Friday, March 23, 2012

Sedikit Nota : Pelacur Cinta

Aku.
Kau.
Kita.

dulu.

Kau.
Dia.
Berdua.

sekarang.

Janggal, untuk kesekian kali aku terasa janggal, bagaimana mungkin kau melupakan segalanya tentang kita dan bersama dia? tiada kesankah atau tiada tersisa? aku tahu kita dah buang jauh - jauh memori tu, dan segala dendam dan perasaan celaka kita simpan untuk perah darah hati jika perlu, hanya untuk tampar diri sendiri, dadah sakit itu perlu juga kadang - kadang.

cuma aku pada malam ini tertanya - tanya, sedikit soalan saintifik dan juga psikologi (dibawah minda separa sedar), bagaimana mungkin manusia melupakan memorinya dan terus bersama orang baru. Jika orang Islam, ada tempoh idahnya jika sudah bercerai selepas bernikah dengan sah, tapi cinta yang tak ada ikatan ni, bila - bila masa saja untuk buka dan tutup.

semalam kita putus,
hari ni kau ada orang baru,
aneh bukan?

seperti seorang pelacur.
semalam dengan datuk T.
hari ni dengan datuk S.

tak tersiatkah hati dan nurani berbuah begitu?

tak pelikkah hati aku, kau dan kita yang macam pelacur ni?
hari ni kita jatuh pada orang lain,
esok dengan orang lain,
kadang - kadang, bertubi - tubi jatuh itu datang.
tak aneh kah?
itu soalan aku pada kau,
mungkin juga kerana aku buta kehidupan,
maka mungkinkah majoriti kita ini pelacur?
pelacur cinta?

celaka.
aku juga begitu rupanya.

No comments:

Post a Comment