Tuesday, May 15, 2012

Stabil

benda yang menakutkan aku adalah stabil
hari ni dah kali ketiga petronas telefon aku mintak konpom bila leh masuk, bulan berapa boleh masuk, aku cakap aku tengah belajar, aku letak kat status, ramai yang suh amek, i mean, saper tak nak kan?
gaji 4K,
tempat yang stabil,
kejer yang mencabar,
saper tak nak cakap dengan kau?
saper yang tak nak?

oh ya,
ada jer yang tak nak
orang yang suka huru hara dan tak stabil macam aku,
yang suka conteng2 jalan dengan benda2 tak munasabah atas nama seni
yang suka jerit pekik tengah orang ramai cakap yang sistem kita tak betul
yang suka buat benda pelik2 atas nama seni
yang suka digelar pelik oleh masyarakat hanya kerana percaya yang manusia tu pelik dari satu individu ke individu yang lain


lain orang lain faham,
bagi yang nak, aku takder masalah, amek lah, bagus untuk  kau,
sebab tu aku tak nak amek, sebab aku nak bagi kat orang2 macam kau,
yang nak idup macam tu,
aku tak nak,
aku mengada nak idup selekeh
aku mengada nak hidup depress
aku mengada nak konon jadi seniman
konon nak stress
padahal aku ada peluang untuk tak stress

sebab apa?
sebab apa ya?

mungkin sebab aku takut bila aku stabil, aku lupa kat orang yang tak stabil
aku lupa kenapa orang jerit2 buat bersih
aku lupa kenapa orang maki sebab tak dapat bayar duit ptptn
aku lupa kat mak ayah yang menyara anak dengan kerja kat McD, starbucks, pagi petang siang malam tak henti, cuti tak tentu, nak balik kampung pun susah,
benda macam tu yang aku tak nak
benda macam tu yang aku cuba nak elak,
bila kita dah stabil
dengan senang kita akan cakap
takder keja la pergi bersih, nyusahkan orang,
satu pandangan betul
tapi jadi lah diorang
depress lah cam diorang
baru kita tahu siapa kita dan dimana kita dan apa itu kita.

pacel ada tanya aku, camner orang macam tu boleh hidup?
aku pun tak ader jawapan,
aloy paradoks yang hidup macam tu pun takder jawapan gak
so sapa aku nak bagi jawapan
mungkin dengan cuba bukak tie, baju kemeja dan seluar slack serta kasut kulit,
maka kau akan tahu kenapa mereka macam tu

bukak tanda stabil kau dan rasa
camner hidup depress, loser dan takder harapan.
aku tak sampai lagi tahap macam tu
mengada kan?
tapi nama aku syafiq
maksudnya passionate, love.
dan aku memang ditakdirkan untuk jadi hopeless romantic man,
maka biarkan aku romantik dicelah2 masyarakat
barangkali aku jumpa hakikat tentang Allah dan alam di kalangan pekik kotaraya ini.

mungkin?

No comments:

Post a Comment