Tuesday, February 22, 2011

Hari Hitam

Assalamualaikum w.b.t,


hari ni hari hitam buat aku, terbaca link yang dishare oleh kawan fb aku, bahawa hari ni ulang tahun yang ke berapa ntah, tentang pertempuran pihak polis dengan pengganas komunis.

lahir dan membesar di teluk intan, yang dulunya memang terkenal dan masuk dalam buku sejarah, antara kawasan yang kuat dan bermasalah sebab terjadinyer tragedi 13 may yang agak teruk disini, aku membesar dengan pegangan bahawa komunis ni memang jahat nak mampus, dan jangan percaya sangat kat cina, sebab ketegangan kaum kat sini agak kuat sampai la skang, tapi masalahnyer, cikgu2 tuisyen aku kebanyakannyer dari aku kecik sampai la sekolah menengah, banyak yang cina, so macamner tu?

"ada cina yang baik...."


kata ayah aku,

jadi memang tak salah gak la aku cakap, dalam melayu pun, ader yang baik dan jahat bukan? contohnya macam kes yang terjadi kat UM masa pilihanraya kampus diorang, gilo kau sampai main culik2, kalau loser sekali pun, toksah ler jadik macam tu, kalau desperate sekali pun jangan ler sampai macam tu, aku tak pasti sejauh mana konspirasi ni, dier sajer2 nak blackmail dengan sajer2 ilang ke, atau memang betul2 kena culik ke, wallahualam, korang sendiri lah nilaikan.

aku sedih bila ada saudara aku, bergaduh dengan saudara sendiri, beginilah lebih kurang aku bentangkan situasinya.

A : anda tak layak memimpin, kami lebih layak!
B : demi Allah, pemimpin korup seperti anda tak layak duduk disitu, demi Allah, kau akan aku  
      cantas dan keadilan akan ditegakkan!
A : apakah kau yakin dapat memimpin tanpa ada pengalaman?
B : Allah bersama kami, Rasulullah idola kami, Allahuakbar!


kadang2 aku rasa akan sampai satu masa, kita terpaksa sembelih saudara sendiri sebab kebenaran yang kita bawa, aku harap hari tu takkan berlaku,

wahai A, bukalah mata dan pandanglah kebenaran, semoga kalian melihat kesalahan kalian dan segera bertaubat.


wahai B, jangan menganggap dirimu suci, bukankah Allah menyatakan bahawa "adakah seseorang itu boleh mengaku beriman sedang dia tidak diuji" dan adakah anda pernah diuji imannya seperti A? layakkah anda berfikiran bahawa anda lebih suci murni dari A?


aku sangat sedih bila yang sorang tak reti2 nak tengok kecacatan diri dier, yang sorang lagi duk mengutuk yang sorang tu sesat, Ya Allah.

aku secara tak langsung berjuang atas namaNYA, dalam cara aku sendiri, mungkin perjuangan ini bukanlah direct macam yang diorang buat kat arena politik atau kat medan perang, tapi aku dengan cara aku, dan inilah yang termampu, pernah juga nak bergiat dalam jemaah dalam 3 tahun sudah, tapi aku tak mampu cara macam tu, Alhamdulillah, Allah tunjukkan jalan yang sesuai untuk aku berjuang.

dan hari ni bagaimana aku nak menggigit lidah aku?

walau sampai putus sekali pun, takkan berubah hakikat ini, bahawa Jebat dan Tuah punya pandangan sendiri dan masing2 ada kebenaran yang terselindung disebaliknya.

masa zaman komunis dulu, kalau anda jadi shamsiah fakeh dan Abdullah CD bagaimana?

rakan anda bertugas sebagai pegawai bawah pemerintahan british, yang menjajah anda. Anda pula cuba untuk membebaskan tanah air dari cengkaman penjajah secara radikal. Rakan anda yang satu lagi cuba membebaskan tanah air secara aman.

sukar, sukar, sukar

tak boleh aku bayangkan betapa sukarnya keadaan masa tu,bila kita kena bertarung dengan rakan sendiri demi ideologi.

YANG DIBANGKITKAN OLEH SIAPA?


pemikir2 yang sepenuh masanya berehat dibawah bambu dan memikirkan teori2 kemanusiaan yang baru? cara2 untuk meningkatkan taraf hidup manusia, yang kemudiannya diambil oleh seorang rakan baiknya, yang ada kuasa, dan kemudian ia diaplikasikan menggunakan kuasa tentera,

maka yang berada dibawah rantai makanan itu siapa???????



mereka yang bernama TENTERA!


SYSTEM OF A DOWN - SOLDIER SIDE


Dead man lying on the bottom of the grave
Wondering when Savior comes
Is he gonna be saved

Maybe you're a sinner into your alternate life
Maybe you're a joker maybe you deserve to die

They were crying when their sons left
God is wearing black
He's gone so far to find no hope
He's never coming back
They were crying when their sons left
All young men must go
He's come so far to find the truth
He's never going home

Young men standing on the top of their own graves
Wondering when Jesus comes
Are they gonna be saved

Cruelty to the winner, Bishop tells the King his lies
Maybe you're a mourner, maybe you deserve to die
They were crying when their sons left
God is wearing black
He's gone so far to find no hope
He's never coming back
They were crying when their sons left
All young men must go
He's come so far to find no truth
He's never going home

Welcome to the Soldier Side
Where there's no one here but me
People all grow up to die
There is no one here but me

Welcome to the Soldier Side
There is no one here but me
People on the soldier's side
There is no one here but me



(SERIUS LAGU NI PERLU ANDA DENGAR KERANA SANGAT PUITIS)


anak2 yang kehilangan ayah, isteri yang kehilangan suaminya, di dalam perang, akibat mempertahankan slogan2 anda yang hilang maknanya 2 atau 3 dekad kemudian. HASILNYA?

kerajaan dilimpahi rezeki yang melimpah ruah, pelabur2 datang melabur dengan banyaknya, ekonomi semakin kukuh, dan mula lah ahli2 politik yang perjuangannya suci itu tadi tenggelam dan tersenyum melihat tangga gaji yang makin naik kian tahun, pembangunan yang dirancang tak dihirau keberkesanannya saban tahun.

DAN AKHIRNYA???


generasi2 yang makan tidur mengambil alih ayah ibu mereka dalam kerusi kerajaan, dan mereka pula yang tak pernah berjuang dan hanya melihat ayah ibu mereka berjuang di atas kerusi empuk hanya berkata

"hari ini kita memperingati mereka yang sudah tiada, mereka yang telah berjuang demi keamanan negara kita, yang telah bertungkus lumus memperjuangkan panji - panji kebenaran, supaya kita dapat hidup aman"


dan demi keamanan dan peringatan pada hari itu, ayam golek sebesar bakul sampah dihidangkan di atas meja, air2 tuak dan haram dinikmati bersama, dan bergembira, dan membazir

keluarga yang kematian ketua keluarga (Suami/ayah) akibat perang itu?

TERUS MENDERITA, TERUS TERTEKAN, TERUS DITINDAS NASIB DAN MASA DEPANNYA




hanya sebab kami memperjuangkan ideologi anda.

para politikus




adakah anda gembira hari ini?
bila sang pejuang terkandas di sebuah bangunan usang
berbekalkan peluru yang tinggal beberapa butir
beberapa batallion askar yang menuju kearahnya
yang kamu anggap sebagai pengganas melebihi label saudara yang tuhan berikan
dan dia memikirkan adakah syurga atau neraka bakal dihidangkan padanya
atau kau yang sekarang bermandikan syurga dunia ini
dan dia memikirkan adakah pada akhir nanti, semuanya akan selesai
dan  anda akan puas hati
bila pelabur2 melabur telaga emas hitam yang tempatnya anda tawan
bila duit2 yang kabur memenuhi ruang poket anda
bila anak2 anda bermandi darah pejuang dalam sauna yang serba cantik bertaraf dunia



aku tak suka memikirkannya
bila mereka mahukan kita berID untuk berjumpa
bila terlalu banyak birokrasi untuk berjumpa dengan saudara yang dahulunya disokong dan dilambung tinggi ke udara
kadang2 disuruh merasmikan hari kemecerlangan sekolah pun dia tak mahu
hanya atas alasan sibuk
sibuk pergi ke oversea bermandi judi dan haram
yang peliknya dahulu dia memperjuangkan islam
dia memperjuangkan kebenaran
dia buang kebatilan didalam sistem
dia membenci sang politikus korup
dahulunya dia berkopiah dan mengembangkan sayap kebenaran
itu dululah
katanyalah
alasannya lah
sekarang perlu professional
sekarang perlu berblazer kesana sini
perlu nampak segak bergaya dan ada pangkat
kain pelikat diletak ketepi
itu hanya untuk mandi sahaja
itupun berdekad sekali diguna
apa dia lupa Saidin Umar yang sangat merendah diri?
oh tak apa, itu kempen dahulu
sekarang kita sudah berjaya buat kerajaan
maka perlulah nampak superior
katanyalah
alasannyalah



dan hari hitam ini terus berlalu
bermandikan darah sang pejuang yang kau heretkan menggunakan slogan revolusi kau
hari ini kami mengingati mereka
dan hari ini kami ketuk pintu anda dan beritahu

JANGAN SESEKALI TERSENYUM BILA ANDA BERADA DI ATAS SANA MEMIJAK MAYAT2 KAMI YANG PERJUANGKAN PEMIKIRAN ANDA, ANDA SEPERTI KAMI JUGA, DAN PERLU DIINGAT SENTIASA, JIKA TIDAK, KAMI LEMPARKAN BATU, KAYU DAN SEGALANYA DI ISTANA MEWAH ANDA UNTUK MENGINGATI ANDA TENTANG HAKIKAT INI!


P/S : sayang, kalau abang tak ada, berbanggalah kerana abang berjuang untukNYA, dan Insyaallah, doakan kita ditempatkan disana bersama ya? jangan lupa bawa sekali aiman dan aliff serta sarah yang baru lahir itu sekali ya? :') (kata sang pejuang meninggalkan rumahnya, syurga dunianya yang tercinta)


P/P/S : aku bukan menngapikan ketidaktenteraman,sekadar mengingatkan para pendita, politikus, supaya meningati mereka yang berada dibawah ini, yang hilang ditelan ombak zaman. dan menjadi ombak peringatan.

1 comment: