Wednesday, May 9, 2012

Menyampah

kadang2 aku menyampah dengan perempuan yang mintak banyak sangat dengan lelaki,
nak yang soleh,
nak yang berduit,
nak yang stabil,
bila dia tengok lelaki gay, dia cakap, ohhh~~ sayangnya, kan best kalau dia tak gay.


kau tau tak kami tiap2 hari bertarung dengan diri sendiri sebab nak dapat apa yang kau orang harapkan?
tak cukup dengan harapan mak ayah, dan diri sendiri, kau tabur lagi dengan harapan diri kau,
kami mahu berubah, kami mahu bergerak untuk menjadi lebih baik
tapi bila kau terlalu berharap dan hanya memandang yang terbaik dan bukan atas dasar usaha,
aku jadi menyampah,
jadi menyampah untuk berubah,
sebab aku tahu itu tak ikhlas,
yang melihat dan menilai itu Allah,
dan aku berusaha untuk mencari keredhaanNYA,
mungkin aku sebangsat manusia,
mungkin aku sebangsat lelaki,
sakit dan usaha aku kau tak mahu tahu,
cuma nya kau nak tengok hasil,
kau baik atau tidak,
aku stabil atau tidak,
kau hensem atau tidak,

dan secantik mana pun kau,
jika berperangai macam tu,
hanyalah katak yang tahu menjerit meminta hujan,
tanpa tahu apa itu hujan dan mana datangnya.

SUDAH!
aku dah menyampah dengan harapan begitu,
biarkan aku berusaha tanpa cuba mencapai apa yang kau harapkan,
kerana aku sayangkan tuhan,
dan dari itu dia ciptakan kamu
maka aku cintakan DIA
dan bukan kamu
kamu tak penting.
tak penting.

1 comment:

  1. usahkan ko menyampah. kakde pun menyampah dengan perempuan yang mengharapkan lelaki baik. dalam masa yang sama.. menyampah jugak dengan lelaki yang mengharapkan pempuan baik.

    dia ingat dia dah dapat abis baik? kadang2 nak je gelak kalo orang-orang tertentu ditimpa masalah. nak gelak kuat2. muehehehe... RASEKAN~

    ReplyDelete