Wednesday, April 25, 2012

Review Ringkas BLA BLA BLA oleh Jay-z(uan)

Assalamualaikum w.b.t,

ini adalah review ringkas buku BLA BLA BLA oleh brader aku, mohd jayzuan.

aku tak perlu rasanya review untuk dari sudut artistik susun2 kata sebab aku rasa stail dan pembacaan aku tentang penulisan tak berapa nak banyak berbanding dengan Jay, tapi secara ringkas apa yang aku boleh katakan, yang buku ni ada dua stail...

stail satu - jujur
stail dua - seni

stail jujur ni adalah catatan2 yang ringkas dan direct maksudnya, yang boleh aku katakan memang tentang dia.

stail seni pulak adalah, masih berkenaan dengan diri dia, tapi diolah dengan baik dan halus maksudnya.

dan bagi aku, buku ni adalah satu lagi approach Jay untuk berintimasi dengan follower2 yang membaca buku2 dia sebelum ni, mungkin bagi outsider yang tak mengenali jay, susah nak terima tulisan dia, sebab tu aku cakap, buku dia kali ni lebih kepada approach untuk berintimasi dengan follower2 dia.

atau mungkin juga dia tutup buku lama, nak bukak buku baru, nak move on, mungkin lah pada hemat aku, sebab aku rasa 99.9 peratus buku ni adalah tentang kenangan lama dia, dan kalau kau jenis tak suka nak dengar luahan hati seorang kawan, atau seorang manusia, baik tak yah baca buku ni, sebab kau takkan paham pun nanti. lagipun jay cakap masa pelancaran yang dia keluarkan semua catatan2 lama dia dan letak dalam buku ni, itu yang membuatkan aku bagi kesimpulan macam tu.

secara kesimpulannya, bagi yang nak kenal Jay, mamat biasa dari simpang pulai, Ipoh. sila baca buku ni, atau yang nak kenal dan cuba kenal manusia ni, sila beli, itu menandakan anda prihatin terhadap orang2 sekeliling, dan anda adalah manusia prihatin. dan juga berseni.

buku ni adalah suara hati Jay.
nak dengar, dengar lah.
kalau tak dengar. dia peduli apa.
yang mengutuk.
teruskan BLA BLA BLA kau.
sebab macam hayat seekor lalat, hayat kutukan kau pun tak lama.

good job bro,
i feel you.

No comments:

Post a Comment