Thursday, January 27, 2011

Rambut Baru?

satu ketika...

A : oh, SEFA rupernyer, ingatkan saper tadi..."


B : kan?  nampak cam lain jer tadi (buat muka terkejut)




satu ketika lagi...

C : weh, hensem kau buat rambut macam ni, kan? (tanya D) selalu kau buat rambut pendek ja


D : aa.....(wat tak peduli)

aku pelik dengan dialog2 diatas sebab semuanya dituturkan oleh orang laki, ya lah, orang pompuan takkan nak puji depan2 kan? (ceh, macam kau popular jer), aiyoooo, ni yang aku maleh tetiber kembang semacam nih, sebab memang jarang orang puji2 aku nih, walaupun mak ayah aku puji aku pun, aku leh statik tak bertindak balas, sebab dari kecik, memang aku jarang dipuji dan dimanjakan, tapi sekali sekala, menghargai kurniaan Allah yang tak ternilai ini, walaupun pinjaman jer, nak juger rasa diri dihargai kan, baiklah, lelaki sekalian, jangan puji aku lagi ye?

nanti aku jadi "saya OK" baru korang lari bertempiaran, ha ha ha ha ha

oh ya, setiap manusia itu dilahirkan istimewa dan sempurna, jangan percaya kata hati yang cakap seorang manusia itu tak hensem atau tak macho, atau tak lawa, ya Allah, sesungguhnya diri ini juga begitu, maka janganlah kita menghina atau merendah2kan manusia yang kita sendiri melabelkan mereka sebegitu, walhal, kitalah yang tertipu sebenarnyer dengan mata kita, sama2 berubah demi kebaikan ya kawan2?

nah gambar pertama (abaikan mata sepet sebelah tu, aih~ kenangan sekolah rendah tu)


versi pakai spek plak






baik, gambar di ambil dekat bilik aku, Village 5, nombor bilik takkan diberitahu, takut nanti diculik dek alien, ga ha ha ha ha ha...

oh aku gelarkan rambut ini gaya 'jeremy', nak tahu? sila bukak video klip pearl jam - jeremy kat youtube, pelakon budak lelaki yang melakonkan watak jeremy dalam video tu rambut dia macam ni lah.


p/s : biler lah aku nak ader jambang lebat nih, aih~~~
p/s/s : tetiber aku rasa nak peluk kanak2 istimewa dan mahu memberikan mereka kasih sayang serta harapan bahawa dunia ini terdapat keadilan bagi mereka. (T_T)

3 comments: