Thursday, May 3, 2012

Review "Rompakan Bersepadu : Plan B" - Hubungan antara real dan muntah

Assalamaualaikum w.b.t,

hari ni aku nak review ringkas tentang rompakan bersepadu, plan B yang diadakan di stor DBP, ceritanya pasal 5 orang yang merompak dan sangsi antara satu sama lain, last2 2 orang kena bunuh, sapa tu ya?

Halim si ketua berpistol yang syak semua orang,
Shy sebagai aper ntah yang luka kena tembak,
Zul si bodoh yang mengikut kata,
Aman Nasim sebagai aper ntah yang dari awal2 marah2
Mus sebagai aper ntah jugak yang bawak shy yang parah (kononnya),

Aloy cakap dia nak buat penonton tak selesa dari segi pementasannya, bagi aku belum cukup tak selesa lagi, sebab aku orang laki, benda2 macam muntah magi kat pentas, asap2 rokok, bau maggie (cintan sebenarnya), bau kertas kena bakar, tempat yang bersepah. Tapi adalah rasa2 tak selesa tu, cuma taklah seperti yang aku harapkan. (tetiba teringat pementasan musical the evil dead yang ada efek darah memancut dekat atas pentas sampai kena penonton, menarik gak kan?)

dari segi lakonan, aku ok jer, sebab kebanyakan memang dah berpengalaman, tapi yang paling tak berapa nak ok adalah Aman Nassim, tak berapa ok dia tu maksudnya standard amatur macam aku ni dah ok la dah, ha ha ha, cuma ada beberapa part yang tak berapa kena dengan dialog dan cara dia melontarkan tu, tak berapa natural sangat, mungkin baru nak grab momentum, sebab lepas2 tu dia ok sikit. untuk part awal2 tu mungkin boleh di perbaiki lagi, sebab cara dia masuk macam baru lepas berlari jauh tu kadang2 macam On dan Off, kejap tak penat, kejap penat, macam tu lah. untuk yang lain plak lebih kurang jer, shy terselamat sebab dialog dier tak banyak, dan mungkin masalah besar adalah bila fasyali lupa nama watak, aku tak pasti lah disengajakan atau tidak, tapi aku terganggu sikitlah kat situ.

dari segi set, aku memang berbangga sebenarnya, sangat kena, dan setiap inci ruang digunakan dengan baik  oleh setiap pelakon, sinki yang betul2 keluar air, lampu yang betul2 menyala, dapur yang betul2 masak, aku rasa dari segi real dalam genre realism ni, aloy berjaya kat situ, dan terlalu real, sampaikan memang penonton rasa duk dalam rumah busuk tu pun. Watak Halim sebagai ketua dan Zul si bodoh tu pun aku rasa ada sebab kenapa diorang ni belot yang dua orang ni, ada motif, serta persoalan2 yang awal2 macam kenapa baju halim basah masa mula2 terjawab jugak kat tengah2 cerita. Dari segi blocking, ada sikit tak kena bila satu part tu muka Halim terganggu dengan orang yang berada kat depan, dan agak lama gak sebenarnya, tu jer la kot, yang lain Ok.

Watak Halim sebagai ketua yang ditakuti orang lain pun aku boleh rasa gak, cuma mungkin dari segi lontaran suara dan bawak dialog tu buat aku rasa tak berapa selesa sangat walaupun aku dah nampak tujuang diorang buat macam tu.

Dari segi logik, shy yang dibedah tu pun, tak berapa nak logik sangat, sebab terlalu cepat, mungkin Aloy kena mengkaji lagi lah macamna proses membedah DIY tu berlaku dan macamana reaksi pelakon sebelum, semasa, dan selepas pembedahan DIY, dan aku perasan ada satu part, Shy macam menunggu dialog dorang lain dari ekor matanya yang walaupun sekejap tapi bahaya.

dari segi komikal, ceritanya memang ada unsur2 begitu, tapi secara tak sengajalah, bukan disengajakan.

akhir kata, benda yang menarik tentang pementasan ni adalah dari segi set dan ke'real'an set tersebut, dengan muntah, bau maggi cintan, air kopi ali cafe, seolah2 penonton ada kat situ, dari segi pace pun Aloy berjaya berhati2 sebab draggy tu diisi dengan bunyi2, yang bagi aku sangat menarik. permasalahan adalah bila pelakon belum betul2 dapat watak dengan perfek, ye lah, memang susah nak perfek, tapi bagi aku, diorang boleh lagi push sampai tahap tu, dari segi relation antara watak2 dibina dengan baik, cuma mungkin dari lontaran dialog atau ayat yang tak berapa nak kena tu buat mood menonton aku terganggu, aku rasa 90 peratus jer la kot dari segi penghayatan watak dan lontaran dialog? dan bila Aloy letak status yang diorang akhir2 sebelum pementasan ada yang tak dapat nak datang, mungkin itu puncanya.

setakat ni tu jer lah review dari orang yang kurang arfi tentang teater ni, ini cuma pandangan naif aku jer, apa2 pun teater ni memang best dan rugi kalau korang tak datang menonton. :)

wassalam.

1 comment:

  1. Tajuk seolah-olah parodi kepada drama Korea lakonan Bi Rain bertajuk "Fugitive: Plan B".

    ReplyDelete