Monday, May 28, 2012

The Reality Sinks In...

hari ni aku cek baki dalam akaun bank RHB aku,
ada dua ratus lapan puluh jer,
campur tolak dalam tangan, dalam tiga ratus lebih,
sebab bulan lepas gaji aku sket, banyak sangat cuti,
hampeh, assignment aku takder la cemerlang maner,
banyak lobang gak berbanding yang pertama,
seketika itu aku teringat kat kengkawan aku,
bukan kawan la, kenalan, masa kat UTP,
banyak yang dah jadi engineer,
gaji riban - riban,
kadang2 ada yang tanya aku,
kau dah kerja?
aku cakap kerja biasa2 jer,
kadang2 ada yang pelik,
apsal kau kerja hujung minggu?
aku cakap kerja biasa2 jer,
dan aku membayangkan, camner kalau aku sell out?
duduk di opis sejuk,
pikir macamna nak naik KPI,
dan camner nak bagi untung kat syarikat,
bertopengkan kerja2 aplikasi saintifik,
kalau aku ada gaji 4 riban macam kengkawan aku,
mungkin aku adalah antara orang yang kaya dalam dunia,
dengan motor sebagai pengangkutan utama aku,
aku boleh pergi balik ke tempat kerja,
takder masalah trafik jam atau pening kepala harga petrol naik,
bakinya mungkin aku gunakan untuk mak ayah aku yang terpaksa menanggung beberapa anak yang lain,
atau bagi kat adik aku,
kakak aku yang masih belajar,
ataupun anak2 sedara aku, sebab aku teringat kat abang kakak aku yang sanggup belikan aku makanan dan mainan2 untuk aku bahagia, sebab zaman diorang takder semua benda tu,
mungkin aku sedang mengumpul duit untuk pinang anak professor tu,
sebab dia macam berkenan nakkan aku untuk jadi menantu,

dan kemudian realiti datang balik,

aku berada di hadapan mesin ATM, baki kat RHB bank masih dalam dua ratus, aku keluarkan RM50, ambik resit dan pergi mesin ATM CIMB pulak.
ada baki lagi RM1K, RM150 mak aku kasik subsidi untuk aku bayar duit sewa rumah RM250 tak termasuk bil api air dan internet UNIFI yang dikongsi 8 orang.
aku kira aku masih lagi mewah,
sebab ada berbaki duit lagi untuk digunakan dalam keadaan kecemasan,
dan aku teringat baki2 duit tu adalah hasil kerja2 seni aku,
join event rabak, buat voiceover, dan macam2 lagi,

seketika itu aku teringat balik duit RM3K yang aku dah habiskan untuk beli kamera,

satu sebab aku nak beli adalah aku rasa nak shoot video banyak2, buat short film banyak2,
tapi sayangnya aku segan nak mintak tolong kawan2, atau sapa2 untuk tolong shoot, jadi pelakon, jadi krew,
aku segan,
masalah komunikasi aku dari dulu.

antara sebab yang lain, mungkin juga sebab utama,
adalah sebab aku bengang dengan EX aku,
yang putuskan harapan aku,

menyebabkan aku decide untuk gunakan duit yang telah aku simpan secara gigih sejak duduk di matrikulasi,campur tolak, ada lah dalam 5 tahun aku simpan.
oh ya, kat matrik aku cuma makan nasik sehari sekali dan makan malam megi saja.
juga sebab ada subsidi dari ayah aku yang sanggup bekalkan megi ruski untuk aku makan atau jual kat kawan2.
kat UTP aku cuma guna RM300 untuk belanja semua benda,
RM200 untuk aku simpan, konon untuk belanja kawen,
masa tu aku kira agak mewah,
itu pun ada kawan2 aku yang merempan kata duit tak cukup,
walhal tiap2 minggu atau tiap2 hari merendek gi McD dan wayang di Ipoh,
macam petronas bagi RM5 juta untuk dipuaskan nafsu dan bukan pemangkin untuk belajar rajin2.
dan mereka terkejut bila aku cakap aku mampu untuk simpan tiap2 bulan dalam RM200,
mungkin diorang ingat aku dapat kumpul sebab rumah aku sejam kot?
sebab aku mampu balik hujung minggu ke rumah, dan diorang hanya mampu ke wayang
untuk lepaskan kesunyian.

aku gembira duit yang aku dikit2kan sekarang ni ada kat dalam CIMB tu,
tak mewah sangat, tapi masih dikira beruntung,
kerana duit belajar mak aku tanggung masa pendaftaran
RM2K, gunakan duit dari tanah yang dijualnya aritu, adalah dalam RM50K kot.

dan hari ni aku berada di depan ATM ini,
berfikir begitu,
menolak dan menambah rasa bahagia,
untuk bersyukur apa yang aku ada,
dan bila aku tersadung dan terjatuh,
rasa nak give up buat apa2 yang aku suka,
aku bangun dan terus berjalan dalam luka,
sebab orang2 yang aku sayang nak tengok aku hidup dan tersenyum,
dan disebabkan aku masih mampu tersenyum, aku berikan senyuman itu,
dan disebabkan aku diperlukan,
aku rasa aku masih mampu untuk bertahan,
walau untuk bernafas sedikit masa lagi,
sebelum kiamat datang.

beritahu pada aku, nikmat tuhan yang manakah yang kita dustakan?

2 comments:

  1. Tahan sikit brader.

    Aku pun dapatkan bayang diri aku di tempat kau empat ke lima tahun lagi.

    ReplyDelete
  2. what are you waiting for? start using your camera and shoot something. start to use your talent become the professional mummer, make your own card and give to others.

    you can do it.

    it just you have to start facing your damn issues and move on. coz nobody will be able to push u to start walking unless u start your baby steps to start your first move!

    ReplyDelete