Wednesday, March 21, 2012

Terima Kasih Mak Abah. sayang kamu berdua sangat2!

shipping cost (sebabkan nak cepat untuk assignment aku) + kos buku = RM590.

"mak, kos dia dalam RM500 lebih, nanti kalau kad kredit abah terlebih ke aper ke, gitau la, liq boleh bayar skit"

mak : takper, duit tu semua untuk anak2, kamu belajar jer.

(T_________T)

kau tahu benda yang paling celaka adalah bila kau takut kau hampakan orang yang dah banyak berkorban untuk kau. mak ayah aku hensem2 belaka, dan dah banyak berkorban untuk aku, alhamdulillah, terima kasih Allah. aku sayang mereka.

bagitau aku, sapa yang ada buku tentang mime disini? tentang corporeal mime? memang susah nak jumpa, dan kalau ada sapa2 yang nak copy buku ni bila sampai nanti, gitau jer, setakat ni aku ada buku "be a mime", "Etienne Decroux" oleh Thomas Leabhart dan "Mime Book" oleh Claude Kipnis, sapa2 nakkan buku ilmiah tentang mime, gitau aku.

target pasni nak dapatkan Modern and Postmodern Mime (Modern Dramatists) oleh thomas leabhart.

No comments:

Post a Comment