Tuesday, January 4, 2011

ciuman pertama...







teringat 3 tahun lepas,

ciuman pertamaku

maafkan abang sayang,

orang yang pertama bukan awak

tapi dia

entah kenapa hari itu sangat tenang

hati ini dilimpahi cahaya kasih sayang yang meluap2

melihatnya juga penuh dengan kasih sayang

dia coretkan warna2 hatinya di atas sebuah lukisan

dan aku memandang dengan penuh kasih sayang

ia tak seindah pemandangan matahari terbenam di barat

atau pelangi yang datang selepas hujan

namun jauh kedalam hatinya,

aku nampak jiwanya yang tenang menghadapi rintangan dunia yang mencabar

apa kan daya, kain itu telah ditetapkan begitu, namun aku berdoa agar jiwa nya kembali ke jalan yang sebenar2nya,

namun ketulusan jiwanya buat bibirku melekap padanya

dan aku yakin yang dia memang berhak untuk mendapatkan ciuman kasih sayang dariku

yang datangnya jauh dari lubuk hatiku yang membuak2 kasih sayang

dan aku tak pernah menyesal memberikan ciuman pertama ku pada insan itu

entah apa nasibnya

adakah dia akan dimakan sel2 yang bertindak ganas didalam badan?

atau mencapai kemenangan melalui titik2 sihat?

dulu dia baru sahaja 3 tahun

jika sekarang, jika takdir menentukan dia masih hidup, maka dia akan jadi 6 tahun sekarang

harap2 dia masih lagi diberikan ruang untuk hidup hingga ke hari ini,

dan harap2 dia bahagia bersama keluarga tercinta



salam sayang dari faci titian kasih convofair 2007 - SEFA kepada minachi cilik (tak ingat namanya siapa) yang telah menambat hatiku membuatkan ku terpikat lalu mencium pipinya dengan penuh kasih sayang, semoga anda diberikan ketabahan untuk menempuh hari2 mendatang, jika Allah masih belum menarik anda kepadaNYA.


nota kaki : penulis pernah pergi ke hospital ipoh bahagian wad kanak2 yang kena kanser peringkat awal kalau tak silap kerana terlibat dalam program convofair (pesta sempena konvokesyen). Kami mengadakan pelbagai aktiviti seperti pertandingan mewarna dan pelbagai acara bagi memberikan keriangan pada kanak2 di wad tersebut, dan disitulah penulis mengenali meenachi cilik berumur 3 tahun yang telah menambat hatinya.


P/s : teringat pula ketika abah tiba2 mencium pipi aku masa tengah duduk2 rehat, rasanya tak berapa lama selepas aku eksiden langgar babi kalau tak salah aku, dan ciuman itu buat aku terpinga2 dan tertanya2, sebab itu pertama kali abah mencium pipi aku sewaktu aku dalam fasa remaja.

No comments:

Post a Comment