Tuesday, February 22, 2011

why so serious?

"kenapa muka garang sangat?"


"SEFA macam garang jer"

aku tak ada respon atau komen tentang itu kalau semua orang tanya macam tu, sebab dah muka aku macam tu, nak buat macamana, aku cuba nak senyum dulu ada satu hari kat matrik, sebab hari tu betul2 aku happy, rasa tenang ya amat, dah kata aku macam orang gila plak senyum2, aku tak reti buat muka biasa, sebab muka biasa aku muka garang, dan aku tak reti nak ikut muka macam orang lain yang dikatakan tak garang tu, mungkin sebab aku dilahirkan sebagai mat thrasher kot, ntah ler.

dari segi karya dan penulisan, dan kadang2 nyanyian sekali pun, kawan aku leh nampak kemarahan aku, ya, aku dilahirkan sebagai seorang yang short temper, tapi tu dulu, sekarang aku tak mengamuk tak tentu pasal, unless kalau betul2 ganggu privasi aku, maka awas, selebih tu, kau nak buat apa, kau buatlah, aku tak dapek nak larang pun.

aku tak reti nak tulis yang hepi2, yang lawak2, kalau dalam skrip aku selalunya yang nak jadi hepi atau lawak tu, akan jadi tragedi yang maha dahsyat endingnya, sebab tu aku tak boleh nak perform mime, dan biler aku keluar pun, orang dah nampak keseriusan muka aku, susah aku nak establish antara aku dengan penonton dengan baik,  dan aku sangat bangga dan tabik sampai terbalik pada member2 mimers yang lain, ash, haf, acap, sebab diorang memang pandai establishkan diri diorang dengan baik dengan penonton. mungkin ke pasal makeup aku? tak juga, sebab marcel marceau pun make  up hitam dan putih, so mime yang hitam putih make upnya, bukan alasan untuk tak dapat establishkan diri diorang dengan penonton.

maka bila ditanyakan,

"apasal orang suka watak gagak yang aku lakonkan?"



tu sebab penulis skrip, dr.shark, terima kasih pada dia, watak gagak tu ramai orang suka, aku hanya lakonkan saja, kalau aku berdiri di atas pentas sebagai aku, dah tentu rasanya tak sama, kau tengok sajalah gamba kat kad matrik aku yang diambil 4 tahun lepas ni.


yer, memang macam ni lah muka aku kalau gi kelas, memang mamat macam ni kalau muncul depan kau, kalau kau pelajar engineering, memang kau larilah kan, sebab nampak pelik, dan aku pun tak kisah pun, sebab dah tahu risikonya kalau aku buat macam tu, baju tuck in, seluar slack, pakai boot, memang ini imej clark kent aku lah kiranya. tapi aku still pakai sampai 4 tahun kat UTP ni, pakai songkok, sebab aku nak tunjukkan bahawa tak salah pun kalau pakai songkok, sebab aku melayu, sebab tu aku pakai songkok, kalau boleh, tiap2 hari aku nak pakai baju melayu dan kain pelikat pergi kelas, tapi tu dah melampau sangat lah kan.

dan ini pula gamba selepas aku transform jadi gagak itu hari.


sesetengah orang mungkin rasa aku nampak lain sket, terutama bila kat pentas


sebelah aku tu kucing kurap, yang sangat comel, ho ho ho, aka ayie lah tu,



ho ho ho, sajer nak masukkan gamba ayie yang ni, sangat kelaka, comel giler, aku suker sangat kot, ho ho ho ho...

comel?

aku susah nak terima hakikat yang aku boleh dikaitkan dengan perkataan tu, jadi kalau sapa2 puji aku macam tu, memang aku rasa nak terbalik buat terjun tiruk, sebab aku tak leh nak percaya mender macam tu, sebab aku tak percaya langsung kat kecomelan itu, sebab tu aku takleh buat mime, sebab aku tak percaya sistem berjenaka di atas pentas dan buat orang ketawa, dan itu barrier aku, mungkin sama macam usop, sebab tu dier memang takkan naik pentas buat mime, sebab dia rasa loser, dan aku juga mungkin ada isu yang sama macam dier.

dan sebab tu aku takleh nak buat karya2 yang maha lawak, macam yang doc buat, kalau doc dah takder, mungkin tronoh theater shop akan berkubur, kalau tak ada sesiapa yang leh buat karya yang lawak macam dier, kalau hidup, mungkin hidup segan mati tak mahu jer nanti, movement TTS bakal jadi movement grup2 teater yang lain, dull, bosan, abstrak, kan semua mender2 tu orang tak suker?

ayie mengada dan bergurau dengan aku pasal skrip "kau bawaklah" yang dipakai masa mahkamah lorong dulu....

"SEFA aku tak paham doh skrip kau ni...."


doc plak cakap

"untuk skrip, er.....no komen..."


dan aku takleh wat aper pun, sebab aku memang macam tu, takkan satu hari tetiber aku nak berubah dan mampu buat skrip2 yang sangat kelakar dan mencuit hati, aku ada dua mode sajer.

1.membosankan
2.hyper/poyo/ss


pilih salah satu, dan kau akan tetap lari dari aku, sebab tu aku dah biasa dah dengan perkataan2 macam...

"dia tu bosan lah....


"SEFA, tukar topiklah, tajuk kau ni bosanlah nak sembang"


kalau nak cari orang yang fun going, seronok2, aku bukanlah orang itu, sebab aku tak reti nak berlakon jadi crowd pleaser depan orang, unless kalau watak yang aku lakonkan macam tu, tu pun tengok juger, selalunyer tak menjadi.




ni gamba masa rantai-art itu hari, party crasher lah aku masa tu, sebab kasi tukar mood penonton tengah happy kepada sedih dengan piece 'teardrop' ni, aku tak ada kostum rasmi mime, ada lah, satu jer kot, dan aku tak suker nak tetapkan kostum aku, bagi aku, tu semua tak penting, yang penting, persembahan kau, kalau bagus, orang akan suka, kalau tak, sebaliknya lah, dan masa ni mesti ada yang mengantuk ya amat sampai tertido, sebab tak paham......

"aku tak faham karya SEFA"


"bosan"


terngiang2 perkataan2 tu dalam paler otak aku, jawapan aku cuma satu...

"OREWA OREDATTE" (aku, akulah jua)




kadang2 sampai tak reti nak balas aper2 dah, aku cuma tersenyum dan terdiam sekejap masa tu, sebab kalau aku bagi respon, konpem2 jadi pelik, kang orang makin tak suka.


anda leh tahan dengan kebosanan diri aku?
leh terima aku yang kadang2 poyo ni?


tahniah! anda memang hebat, sebab tak ramai yang begitu, percayalah, aku jarang jumper orang yang leh tahan dengan kebosanan diri aku nih, kalau leh tahan pun sekejap jer, mungkin aura aku sangat repulsive sampai orang pun larikan diri dari aku selalu, kah kah kah.


LAGI SEKALI NAK CAKAP SAYANG KAT UITM MERBOK SANGAT2 SEBAB ANDA TERHIBUR DENGAN LAKONAN SAYA TEMPOH HARI, TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA TERHADAP TTS! ;) SAYANG ANDA SANGAT2!


p/s : mak dan abah, serta seluruh family serta rakan taulan, terima kasih sebab masih terima diri aku yang membosankan ini..... 

5 comments:

  1. haha.
    just be urself la,tak kira pe org kata pun.
    i saw u from diff. view, ur a great guy lah!
    dun worry, b happy..
    pmnat anda akan setia di sni.=))

    ReplyDelete
  2. insyaallah, selagi hayat dikandung badan, selagi itu daku akan menjadi diri sendiri

    mekasih sesangat2, sangat2 terharu dengan kata2 anda, dan sokongan anda juga :')

    ReplyDelete
  3. petua:

    kalo korang rasa sefa @ gadek ni membosankan korang...

    cuba soh dia menari gelek lagu m.daud kilau.

    kompem kelakar.

    :P

    ReplyDelete
  4. hope dapat lagi tengok TTS pas ni..
    korang sgt best n menghiburkan..
    tumbs up to u too!!! =)

    ReplyDelete