Sunday, April 1, 2012

Minami kotaro

Mari sini aku ceritakan sikit tentang mamat nama Minami Kotaro.

jangan tertipu dengan rancangan 'Suria Baja Hitam' atau 'Kamen Rider Black' sekitar awal 90-an dulu, tu gimik jer, ni aku nak bagitau cerita sebenarnya.

sebenarnya Minami Kotaro ni adalah orang biasa - biasa jer, dia teringin nak jadi Mat Rempit, tapi sifat narsistiknya buat dia malas nak melampaui batas - batas diri dia sendiri, ye lah, nak jadi mat rempit kena ada kawan rempit, kena ada bohsia seketul atas motor, kena ada dadah, kena ada duit untuk berlumba, kena ada itu dan ini, mana mampu dia buat semua tu?

Tapi yang bagusnya dia tu, tiap - tiap malam dia tolong orang. Itu jer lah kerja yang dia tahu buat.

sebenarnya dari 9 pagi sampai 10 malam, dia bekerja di restoran yang biasa - biasa tu, dah nama pun mamat biasa - biasa, takkan nak kerja restoran lima bintang kan? Tapi kat sini aku tak nak cerita kisah dia pukul orang jahat tu semua, tu semua korang boleh tengok kat dalam tivi siaran tahun 90-an dulu - dulu tu, atau beli jer koleksi DVD harga RM30.00 tu atau pau saja kawan, macam tak biasa jer ye dak?

Al-kisahnya si Minami Kotaro ni kerja macam biasa, nak cari makan, lawan orang jahat mana dapat duit? kalau dapat pun si bangang ni pergi tolak atas alasan dia buat kerja ikhlas, Pui. Lepas tu mula lah cari overtime kat tempat kerja takut tak cukup duit sara hidup, lahanat punya mamat.
Hari tu macam biasa dia buat kerja dia, tak ada apa yang menarik pun, tapi tiba - tiba dalam masa 30 minit tu, hidup dia jadi menarik, sebab ada dua orang, lelaki dan perempuan, kapel la tu, datang dan makan kat restoran tu.

Mula - mula si Minami ni rasa tak ada apa - apa yang best pun pasal diorang, biasalah, kapel datang restoran dan makan, tapi ada satu yang tak kena, dia usha si perempuan tu, macam kenal, entah kenapa kepala otak dia terpusing kat zaman masa kecik - kecik dulu.

"i want to marry you Minami"

bayang - bayang budak kecik 5 tahun yang cakap bahasa omputih terbayang dalam kepala hotaknya, dia keliru lagi, tapi dia buat - buat cool dan terus memberikan servisnya sebagai seorang pelayan terhormat, mantap dan va va voom.

masa nak sediakan sudu dan garfu untuk makanan yang akan dihidangkan, dari ekor matanya, dia perasan yang perempuan ni mengusha tanda nama 'Minami Kotaro'nya, ah sudah, dia nak melacur cinta ke? apa tak puas cinta yang dibagi oleh lelaki kat sebelah dia tu?

Minami Kotaro buat - buat tak tahu dan buat - buat macho.

Dia cuba kuatkan daya pendengarannya, dah nama pun superhero kan?

dan si gadis awek ni pun bercerita tentang dulu dia ada berkawan dengan budak kecik lelaki yang selalu mandi bogel depan kolam renang mudah alih dekat sebelah rumahnya, dia dengan adik dia memang minat kat budak tu, mungkin terpengaruh dengan cerita - cerita Disney yang selalu diorang tengok, dan lepas tu diorang pun berkawanlah, berkawan punya berkawan, sekali terpisah, dan lepas tu diorang pun dah lama tak berhubung.

6 tahun lepas tu diorang berjumpa, si gadis awek ni memang dah tak berapa nak kenal dah dengan budak lelaki ni, si lelaki yang masih berhingus (ye lah, baru umur 11 tahun) pun cuba bercakap dengan dia, tapi dia buat- buat tak dengar, maklumlah, si gadis awek tu budak PTS, seorang genius, dia masa tu dah dalam darjah enam, mana main cakap - cakap dengan budak lelaki yang bangang macam dia.

selepas dia buat bodoh dengan si lelaki ni pun, si budak lelaki ni pun tinggalkanlah dia, tapi dengan muka marah dia cakap...

"aku benci kau, kau baliklah bodoh!"

dengan air mata yang mengalir dengan hingus, dia berlari tinggalkan si gadis awek ni, dan dia masih membatu dan tak ada perasaan, apa jadah aku nak kesah kan?

habis kisah cerita masa lalu.

Minami Kotaro terus kemas - kemas meja yang ditinggalkan pasangan tu, diorang dah keluar, dia bawak makanan tu ke dapur, tengok kiri kanan dan makan.

"hoi, kau lalu makan lebihan orang? kalau aku geli nak sentuh" kata muthu, kawan sekerjanya.
"ey bangang, makanan macam ni kalau kau campak kat orang somalia, berebut diorang nak makan, tu namanya kau tak menghargai rezeki tuhan, peduli apa aku kau rasa macamana, ini khidmat masyarakat aku tau tak, dengan tak membazir makanan." jawab Minami.

sambil makan, Minami teringat kisah si gadis awek tu tadi.

dan dia terus makan dan tersenyum.

"hoi, makan tu makan jer la, tak yah la nak nangis - nangis, tak paham aku budak ni" cakap si Muthu.

"aku gembira sebab dapat berkhidmat untuk masyarakat la bangang, tak reti - reti lagi?"
balas si Minami balik.

Hari tu dia kerja sampai pukul 9 malam saja, perlu cepat balik, sebab nak jadi Superhero lagi, tukar baju pun makan masa tahu?

sebenarnya aku ceritakan semua ni cuma nak bagitahu kamu, yang si Minami ni dah lama tak bayar duit sewa kostum yang dia pinjam nak jadi superhero tu, kalau jumpa dia, tolong sampaikan pesanan mintak dia bayar duit sewa 7 bulan yang tertunggak tu. Aku pun nak makan nasik juga buat bisnes ni.



No comments:

Post a Comment