Monday, January 17, 2011

What? 3 lagu? SEFA memang dah giler!

Assalamualaikum w.b.t,

dengan ini diumumkan bahawa SEFA tengah gila dan akan dihantarkan ke tanjung rambutan untuk rawatan susulan, ho ho ho, takder lah, since aku memang takder keje, makanya semasa bertapa di Nilai, dengan pertolongan adik aku mohd faiz farhan, maka terhasillah 2 buah lagu, dan sebagai bonus, ader satu lagu extra untuk korang dengar ;)


1. Kalam Hati Aishah
barangkali ini adalah lagu yang paling susah nak dibuat dan dimainkan, dan sampai sekarang aku terpk, eh, tajuk lagu ni sesuai ke? rangkap ke dua ni best ke? dan yang paling menyeksakan adalah biler nak main lagu ni, kalau adik aku tak support, memang mampuih beratus kali aku rakam tak jadi2, iye, sebab kompleks adalah sebab adik aku tolong wat kan skali lagu ni, maka memang susah lah jadinyer, bayangkan dari chord Gmajor tukar ke G7, mampuih terkangkang jari aku nak wat placing, pergh, tetiber keluar plak 'personalize' chord kata adikku, memang mati la aku nak mainkan, yang buat tambah seksa tu sebab ada solo adik aku, jadi kalau take tu gagal, dengan dier la angin skali, selalunyer aku la silap, silap main, silap lirik, tak sempat nak tekan chord dah nyanyi dulu, tak sempat nyanyi dulu dah tekan chord, macam2 lah brader, ho ho ho, tapi secara personal, aku memang suka lagu ni, next time aku cuber untuk wat dalam versi piano plak ye? tapi tu kena tunggu otai piano famili aku, Yong, balik lah masa raya cina nanti, leh menggatai mintak dier tolong mainkan lagu ni macam lagu darah derita setia yang tak jadi tu :P, aper2 pun harap korang suker hasilnya ye?


LIRIK
lagu dan susunan : SEFA & Feaz
lirik : SEFA
Gitar solo : FEAZ
Gitar rythm : SEFA

mendung hitam,
awan merah,
tenggelam di dalam lautan selut manusia

merenung jauh
esok yang tak pasti
adakah darah yang mengalir telah pun dicemari

noktah hitam
hari semalam
tercapaikah hembusan suci pada akhirnya

(chorus)
Aishah, kau berlari dalam lagu sepi
mencari kata pujangga menutup sunyi
tak pernah, ku rasa tajamnya duri duniawi
teruskan mencari rahsia dan makna ilahi

hati lelah
hati resah
apakah tangisan semalam
takdir sebuah senyuman

tajam pena
sebuah kehidupan
longlai tak bermaya dipapah mata nan indah

hancur sudah
kalam mimpi
berbisik lembut bicara hati

**dari jiwa yang terusik hamparan air mata
ketenangan yang dicari
apakah semakin hampir atau musnah

(repeat chorus)
(solo)
(repeat **)
(chorus X 2)




kesian adik aku, dalam video ni tak nampak muker dier, walaupun gorengan gitar dier sedap, sebab bilik sempit, takleh nak adjust kamera sangat, adoi la.....tapi memang aku suker solo dier :)



2. Misiku : Najwa

tunang kepada kawan bek aku kat TTS, usop, tunangnya iaitu najwa ada mintak request dari aku lagu untuk diri dier, dan aku wat lah lagu ni, sempena hadiah aku untuk diorang, ho ho ho, amek ko usop, rasakan! rasakan!  sapa suh ko bagi keizinan kat aku untuk wat lagu kan? aper2 pun sangat terharu pada najwa yang sudi request lagu dari aku, maka terimalah lagu ini dengan seadanya, mana yang tersalah kod atau tak sedap tu, harap maaf lah, aku bukannyer penyanyi professional, dan aku pun takder trening secara professional ( ayat willian hung), maka terimalah lagu yang penuh comel untuk pasangan yang comel ini, teringat pula masa gathering TTS sempena convo itu hari, najwa datang skali masa tu, sangat comellah kesanggupannya untuk datang gathering TTS masa tu, terasa macam nak bawak bini sendiri plak masa gathering TTS len kali, eh aku ader bini ke? takper lah, anak pun jadi ler, eh anak? :P


LIRIK 

Lagu & Susunan : SEFA & Feaz
Lirik : SEFA

Lihat papan tanda biru
jelas terlihat senyumanmu
berpusing angin disini
dilebuh raya yang sunyi

perjalanan terasa jauh
hari semakin mendung
apakah misiku?

sakit tak pernah ku tahu
perjalanan memahami dirimu
kini masa hampir tiba
moga kita sentiasa bersama

maafkan aku
bertanya padamu
apakah misiku

(chorus)
kini baru ku tahu
benarlah katamu
engkaulah misiku
temaniku ku selalu
wahai misiku : Najwa

merah awan mega itu
kan kita nikmatinya bersam
tak jemu tuk bersamamu
lewat hari jadi saksi kita

perjalanan terasa jauh
hari semakin mendung
apakah misiku?

(repeat chorus)

dan kau lah destinasiku
kau lah penantian ku
hari ini kita bersatu
kau jadi suriku
wahai misiku : Najwa



aku tak tau naper lagu ni pun aku susah nak men gak, jadi inilah hasilnya untuk rakaman ke berapa ratus kali entah, ho ho ho ho :P



3. LAGU BONUS : JANGAN MENANGIS

ecey, leh plak ader lagu2 bonus nih, macam wat album plak, ho ho ho, ni sebenarnyer material yang dah lamer terperap dalam henpon aku, ada la dalam 3,4 bulan gitu, maka dengan beraninya aku habiskan jugak lagu ni, oh ya, lagu ni sangat sesuai bagi mententeramkan rakan2 anda yang kuat nanges, mahupun bini anda, tapi dalam lagu ni aku wat 2, kawan dengan bini, alah, nanti kalau korang ader bini pun, itulah kawan korang gak kan? nak bertepuk tampar skali, maka aku pun macam rasa nak nyanyi lagu nih kalau2 bini aku nanges nanti, best lah rasanya memujuk dan mententeramkan orang, saper tengah nangis skang siler angkat tangan yer? aku nak nyanyikan lagu ni depan korang secara live boleh? :P

LIRIK


lirik, lagu dan susunan : SEFA



oh kawan mengapa kau menangis
mungkinkah dia melukaimu
oh kawan kenapa kau bersedih
ceritakanlah rahsia tangisanmu

aku disini menunggu
ceritakanlah pada ku
kan ku dengar
tanpa rasa jemu

oh kawan
cerita padaku
oh kawan
oh jangan menangis

oh kasih mengapa kau bermuram
mungkinkah salah kata kataku
oh kasih kenapa kau membisu
ceritakanlah apa yang terbuku

akulah penghapus dukamu
jika terguris maafkan aku
ku insan biasa penuh luka

oh kasih
suri hidupku
oh sayang
jangan menangis

ku hapuskan
air matamu
maka sayangku
jangan menangis



okeh, mekasih sebab sudi nak mendengar atau membaca post ini :))

wassalam

2 comments:

  1. mmg dah sah2 gilo.

    nanti ko bertapa kat pusat kebudayaan UM ni leh la main lagu2 ni.

    :P

    ReplyDelete
  2. ho ho ho, harap2 leh la TTS masuk wat show kat saner nanti :)

    ReplyDelete