Tuesday, January 11, 2011

Lagu Baru! - Sekuntum Mawar Membeku

Assalamualaikum w.b.t,


tengah2 on the way balik dari makan malam tadi, gua dapat idea wat lagu plak, tanpa menoleh kebelakang (untuk aper pun toleh belakang?) gua stat petik gitar, seb baik note yang datang ni tak la susah macam nak main lagu ziana zain (aku cabar ko main lagu ziana kat gitar, ho ho ho)


lagu ni pasal cerita seorang suami yang kematian isterinya pada hari jadi bini dier, dan isteri dier mati sebab penyakit macam kanser gitu la, yang leh dianggarkan berapa tempoh orang tu leh idup



jadi untuk tak melengahkan maser, harap2 korang terhibur tak banyak sikit pun jadilah dengan lagu aku ni, nak curi nyanyi kat bini pun takper, asalkan jangan luper mention nama orang yang buat lagu nih ye? tolong ye? :P

SEKUNTUM MAWAR MEMBEKU
lagu & Lirik : Syafiq 'Effendi' Faliq Alfan (SEFA)

Ingatkah kau lagi pada janji kita teguh berdiri bersama,
mencari terik mentari
disebalik awan kelabu


Ingatkah kau lagi pada waktu itu sewaktu ku lafazkannya
kau bukan milikku, namun suri hatiku


dan kau membisu dalam kepedihan hati
pergi tak kembali ditarik (patut aku letak ini, baru sedap, sori) dijemput ilahi, ilahi~


(chorus)
Sayangku, selamat tinggal buatmu,
semoga kita kan bertemu
disyurganya oh nanti disana


sayangku, mawar merah hatiku
di harijadi mu
senyuman sejuk membeku




ingatkah kau lagi pada tangisan itu 
ku padamkan dengan senyumanku
kerna kau cinta hatiku
jua teman terbaikku




terima kasih ku ucapkan buatmu
menemani hari - hari sepiku
takkan ada pengganti
buat senyuman secerah mu


saat mereka menyabung nyawa
kita menyabung rasa
dan masa terhenti saat bibirmu terkunci, terkunci~




(repeat chorus)




selamat tinggal kasihku
doa tulus suci buatmu
moga damai disana
senyum dan cerahlah disyurgaNYA, syurgaNYA~


(repeat chorus)


sayangku mawar merah buatmu,
dihari jadimu
meski senyumanmu sejuk membeku


sayangku, selamat tinggal buat kenangan kita bersama,
meski kau pergi tapi tak pernah jauh dari hati ini.






thanx and enjoy ;)




p/s : berempathy bagi mereka yang kehilangan cinta hati mereka buat selamanya kerana ajal, salam takziah dan berharap agar mereka ditempatkan disyurgaNYA, amin......

4 comments: