Wednesday, February 23, 2011

Salah Siapa?

Assalamualaikum w.b.t,

terpanggil nak buat post ni, sebab ada kawan rasa geram sangat kat akhil hayy dalam kes pergolakan beliau dengan isteri beliau.

siapa bersalah sebenarnyer?

akhil?

atau maizawati?

walaupun kes ni dah basi, tapi aku still nak huraikan sket lah pandangan aku.

even maizawati pun dah mengandung skang pas kawen dengan suami baru dier, so sepatutnyer aku tak perlu panjang2kan, cuma aku mengulas tentang pendapat sesetengah yang menyokong maizawati atau akhil hayy.

aku secara peribadinya tak suker nak sokong mana2 pihak dalam satu permasalahan dan aku bersetuju dengan classmate aku ini. Sebab kiter tak ada hak pun nak cakap saper betul dalam satu permasalahan, yang ada cuma permasalahan, tuding menuding ni cuma perbuatan yang tak bertanggungjawab jer sebab nak lari dari tuduhan atau nak senang cerita, atau nak lari dari permasalahan yang meruncingkan.



senang, bila orang dah tuduh sorang lagi, tak yah lah nak concentrate yang tak bersalah tu kan?

tak perlu lah dipikirkan permasalahan, sebab dah ader yang tertuduh.

bagi aku tak sebegitu, bukan semudah itu kita menuding mana2 pihak, baik yang kita rasa bersalah atau tak bersalah.



situasi :

sorang laki ni main pompuan/pasang skandel kat luar.
sorang pompuan main laki/pasang skandel kat luar.

pandangan pertama : laki/pompuan tu memang lahanatlah kalau pasang skandel kan? dah terang2 salah, kalau nak pasang satu lagi bagi laki, boleh jer kawen satu lagi, kalau pompuan tu tak leh lah

pandangan kedua : pasangan dier mungkin sibuk sampai takder masa melayan diorang kat umah, kalau bini tu wat muker ketat jer biler suami balik, nak melayan dah ler jarang, tak ke laki tu bosan? kalau laki plak, malas melayan bini kat umah, takder penghargaan untuk penat lelah bini, joget2 ker sekali sekala dengan diorang secara romantik kat umah tu, memang takder, so leh ke blame diorang 100 % sebab diorang cari skandel?

pandangan ketiga : memang betul2 diorang sajer gatal setelah kiter korbankan semuanya untuk diorang, betulke semua? tak bertanya langsung perasaan diorang? aper yang kurang? aper yang korang leh buat untuk baiki perhubungan.

kesimpulan : masing2 ada cacat cela masing2, maka tengok sendiri dan cek diri masing2, ader tak salah silap kita? sebab tu kita ada perunding keluarga kat jabatan agama tu, supaya masing2 leh tengok mana salah silap, tapi kalau nak bercerai berai jugak, nak buat macamner, dah bukan jodoh kiter, mungkin itu yang terbaiknyer.


aku takleh nak komen sangat, sebab aku pun tak der bini, dan seorang yang gagal dalam relationship, tapi aku tengok sebagai peluang untuk aku tengok kembali, apa masalah2 aku, dan masalah2 dier, supaya taklah kita rasa nak marah kat satu2 pihak jer, sebab kita pun manusia gak, ada wat salah. tapi tak bermakna aku takleh bagi point of view langsung bukan?

cuma jangan terlalu menghukum segala2nya

manusia, diciptakan oleh Allah sangat unik, mereka tak bagi pandangan macam tu jer, sebabkan oleh isu yang mereka bawak, persekitaran yang membentuk mereka, maka kalau anda menghukum manusia sebegitu, adakah adil tanpa anda selidiki latar belakang mereka? kita marah, tapi marahlah pada perbuatan mereka, tapi JANGAN SALAHKAN MEREKA!


aku cukup tak setuju kalau ada alim ulama yang main cakap lepas dan menuduh orang yang sesat tu macam takleh nak bentuk, macam takder harapan, konpem masuk neraka, weh, kalau Rasulullah dulu macam kau, dah lamer Umar Al - Khattab tak masuk Islam tahu? kesabaran dan beriring doa diperlukan dalam situasi yang sebegitu, jangan biar emosi mengaburi judgement kiter sampai tak nampak kebenaran dalam permasalahan, BUKAN SAPA BENAR DAN SIAPA SALAH! siapa kita untuk menuduh sesat dan takder harapan nak bertobat sedangkan kita tak diuji sebegitu, layakke? kau tuhan ke nak hukum saper masuk neraka atau syurga? yang boleh kita buat adalah berdoa, kalau tegur pun dah takleh makan saman, macam yang dah disarankan oleh Rasulullah, kalau kita nampak ada kemungkaran depan mata, kan ada peringkat2nya? takder plak aku nampak dalam list tu SUMPAH SERANAH DAN CACI MAKI.

dan kalau kita masih marah kat orang tu, masih mengatakan yang dia tu tak betul, keji, dan rasa nak bunuh jer, AWAS! maknanya anda lah yang ada isu.

teringat plak ketika saidina Ali berperang, aku dengar dari ceramah ustaz Ismail Kamus, seorang musyrikin ni ludah kat muka Saidina Ali karamallahuwajhah, maka pedang yang dipegang saidina Ali disarungkan kembali atas sebab DIA TAK NAK MEMBUNUH MUSUHNYA DALAM KEADAAN MARAH.


maka kan Islam tu cantik molek?



kita berperang, sebab mempertahankan akidah, mempertahankan negara, bukannyer sebab marah kat orang tu, marah kat orang ni, macam AMERIKA YANG BOM HIROSHIMA NAGASAKI TU nampak sangat bacul, sebab dah langgar etika perang, kerana bom orang awam, masa 9/11 tu tahu pulak nak marah, masa dier bom kat hiroshima nagasaki tu tak rasa apa2 pulak?

maka secara kesimpulannya disini, bila kita berhadapan atau terlihat sesuatu konflik dan permasalahan yang dihadapi diri sendiri atau rakan taulan, maka tengoklah semua pandangan, dan cuba selesaikan masalah tu, kalau boleh, kalau kawan tu tak nak, maka tolonglah set dalam paler otak bahawa takder pihak yang salah, masing2 ada kesilapan sendiri yang perlu diperbaiki, sebagai manusia, kita tak sempurna, begitu juga dengan orang lain, jangan terlalu cepat menghukum sesiapa pun. Yang benar itu cuma hukum Allah, Al - Quran dan As - Sunnah yang tak boleh nak disangkal lagi kebenarannya. Dengarlah keluh kesah rakan kita dan bersamalah dengannya sampai dier sembuh dan sihat walafiat kembali, jangan ler plak pi mengapi dier cakap orang ni macam haram, orang ni tak betul, kang buat lagi tambah konflik, dosa pun dapat sebab mengumpat orang, menuduh, mencaci orang, maka baik diam2 saja, dan dengar jer masalah diorang, bantu mana patut.

maka siapa salah?

"DUA - DUA SKALI "


(aku pakai ayat dan pandangan cikgu cekgi kat sekolah rendah sultan abdul aziz dulu kalau ader budak2 yang berkelahi, dan juga pandangan bapak aku kalau aku gadoh dengan adik aku,  ho ho ho ho ho)




wassalam, moga kita dapat manfaat bersama, yang baik itu datang dari Allah, yang buruk tu kelemahan diri aku sendiri ;)

No comments:

Post a Comment