Friday, March 30, 2012

Nombor Dua!

Assalamualaikum w.b.t,

Alhamdulillah, team puisi kolej 12 yang aku latih dapat tempat kedua dalam pertandingan FESENI hari khamis aritu, aku tak expect pun menang, dan kalau kalah pun aku tak kisah, aku tak suker terlibat dalam benda2 assabiah macam hal2 kolej lawan kolej ni, sebab aku ada isu dan aku ada reason kenapa aku rasa macam tu, tapi kitorang yang dapat tempat kedua ni dah memungkinkan lagi kemenangan kolej 12 sebagai juara keseluruhan, meninggalkan kolej 9 kalau tak silap yang berbeza beberapa mata jer, sebabnya kolej 12 hantar wakil lebih, dan untuk hantar lebih, bajet kena tinggi, dan kolej 12 ni katanya memang kaya dalam2 kedekut jugak tu, Alhamdulillah, rezeki aku gak sebenarnya.

sebenarnya aku masuk ni pun bukan sebab kakak aku jer, sebab hati aku tertarik untuk mencuba puisi, walaupun aku tak berapa nak suka sebab terlalu banyak rules2 yang bagi aku menyekat kebebasan untuk berkarya, takperlah, nak buat macamana. Mungkin itu yang Doc tak suka sangat labeling ni, sebab kita menyekat kebebasan orang tu untuk meluaskan terms2 ni. Memang masalah sangat mula2 tu, sebab banyak yang keluar masuk, lepas tu trainer asal pun lari tinggalkan group, agaknya terasa hati yang aku terlibat dalam kumpulan ni kot, ha ha ha ha, aku memang suka buat orang lari pun secara tak sengaja.

memang segan jugak mula2 tu, sebab dalam group tu semua perempuan, aku sorang jer lelaki, giler haper? memang lagi susah la nak berkomunikasi, time trening ada pulak yang susah nak buat ekspresi, tak dapat apa yang aku nak sampaikan, sorang tu, atikah paling takder masalah, fatin plak susah nak tren dier sebab movement tu memang susah pun, dan since dier takder pengalaman dalam lakonan, memang lagi payah lah. Solehah pun susah gak nak tren, termasuk gak dengan sarah, Nisa jer yang macam ok sket, so overall, lebih dari separuh team kena brush up dari awal sampai habis, so, aku tren diorang untuk benda2 asas, dan Alhamdulillah, ada perubahan.

memang tough nak ngajar diorang, aku yang habis kerja kul 10, kadang2 tak tukar baju, terus shoot gi UM, dengan assignment nyer yang aku rasa susah nak siapkan, kadang2 rasa nak give up pun ada, nak tinggalkan terus, tapi bila pk balik, aku kena buat benda ni, takkan nak tinggalkan terus diorang ni terkontang kanting, orang lain pun dah tinggalkan diorang awal2, gila haper?

antara isu masa tren adalah time aku nak tren fatin, memang aku boleh jadi gila sebenarnya, bukan sebab susah nak tren dier sangat, tapi sebab aku takleh tengok muka kesian dia tu, argh!!!!!!!!!!!!! so pompuan2, sila jangan buat muka kesian depan aku, samada aku lari terus, atau aku lempang, selalunya aku lari terus la, dalam kes ni aku tak dapat nak buat macam tu, aper gila aku nak tinggalkan prektis tu?

yang paling teruk adalah time Arina, pemuisi, dapat tahu nenek dier meninggal. Sebenarnya dalam team takder la semua down, cuma aku sedih memandangkan benda macam tu terjadi kat last2 minit, lagi dua tiga hari nak bertanding, dan dalam keadaan yang semua orang tak berapa nak kisah sangat, bukan lah tak kisah, cuma mungkin sebab aku tak nampak muka2 sedih kot, mungkin sebab Arina tu junior diorang dan diorang tak rapat dengan dia pun, mungkin la. entah. tapi kejadian tu memang sedih bagi aku, kalau aku, mungkin dah jadi gila.

masa bertanding, aku cakap jer dengan diorang, lek2 jer, kalau kalah pun takder hal, tapi kakak aku still harap dapat placing, sebab dier pun malas nak bercakap panjang dengan ayahanda/pengetua tu, memang kalau aku pun, aku malas gak nak cakap banyak dan mungkin jawab, ye ye ye jer. Masa tu sedikit kelam kabut lah, bukanlah kelam kabut maner pun, sebab backstage crew yang kata ada, takder plak malam tu, bila time dah nak masuk turn kitorang, pergh, dengan akak crew festival yang garang nak mampus, aper semua orang kat sini garang2 ke? jadah tul. lek2 jer sudah lah. aku lalu jalan shortcut dari stage ke tempat audience pun nak marah2, sial, lek2 ler, pastu dier plak pakai jalan tu, rasa nak hempuk jer paler dier, ces.

bila naik pentas, memang tak ramai orang tepuk pun, yang tepuk semua tepuk wajib. Aku tak pasti, adakah penyokong kolej 12 yang nisa jemput tu datang? atau tak datang? atau datang tapi sebabkan bukan kawan rapat diorang, maka diorang tak bertepuk macam orang lain? rata2 malam tu untuk kolej2 lain memang gila2 punya tepuk, time kolej 12 takder sorang pun, jadah tul, agaknya sebab trainer dier aku kot? seorang yang asing dalam kelompok atau scene pertandingan seni kat UM ni. Masa aku mulakan tu, macam biasa, penonton yang jenis tak paham2 ni akan gelakkan jer atau komen mengata sepanjang persembahan, sebab aku pun buat macam tu kot rasanya, ha ha ha.

bila naik, memang aku tak peduli apa, yang aku tau cue aku dan apa yang aku perlu buat, dan nampak macam orang lain ok jer.

lepas habis turun dan tengok kumpulan yang seterusnya sampai habis, semua cuak, dan aku pun cakap, kalau dapat placing ni pun dah kira baik sangat lah, muka yang lain semua berharapan nak menang, aku plak lek2 jer, takder hal lah, masak sangat pertandingan2 seni ni. kalah pun takde hal .

masa tengah nak bagi keputusan, semua cuak, atikah plak tunduk jer nak dengar keputusan, 

nombor 5
nombor 4
nombor 3

okeh, dah takde harapan, boleh balik.

nombor 2 - KOLEJ 12!!!!!!

menjerit bebudak ni, macamnya dapat nombor satu, lepas tu announce tempat pertama, jeritnya lebih kuranglah, tapi kitorang dah tak kisah, sebab bebudak dah hepi sangat, aku cuma gelak besar jer, sebab itu adalah lawak yang sangat kelakar bagi aku, dengan props sikit, konsep corporeal mime/mime abstrak yang susah nak diterima orang, takder sorakan, boleh dapat nombor dua?

bagi aku, juri2 sangat menghormati dan sangat suka dengan konsep persembahan kitorang, untuk bahagian penyajak, aku tak sure, sebab aku takder ilmu bersajak begitu depan orang. jadi tak tau lah aper yang diorang tengok.

sekarang ni kami masih lagi sebut2 tentang haritu, dan aku masih tersengih2 teringat balik cerita malam tu. apa2 pun tahniah dan terima kasih kepada semua dari korus, sampai teknikal, kalau korang takder, agaknya idea tu tinggal idea jer la kot.

Alhamdulillah, semua ni peluang dan anugerah dari Allah, aku cuma hamba dia yang menurut skrip yang dah termaktub. :')

bukak sem nak belanja diorang.
dan aku mula rindu.
sebab hati aku mula ada itu...

celaka.
ni yang masalah kalau kerja dengan group yang ada perempuan/majoriti perempuan ni.
Allah, tolong jaga hati aku ni..

(T_____T)

1 comment: