Tuesday, January 4, 2011

Daijobu

Assalamualaikum w.b.t,


Daijobu - jangan risau - hakunamatata (lebih kurang la maknanya)






Miporin No Ekubo (Miporin Dimples)

aku baru jer habis tengok citer ni, drama special ala2 cerekarama lah kat jepun tu, sebabnya ada pelakon tomoya nagase, tu yang aku donlod tu, ingatkan drama siri, skali drama special, ho ho ho, citer dier pasal miporin, anak bongsu keluarga ni yang kena barah otak, dan mak ayah dier bertungkus lumus menjaga dier kat hospital, mak dier plak tetiap hari tengok2kan dier, skali tu bapak dier belikan dier set lukisan untuk dier lukis kat kepingan cardboad bersaiz poskad untuk bagi dier occupy masa duk2 kat hospital, dan akhirnya dier mati gak dengan cancer tu, dan poskad2 yang dier lukis ni dijadikan exhibition, dan ramai orang kagum dengan hasil budak ni, ada 359 keping poskad yang dier lukis sepanjang dier sakit sampai dier mati.



ape yang aku fikirkan ni?


ini....


 dan ini....




aper kena mengena dengan post aku?

ha ha ha ha

ye, aku rasa cam nak mengandung jer skang ni, macam citer junior tu, lakonan arnold scwharzenegger (betul ke eja aku ni?)

terasa nak pegang tangan anak sendiri

teringin nak tengok dier membesar

tapi macamner kalau anak aku nasib dier macam miporin dalam cerita ni?

tetiap hari nak kena jenguk dier

nak jager makan minum dier

tengok dier sakit

sampai waktu Allah tarik dier dari aku

macamana nanti aku nak tengok kesayangan aku tu pergi ke tempat abadi?

tentu sukar

dan apa yang paling sukar?

adalah memberi senyuman padanya

kadang2 memang susah nak buat mender tu, tapi bayangkanlah kalau kiter jadi diorang, nak ke tengok orang yang sayang kiter nanges2 tengok kiter tetiap hari disebabkan kesakitan kiter? dah tentu kiter tak nak diorang risau, apertah lagi nanges2 kan?

maka aku buat satu rumusan, yang ORANG SAKIT TAK PERLUKAN AIR MATA KITA!

sebab diorang memang dah sakit, jadi buat aper nak gitau diorang atau ingatkan diorang tentang kesakitan diorang? diorang sendiri mengalami kesakitan tu, diorang lagi tau aper yang diorang rasa, maka tak perlu nak tunjuk2 muker sedih biler datang melawat atau jaga diorang nanti, apa yang DIORANG PERLUKAN ADALAH SENYUMAN KITA SEBAGAI UBAT PELALI UNTUK KESAKITAN DIORANG
maka aku paham, kenapa pentingnya hospital clowning macam yang dilakukan oleh dr.bubbles dan aku dapat lihat perkara yang sama dalam muvi patch adams, dimana dia menghiburkan pesakit2 tak kira umur dan jantina, sebab diorang memang memerlukan senyuman untuk melupakan kesakitan diorang, jadi janganlah datang melawat orang sakit dengan muka muram dan sedih, sebab ini akan membuatkan diorang lagi sedih.


Dan kehidupan dunia ini, hanyalah senda gurau, sedangkan negeri akhirat itu, sungguh lebih baik bagi orang-orang bertakwa. Tidakkah kamu mengerti? (Al-An'am: 32)


aku suka ayat yang ni, sebab bagi aku, ia mempunyai hikmah yang besar pada bagaimana aku melihat kehidupan,

kesakitan, kesedihan, kegembiraan, persahabatan, kehilangan, perkahwinan, bagi aku, ia adalah satu proses dalam hidup dimana ia hanyalah satu senda gurau bagi menghiburkan hati kita, maka tak hairanlah orang boleh ketawa melihat sesuatu yang tragik macam cerita Unubore, atau genre2 black comedy kerana apa?

macam aku cakap tadi, ia hanyalah satu proses yang perlu dilalui oleh seorang manusia, maka ianya bagai satu bentuk hiburan bagi orang2 lain, dalam erti kata lain...

TAK PERLU AMBIL PUSING SANGAT APA YANG TERJADI BAIK IA PERKARA YANG BAGUS ATAU TIDAK

kerana pada pengakhirannya, bukankah akhirat itu yang kekal abadi? bukankah syurga itu matlamat kita?

maka apa yang berlaku antara permulaan dan pengakhiran itu adalah buat hiburan kita bagi mengenangkan nikmat hidup didunia ini, satu seni yang bagi aku adalah masterpiece yang Allah berikan pada manusia, yang harus dihayati, dan benarlah dan betullah sentiasa bahawa ALLAH ITU MAHA BESAR DAN AGUNG, ARTIS YANG TIADA TARA, PENGUKIR YANG TIDAK DAPAT DIBANDINGKAN, DAN SAINTIS YANG TIADA TOLOK BANDINGNYA



kalau hidup kita sekadar bermula dipetak permulaan dan petak seterusnya adalah petak terakhir, maka tak seronoklah perjalanan tu, kalau disulami dengan pelbagai halangan dan kegembiraan, sudah tentu ia tampak lebih menarik, macam main monopoli jugalah kan? :)


 maka katakanlah pada saudara2, rakan2 yang ditimpa kesusahan, kesedihan, musibah dengan kata2....

 DAIJOBU (jangan risau)

 dan ukirlah senyuman selebar2nya

dan itulah ubat tahan sakit yang terhebat dari seorang manusia kepada manusia yang lain, yang sedang dalam proses pemulihan, begitulah segala kesakitan yang lain, sementara nak menunggu sembuh, kan ubat tahan sakit itu juga penting?





p/s : kalau aku tak kahwin pun tak apa, tapi nak amek anak angkatlah... :P

4 comments:

  1. hahahaha....nanti sampai masenye tu.ade lah rezeki ko.jgn risau :)

    ReplyDelete
  2. ha.. senang camni.. kalo kakde nikah nanti (kalo la.. tapi rasanya lambat lagi) ko ambik anak2 kakde nak? kakde bersalin je.. ko jaga.. keh keh~

    ReplyDelete
  3. che' tun : thanx, insyaallah, mudah2an begitulah hendaknyer.... :)

    ReplyDelete