Sunday, March 18, 2012

Comel

Syakilanna.
berkulit putih.
bermata biru.
berbadan ramping.
tinggi.
comel.
ayu.
cantik.
Va-Va-Voom.
Oh la la.
Vanakem nandi Puyah - Puyah.
Gadis Melayu Kacuk.
Belanda dengan Minang.
Ber'Hana-Tajima'.

namun sedang sedih.

angin petang itu di starbucks tak seperti selalu yang dirasai oleh Syakilanna, ini semua gara - gara ayat berikut.

"Anna, saya nak putuskan hubungan kita"

Samad.
Lelaki Melayu. Kacuk Juga.
Bugis campur Jawa.
Hidung macam bawang besar.
Buncit tiga inci.
Berbaju Counter - Strike.
Berselipar Asadi.
Rambut kusut.
Seharian di CC.

Syakilanna hampir menangis ketika itu.
dia cuba tahan.
orang kata omputih ni ganas - ganas orangnya.
hati kering, macam biskut kering.
tapi...

"Anna, saya dah buat keputusan, dan saya takkan berganjak dari keputusan saya ni."
Samad begitu yakin sekali.

"tapi kenapa Mad? You know that i love you so much, and i would do anything to keep us close. You still rasa loser lagi ke dengan daddy I mintak you kawen cepat - cepat dengan I? Kalau you takde duit, I boleh support, heck, i'll pay everything for the marriage, sayang, please don't do this to me, not now, not at this moment, we are so close to happiness..."

Samad masih tetap bermuka separuh macho.
kalau tak pasal rambutnya kusut, sudah tentu dia ingat dirinya macho.

"Tak, Anna, bukan sebab tu...tapi...tapi..."

"Tapi kenapa baby? you are the only one for me, my baby, my heart, my love, my handsome prince, my joy, my life, my..."

"cukup! cukup Anna, saya tak boleh nak buat semua ni, saya tak boleh nak berpura - pura lagi. sebenarnya...sebenarnya..."

Anna tak mahu tengok.
dia tutup mukanya, mahu ditutup telinganya, tapi tak terdaya.
kalau kau sudah tergilakan Samad seperti Anna, kau mampu tutup telinga kau?

"sebenarnya, saya kapel dengan awak, sebab nak dekat dengan Bobby jer..."

"Bobby?"

"Ye, Bobby, kucing scottish fold awak yang comel tu, sebenarnya saya dah lama nak bela scottish fold dari kecik lagi, tapi saya takde duit, bila saya kenal awak, saya dapat bela Bobby bersama dengan awak, tapi tiba - tiba awak jatuh cinta, saya...saya serba salah, dan disebabkan tak mahu kehilangan Bobby, saya terima awak, untuk jadi kekasih pertama saya, tapi sekarang, sekarang Bobby dah mati..."

"Mad..."

"BOBBY DAH MAT!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!"

Samad lari jauh - jauh.
dia tidak dapat tahan kesedihan kehilangan seorang comel.
Syakilanna kembali menutup muka.
tak sanggup menerima hakikat, putera kacaknya meninggalkan dia.

kan subjektif comel tu?

celaka-jimbit-kesumat-hadrat-lahanat-mangkuk-setiawan. ;oiadhpaoisdajkhsdfjkshdbkqwghlqrhlwjkerwkl.

1 comment: