku yang tak layak menerimanya,
dengan keresahan yang kau buat pada aku kerana risau pada kau yang gila pada ketika itu dengan orang ketiga,
tidak sayang, tidak...
tak apa sayang,


kerana itu semua tidak ada apa - apa, jika nak dibandingkan perasaan aku yang masih setia kepada kau.
dan kau layak buang aku atas cinta kita yang hanya bermula dan mekar di alam maya.
aku tak se'real' sesiapa.
namun aku tak peduli sakit ini.

kerana aku sayang kau.
masih.

 ini kali pertama dan terakhir kita bertemu secara real

3 comments:

  1. emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo emo ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    ReplyDelete
  2. ok.sy menangis bce ni.
    sedihhhT-T

    ReplyDelete
  3. garren, kau emo ke aku emo? lek2 luuuu~~~

    aiman, lek2 jer, this is life.. :))

    ReplyDelete