Friday, October 28, 2011

Ipoh Rock n Rolla, Headbangers Metal City : The Myth

Assalamualaikum w.b.t,


post kali ni sedikit rebel dari segi attitude (kononnya) sebab nak diskas tentang scene muzik di ipoh.

basically, dalam pengetahuan aku, Ipoh ni dari segi ekonomi dier banyak dipegang oleh bangsa cina, namun dari segi benda2 kreatif iaitu muzik, aku rasa banyak dipegang oleh orang melayu, tapi tak tahulah kot2 ada artis indie cina yang popular ngalahkan alan tam masa tu, ha ha ha, pendek kata sekitar 80-90 an, Ipoh adalah sarang bagi mat2 metal, punk, rock, dah kejadah aper lagi lah jenis muzik yang ada.

kalau nak dikupas dalam dokumentari, mau dalam 10 siri macam siri bercakap dengan jin ni, tapi masalahnya tu lah, kalau takder funding, payah jugak nak wat dokumentari, saper2 direktor2 muda yang berkemampuan please penuhi impian aku ni buleh? Kalau takder, then aku kena usaha ke arah itu, untuk kupas isu2 yang ada sekitar scene underground ipoh.

kalau nak diikutkan temubual tak formal aku (sembang kedai kopi ler tu) dengan jay dan azim, mat2 slacker indie rock taun 90 an dan awal 2000, katanya memang giler babeng scene underground ipoh, dengan gig2, dengan groupies, awek2 urban, dah memang macam rock n roll city wa cakap lu, bila aku dengar cerita diorang, macam tengah tengok dokumentari Get Thrashed arahan Ratt Skates (bekas drummer Overkill). Tapi sekarang Ipoh senyap giler babeng, kurang gig, dengan band2 yang ilang macam tu jer, menyebabkan aku sendiri rasa tak puas hati, maner gi band2 yang lain?

aku dengar aritu ada lah gig2 kecik band2 indie rock dan death metal.

setakat ni yang aku kenal, ada dua orang jer key figure dalam scene underground, Jay, yang menganggotai Bloodymary, band grunge sekitar penghujung 90 an dan brader Bentara, Thrasher to the core, front man Langsuyr, band Death Metal.

ader gak beberapa key figure penting scene mainstream metal yang aku ketahui, cam bebudak SYJ, May, namun nak dikorek dari diorang giler lah, konsert diorang pun aku jarang gi, apertah lagi nak lepak sesamer. selepas pertengahan 2000, band2 yang ada macam lenyap macam tu jer, dan sekarang sangat2 jarang nak dengar gig, kalau aku tak dimisinform lah kan, persoalan aku...

macamner leh senyap macam tu jer?
aper cer bodysurf, iaitu Subpop malaysia? - mungkin diorang ada jawapan apsal scene ni senyap.
aper cer Ipoh Metal Millitant? (dengar citer nak keluarkan kompilasi baru)
adakah band2 ni dah mogok lapar?
adakah band2 ni dah move on dengan life diorang, jadi normal, mat2 kerja 8-5, tanpa pedulikan lagi performing2, atau sekadar sembang2 dengan kengkawan lama dan ingat cerita2 zaman gemilang dulu?
dan yang paling penting MANA PELAPIS?

semua ni perlu dijawab, dan alangkah bestnya kalau leh dirakam dan dibuat dokumentari.
klip2 gig.
gambar2 zine.
gambar2 zaman kegemilangan.

pergh, bayangkan kalau scene metal/Rock Ipoh dicompile kan?
bayangkan scene seluruh MALAYSIA dicompile kan?
mula dengan west coast, east coast, sabah sarawak,pergh, berapa volume agak2 tu?
dan sekarang dengar cerita brader bentara dengan geng2 nak keluarkan buku pasal sejarah2 metal ni kat malaysia, rasanyalah, dan aku tak sabar nak baca sendiri benda tu.

untuk Ipoh pulak, perlu ada gerakan revival, bapak bosan kalau nak gi gig best2 semua kat KL, aper Ipoh takder tempat yang best2 ke? adoi~
mungkinkah penguatkuasa tempatan menghalang diorang dari wat gig secara berleluasa?
ARGH! persoalan demi persoalan menerjah aku, untuk terus bertanya dan bertanya, apa dah terjadi kat Ipoh ni yang dulu katanya dasat dengan scene underground.

aku mungkin budak yang takder pengalaman dengan scene2 ni, dari segi mendengar pun, banyak lagi yang aku tak explore, mungkin juga dianggap oleh poser oleh mat2 rock dan metal ni, tapi semua persoalan ni harus dijawab, dan memang aku jenis instinct inquiry tinggi pun, sebab tu aku nak tahu semua2 ni.

ARGH! A DOCUMENTARY HAS TO PRODUCE!

(cover scene metal, rock, argh! wat siri jer senang, ha ha ha ha ha ha)

again, aper dah jadi dengan scene ipoh?

hmm.......

2 comments: