Sunday, May 20, 2012

Nasik Mahal

hari ni untuk kali kedua aku membedal nasik briyani di restoran mamak Syed (atau orang panggil Said, apa2 ja lah), butir2 nasik yang panjang2 tu buat aku teringat tentang nasik basmathi...

yang aku telan dirumah mu, dengan penuh bohong, aku menolak pelawaan ayahmu untuk makan lebih, kononnya aku diet, sebenarnya cuma segan, kerana aku yang berambut panjang ketika itu di layan seperti seorang yang cemerlang hidupnya, mungkin dengan niat untuk menyatukan aku dengan anaknya yang berjaya itu.

aku masih keliru tentang masa depan aku,
tapi aku cuba bangun sedikit dan sedikit,
N,
kalau kau baca post ni,
dan kalau kau percaya dengan Qada' dan Qadar.
doakan yang terbaik untuk kita ya?
aku tak mahu cakap aku tak layak lagi,
bagi aku sudah masa untuk jadi lelaki dan terima apa saja yang dibebankan di belakang aku,
aku tak mahu jika anakku merenung mata aku ketika umurnya 6 tahun,
dan alasan aku cuma 'aku tak layak menjadi ayahmu'
sekarang bila bola ditanganku, aku akan mengangguk,
dan bertabah untuk menapak hari esok bersama2 kamu,
jika kamu benar si dia di setiap malam ku nanti N,
izinkan aku memegang tanganmu, menghadapi ketakutan dan kenyataan hari esok.
dan ketika itu aku tak kan bisa takut, untuk merinduimu...

No comments:

Post a Comment