Tuesday, May 1, 2012

Banyak Cerita

Cerita 1 : Penggali Intan

cerita teater yang aku tengok kat DBP oleh universitas Jember, Indonesia, naskhah yang lama, aku agak tertarik dengan ceritanya, ada kena mengena dengan isu aku, 3 orang sahabat yang pergi menggali intan, si Sanjoyo ke sana lepas awek dier sunarsih bergurau yang dia hanya nak kawen dengan suami yang kaya raya, Sanjoyo ni pulak amek serius lawak tu, dan terus obses menggali intan sampai satu tahap, Sunarsih datang dan ceritakan hal sebenar yang dia bergurau pun dia tak nak terima, siswadi pulak kawan baik dia cuba nak bawak dia balik lepas Sanjoyo dah kutip sebijik intan, tapi sebab si Sanjoyo ni dah obses, dier langsung tak nak balik, Sunarsih yang kejar Sanjoyo, cuba nak pujuk dier, terjatuh kat dalam sungai, dan Sanjoyo tak tolong dan biarkan je.

untuk teater ni dari segi lakonan, Sarbini ada masalah, sebab dia macam orang gila, asyik ketawa, dan ada part yang macam nampak dier terpaksa ketawa, bahaya tu. dari segi set, aku rasa tak kena dengan auditorium, nampak terlalu kecil, rasanya tu yang obvious untuk review, yang lain rasanya tak ada masalah sangat.

aku ada isu teater ni, sebab Sanjoyo tu dah betul2 sakit, sakit sangat sampai tak ada saper boleh tolong dier, even awek dier skali pun, dan aku rasa masa tengok cerita tu.

YA SANJOYO, YA, GILA LAH SEMAHU KAU, PADAN MUKA KAU SUNARSIH, DAH TAKDER GUNANYA LAGI KAU NAK MERAYU, DAH TERLALU TERUK SAKITNYA SI SANJOYO AKIBAT KATA2 KAU!

macam kes aku dengan si dayah dulu, rasanya kalau dia tinggalkan aku jer pun ok dah, tapi dia bagi aku sakit hati, aku rasa itu tidak adil, untuk apa yang aku lakukan untuk dia, kesabaran aku, last2 cara bangang tu digunakan untuk aku, pernah ke aku buat macam tu kat dia? lemme tell u that aku tak pernah sakit kan hati dia sangat, verbally abuse her macam tu, dan aku rasa macam tak worth langsung apa yang aku buat selama ni untuk balasan yang macam tu, bila aku dah sakit macam ni, tau pulak nak mintak maap?

aku maapkan. aku maapkan.
tapi parut yang kau buat ni, sori, ambek masa untuk betul2 pulih.

PADAN MUKA KAU SUNARSIH, MUA HA HA HA HA HA.

Cerita 2 : Prof  Sidin dan makan tengahari.

aku gugup kaw2 bila dapat sms yang Prof Sidin nak jumpa aku, ajak sembang2. dulu kakak aku yang sulung cakap macam nak amek aku jadi RA. Bila datang sana, takder mender pun, sembang biasa, sembang kasual, sembang macam kawan, MASALAHNYA AKU BUKAN KAWAN DIA!

masuk2 tengok pejabat, carta organisasi...

TIMBALAN DEKAN.
PROF DR SIDIN.

CRAP!

apa aku dah buat sampai timbalan dekan nak ajak aku makan?

yang menghubungkan aku dengan dia hanyalah kakak aku, kakak aku pun kawan dengan wife dia, satu jabatan. JADAH APE DIA NAK MAKAN TENGAHARI DENGAN AKU!!!!!

masa nak datang, aku jadi cuak nak mampus, gila babeng, kaw2. skali bila sampai, dia nak makan biasa2 jer, siap belanja aku lagi, gila malu aku.

prof, jangan gini prof, prof cakap yang aku leh jumpa prof anytime, buat aku rasa takut, tanpa sebab, tanpa apa, dia nak jumpa aku, bukan jadi RA, maknanya....


(T____T)

Prof, anak prof berkerjaya, cun melecun, perempuan melayu terakhir lagaknya, prof seorang yang berjaya, saya ni pulak seorang murtad dalam bidang, masih terkial2 mencari arah hidup, belum mementaskan apa2 karya sendiri di luar sudut selesa TQA atau TTS. Tolong, saya masih loser, tapi jika mahu menunggu saya untuk membawa sebentuk cincin pengikat antara saya dan anak prof, maka tunggulah, kalau tak pun, takper, saya serahkan pada Qada' dan Qadar, soal jodoh, semua dah tertulis, aku tak perlu rasa takut, dan itu adalah menarik tentang hidup, helaian seterusnya kita takkan tahu kan?


Cerita 3 : Projek Voiceover

macam mimpi jer sebab brader yang ajak ni 2 tahun sudah pernah diskas untuk projek ni, tapi sampai la ni takder aper2, so skang dier ajak untuk projek lain, aku sangsi gak sebenarnya, tapi nampak pengurus projek ni macam beriya2 nak buat, so aku rasa, mungkin kali ni berjaya, selepas rakaman 12 hb nanti tak sure sama ada hasilnya diorang terima atau tak, aku doakan diorang berjaya walaupun tak pakai kitorang as voiceover nanti.

first time masuk studio rakaman, nervous gak aku, harap2 takder aper lah nanti.

1 comment:

  1. ko ni... dia dah kasi can jumpa.. jumpa jelah.

    kot2 dia ada orang yang boleh tolong ko dalam bidang ko ni ker.. rakan media ker.. apa2 ker...

    kan kan kan?

    :P

    ReplyDelete