Thursday, February 3, 2011

Lelah

aku lelah
bila yang menyambutku di semester baru ini cuma kesakitan dan keparahan
yang ada cuma air mata hati yang tak mampu aku ungkapkan
buat yang bernama classmate atau kenalan
dan aku cuma mampu melihat
apatah lagi nak menjadi tongkat buatnya
namun empathy ini sudah cukup buat beliau
beriring doa dan harapan agar beliau sembuh
beliau tak pernah rapat sangat dengan aku
cuma sekali sekala berbincang tentang hal2 akademik dalam kelas
tak pernah pula dalam satu persatuan yang sama
namun pada paksinya kami berjuang atas landasan yang sama
entah kenapa aku kisah dan aku sedih dan aku sayu kerana halnya
yang pasti adalah kerana namaku syafiq
dan aku seorang manusia yang terlalu lembut hatinya
dan hati aku akan tetap runtuh melihat kesakitan orang tanpa mengira siapa mereka
kepada kak ni, aku doakan semoga beliau sembuh,
dan dapat menyambung tugasnya sebagai seorang mahasiswa disini yang bernama Universiti Teknologi Petronas
dan dapat habis bersama kami pada bulan september nanti, insyaallah.... :')
bacalah kisah nya disini dan disana


aku lelah
melihat manusia
yang ragam nya pelbagai
namun tak apa
masalah timbul bila ia menyusahkan manusia yang lain
niatnya betul
caranya hampir betul
namun kesannya sangat dalam
namun tak dapat aku nafikan ia perlu
kerana hidupnya manusia yang memegang tanda zalim pada mereka
ah dunia
bila jatuh satu kezaliman
adakah pasti kebenaran akan tertegak?
atau adakah ianya permulaan satu kezaliman yang lebih maha dahsyat?
jawapan aku cuma satu
tenggelam dalam pekikan ilusi skrip KERUSI oleh Hatta Azad Khan
dan gelap buta mataku melihatnya...
terngiang2 melihat diri sambil ditemani suara - suara
"BANJIR DIGUNUNG! BANJIR DIGUNUNG!" 
semoga selamatlah insan2 yang berada di EGYPT sana, selamat pulang anak2 yang bukan derhaka menempah pengalaman di kampung orang


aku lelah
dengan diri aku
yang datangnya pada tengahari sudah penat berehat di pangku
yang melihat kasutnya haus bukan kerana tapak tapi kaki yang penat
yang matanya buta bukan kerana dikhianat tapi terlalu lama melihat mentari yang terik
yang sialnya datang bukan kerana takdir tetapi tempahan diri sendiri
dan aku lemah dan sukar menaip tinta khayalan yang aku ciptakan
dan sakit melihat bait - bait indah karangan sendiri
tajam yang makin kuat bingit menggegar telinga
barangkali hati ku kuat berbicara
bila idea menggegar pintunya
dia cuma cakap
"PERGI MATI"
dan idea itu akan mati kelaparan di hadapan pintunya
yang mungkin takkan hidup semula biarpun dihentak kepalanya nanti
oh dimana kekuatan kreativiti aku kini?
dan itu isu ketiga aku
dalam entri penuh lelah dan resah ini.....
selebihnya, kau hadamlah dengan kata hati
bertunjangkan sesuatu yang bernama akal
dan bertemankan iman


satu cerita 'kak ni'
dua cerita 'amukan dan keselamatan saudara2 di Mesir'
tiga cerita 'kekuatan untuk berseniku yang sedikit berkurang dan tak larat'

penjelasan buat yang ingin tahu lah ;)

5 comments:

  1. nice one SEFA!
    teruskan berkarya :) aku sangat2 kagum dengan semangat kau :)

    ReplyDelete
  2. mekasih,
    cuma sekarang ni menunggu cirit bintang dalam matahari terik,
    nantikanlah hari kebangkitan timur dari barat ku
    dan aku bentangkannya nanti kalau kau mahu lihat karya ku che' tun
    :)

    ReplyDelete
  3. untuk karya seni kau yang aku tau hasilnya selalu menjanjikan yang terbaik..adalah tak sia-sia bila meminjamkan mata dan telinga aku untuk sama-sama melihat dan memahaminya.

    ReplyDelete
  4. terima kasih sekali lagi che' tun kerana sudi meminjamkan telinga dan mata barang sekejap cuma :) insyaallah, ada show di kawasan berdekatan KL atau yang menghala ke selatan, aku bagitahulah ya? :)

    ReplyDelete
  5. ko dah mula kena lelah ker? udah macam danish plak.. muka dah nak dekat sama~

    ReplyDelete