Sunday, February 13, 2011

Saya (HATI) UiTM Merbok lah!

Assalamualaikum w.b.t,



alhamdulillah.....

YEAY!!!!!!

barangkali itu yang aku mampu katakan masa ni, tak terkata, segala penat dan lelah trening untuk mahkamah lorong ni memang betul2 berbaloi sebab dapat penonton yang sempoi2 belaka kat UiTM merbok, mula2 kami memang cuak habis dalam seminggu sebelum pementasan, sebab banyak yang nak kena cover, banyak yang tak braper ok, dan kena polish tahap cipan, dan memang sampai sekarang masih lagi banyak kurang, tak mencapai tahap yang di ingini, tapi buat masa sekarang ni, biarlah aku katakan yang aku sangat2 bersyukur dengan adanya audience macam kat UiTM merbok, sempoi ya amat wa cakap lu, aaakkkk!!! aaaakkk!!!!
L bermaksud Love ye, bukan Loser :P


dah 4 tahun aku duk dalam TTS, ni pertama kali aku jumper crowd yang memang happening ya amat, memang sangat2 best lah aku cakap, tak terucap, aih, tak tau nak citer aper dah, memang tak expect macam ni punyer reaction, meh aku citerkan kisah2 kami behind the scene ya?


 Ada Ayie, ada Atul, tambah perasa Acap dan XiXi, maka sesi trening akan jadi seperti pembelajaran di tadika ye? dengan lompat2 bintang tahap gaban :P


untuk minggu pertama, memang cuak wa cakap lu, sebab skrip baru, dan tambah plak watak2 binatang, secara jujurnya, memang watak binatang ni susah, sebab nak kena wat gaya binatang kena betul2 jadi hyper, ramai yang cakap aku nih jenis hyper, so buleh lah, tapi aku rasa kalau hyper tanpa ada gaya yang betul2, pun tak kena gak, the timing, the movement, the lines, it must all conjived with each other, meroyan tak tentu pasal tanpa ada movement pun susah, nanti jadi macam gilo, lines terlalu laju sampai orang tak dapat tangkap aper yang kiter cakap, jadi ia akan membunuh watak kiter, sebab orang tak paham aper yang kita nak sampaikan, energy perlu seimbang dengan cara kita tekankan pada patah2 perkataan yang betul, supaya jelas maksudnya, tak ada movement plak akan menyebabkan orag konfius dengan watak kiter,

ni gagak ke orang mabuk/high nih?

 Ni lah booth kami kat UTP masa Minggu Mesra Kampus, tantek tak? :P


 Kesian brader Hisyam ni, memang gua respek giler kat dier sebab leh catch up dengan pace TTS walaupun baru jer masuk beberapa bulan, respek respek bradah!, eh, makan fish sandwich lima hengget? cian..... :P


so takleh gak, jadi kena ada titik penyatuan atara2 perkara2 ini supaya dapatlah watak yang best dan menyengat hati, sampai sekarang pun susah juger untuk aku nak bawak watak gagak ni, sebab nak kena letak juger bunyi

"aaakkk!!! aaakkkk!!!"

 aiyak, farah si parsi leh gelak plak masa post mortem latihan, serius2! :P


dan patah perkataan ni pun nak kena juger dengan mood line tu, kalau marah, kena la nampak marah, kalau sedih, kena la nampak sedih, takleh ler nampak gembira atau takder feeling kat line2 tersebut, maka practice makes perfect okeh? dan itu yang kami buat sepanjang seminggu dua nih, prektis prektis dan prektis, hu hu hu........

 Orang kuat belakang tabir kali untuk pementasan kali nih, Ahmad Hissamuddin, sebelah tu awek dier, kantoi pasal pasang dua la tu :P

banyak sebenarnyer yang kami takutkan masa nak pentaskan mahkamah lorong nih, secara peribadi, aku tak expect sangat pun nak berlakon citer ni seawal semester ni, sebab aku tengah takder mood gak nak berlakon, sebab nak fokus pada show JERIT! Jilid 1 : Untukmu Palestin yang banyak mender nak kena buat, dengan tempahan dewan, tempahan alatan, surat2 VIP, collaboration dengan aqsa syarif, nak manage peserta, uih, mati wooo, dah aku yang gatal nak wat show nih, maka kena lah bertanggungjawab sepenuhnya ye tak? moga2 ader lah hasil yang memberansangkan untuk saudara2 palestin kita disana, amin....... :)

Timmy yang cute dengan kawan2nya masa MMK

berbalik pada show yang sangat2 best di UiTM merbok, perjalanan bermula pada pukul 9.30, bayangkan aku ader lab demo plak masa tu, kul 8, tunggu punyer tunggu, stat masa nak dekat kul 9, pergh, memang semat lah i tell u, tapi terpaksa lari, dan memang takder attendance pun, so selamat lah sikit kan? biler dah menyusup keluar, aku gi kat tandas, tukar baju yang 'tak skema' ku iaitu baju band 'slayer' yang memang dah lamer aku nak pakai dari dulu lagi, ironi nyer baju ni ader lambang burung sket, memang feeling habislah biler pakai, dah ler warna hitam, memancar aura2 gagak ku sampai tersembul2, kui3.....

 Latihan malam sebelum bertolak, gua memang dah risau ya amat dah, adoi, leh ke buat nih, leh ke buat ni?

keter hasomi plak terpaksa bertolak lambat kerana beberapa orang ahli ader lab2 dan kelas2 yang takleh nak dibuang begitu sahaja, makanya terpaksa jugaklah diorang bertolak lambat, apa yang kitorang risaukan adalah technical run nanti macamana? sebab dewan UiTM ni memang kitorang tak tawu macamana, dari segi susunan, pencahayaan, akustik, jadi memang kami tak tahu aper yang boleh kami gunakan untuk mengelakkan dari persembahan yang malap dan tak bertenaga akibat dari tidak mengambil kira kemudahan2 yang ada pada dewan tersebut, bak kata orang, kalau tak kenal maka tak cinta lah kan? maka untuk bercinta dengan dewan ni, kena lah tahu apa yang ada, masa tu lah kita boleh gunakan dengan seratus peratus supaya masa persembahan nanti, mood yang sama dapat dikekalkan.

 Mira Si Mak Ayam dah gusar dah untuk show esok, tapi yang peliknya Farah, si Parsi masih leh tersenyum, ish2.....
 Sesi Bermain Lampu profile light kat atas stage

 Aih, bebudak bertiga ni, Farah, Mira dan Anis, kalau dapat jer kamera, memang tak lepas ler, adoi.... :P
lepas jer dah masukkan semua peralatan, platform, dan kostum serta segala2nya, maka kami pun bertolak lah pergi ke destinasi kami - UITM MERBOK, dalam hati masing2 risau, aper lah nak jadi nanti, cuak dan memang cuak sebab kabarnya dewan UiTM nanti besar ya amat, macam main hall kami, dan masalah main hall di UTP, akustiknya tak berapa elok, susah nak dengar, jadi kalau persembahan kami nanti orang tak dengar, tak best lah kan? serupa macam tengok tv takder suara, kan ke tak best tu? :P dan sampai sekarang, kami lebih suka wat show kat MPH kami, yang mana akustiknya lebih sedap dan kalau berlakon pun orang akan senang dengar suara2 kami yang tak berapa merdu ni, kui3.... :P


 XiXi sedang buat catwalk sementara  nak tunggu budak2 lain ready untuk bertolak, kui3 :P


alhamdulillah, beruntung sangat2 sebab bebudak TTS ni ramai yang suka berjalan2, makanya dah hapal lah segala jalan kat mesia ni, :P , makanya biler dah sampai, kami pun menunggu lah dengan penuh sabar, sebab katanya budak2 UiTM nak jemput kami untuk bawak ke homestay dulu, tempat rehat kami, aku jenis tak kisah aper tempat pun untuk rehat nanti, janji leh landing nak tido, udah ler, doc plak tak habis2 nak duk kat hotel biasalah, show2 kami sebelum ni jarang yang ada kat luar KL, so selalunyer memang lepak kat hotel jer lah, dengar dier mengomel2 dalam keter, ha ha ha ha ha, memang kelako, tapi tu lah dr.shark kami, mengomel2 macam ner pun, dier tak lah bermaksud macam tu pun, biasalah tu, mulut orang pompuan, eh? :P
(macam laki tak cakap banyak jer kan? dah tu aku taip pepanjang ni pemender?)

 Ha....kantoi luper line lah tu ayie ooiii....


pastu kami pun ader cadangan, kalau kater tempat nih tak jauh dari tol, aper kater kami jer bertolak ke sana? kan senang dan tak nyusahkan diorang? cian diorang nanti penat datang nak jemput kitorang, ho ho ho, maka kami pun bertolaklah, dan sampai lah berjumpa dengan bebudak UiTM tersebut, salah seorang bernama Aisyah kalau tak silap, bukan esah kitorang ye, ni Aisyah UiTM merbok tau :P





lepas jer melanding2 kat homestay, letak2 barang, aku pun siap tukar baju melayu, yer lah, kau nak bawak baju slayer gi masjid? nak mampos? mahu dimaki nyer imam kat masjid tu dari atas mimbar nanti, kui3, aku bawak beg skali, sebab memang dari tadika lagi aku takleh nak berpisah dengan beg, mesti ada bersama daku tau, maka segala baju2 dan peralatan2 diri pun dibawak bersama, iaitu buku conteng, dan pensel, manalah tau kot2 nanti ader idea nak wat skrip atau sajak atau lirik kan? eh tapi UiTM dah ader lagu tema dah, takkan nak wat jugak kot? :P

pas dah sampai kat UiTM, kami terpandang dewan diorang, aiyooo, memang macam main hall lah, dah cuak rasa di hati nih, will it work? will it work?

YEAY! dah sampai kat homestay! muka doc dah penat ya amat dah nak amek gamba


sampai2 jer, diorang nak gi makan pulak, padahal dah kul 1.20 petang dah, skit lagi jer nak masuk zohor, maka tibalah masa untuk semayang jumaat kan?

diketuai oleh che mad, primadiva make up artis yang khas datang dari hollywood, mereka pun pergi makan2 kat dewan makan, tinggallah daku dengan dr.shark yang gi semayang dulu, sebab dah siap dengan kopiah dengan songkok bagai, ho ho ho ho

lepas jer abeh jumaat, kitorang gi makan sat, pastu menunggu untuk wat technical run, adoi, dah pulak katernya lecturer pakai untuk LDK kat dewan tu, adoi, terpaksa la tunggu sampai kul 5, dalam hati aku cakap
Bump in, si athirah ni plak wat aksi mari menelan lalat, adoi.....



"kena wat betul2 nih technical run nih, kang tak pasal2 kena maki dengan doc, adoi, takutnyer aku"

 "APA? camano korang leh tak tau ni?" ujar doc separa garang


sebab masa technical run lah kitorang akan rajin dimaki oleh doc sebab tak wat betul2, memang betul pun, sebab kalau tak buat betul2 memang hancor ler show jadinyer biler technical lari, show pun kurang ummpphhh sket.

 "alamak, mampuih den, problem bosa ni..." kata doc semasa bercakap dengan akak hana tajima nih :P


banyak gak problem yang kitorang kena pk untuk selesaikannya, terutama kat bahagian sistem bunyi, sebab takut nanti penonton tak dengar, kitorang ader bawak boom mic yang dipinjam dari UTP, tapi takleh pasang lak kat sana, tak pasti sebab apa, tak compatible ke? wallahualam, memang dah cuak dah masa tu, so skang yang pakai mic tu cuma parsi dan kangaroo jer lah, yang lain kena betul2 lontarkan suara, kalau tak, memang tak dengarlah sampai sudah, dan akan jadi hampeh nanti, adoi adoi adoi...cuak wooo.....

 Somy Pelik, tengah2 orang tension nih, leh plak Farah tersenyum gembira, huiiii, susah tuuu.....


 berehat jap setelah kepenatan menunggu turn untuk technical run....dari kiri timmy dan acap


petang tu wajah masing2 dah letih, tapi masih lagi perlu diteruskan untuk menjanjikan persembahan yang terbaik buat penonton2 yang berabis duit datang ke show malam tu nanti.

 Ammar, dari Angelina Jolie, ke Anjing paling ganas di malaya lepas make up

dalam paler tertanyer2, leh ke buat mender ni? dan persoalan tu kami bawak sampai ler berehat sekejap kat umah homestay, pergh, memang penat lah, dapat mandi kejap pun ok lah kan, dapat buang sket kepenatan tu, krew teknikal tunggu sekejap, sebab nak uruskan bahagian teknikal, tinggal pelakon2 jer yang sampai kat umah dulu, tak lama pastu team teknikal plak menyusul, dan kul 8.30 macam tu kitorang bertolak balik ke UiTM merbok dengan harapan harap2 show malam ni tak lah kena boo dengan penonton.

 Serius gua dari dulu lagi nak make up macam ni pas tengok muvi the crow yang dilakonkan oleh mendiang brandon lee, yahoooo! :)


malam tu aku sangat2 gembira, sebab dapat make up macam brandon lee dalam citer the crow, terkejut gak biler che mad suh make up macam tu, aku pun aper lagi, menggunakan kesempatan yang ader lah untuk make up gilo2 sebijik mungkin kan?

 Make Up Artist kami yang sangat2 hot, Che Mad Harris, kalau takder dier, memang make up2 kami fail lah, dan takder lah kami dapat berjalan merata tempat, eh? :P
The Girls yang tengah melepak sebelum naik stage, ha ha ha ha, anis memang nampak cute lah, serius! :P


.....

tup2

show stat, pergh, dengar suara crowd dok bersorak bawah pentas, macam happening jer crowd malam neh, petanda baik nih, tapi kalau tak dapat match dengan persembahan2 sebelumnyer, akan jadi bala kat kitorang, sebab bunyi boo nyer akan bertambah besarlah dengan crowd yang macam tu.

 Takde mamat ni dari dulu, memang tak geraklah publication and promotion TTS, memang dialah yang tukang buat poster dan design dalam tempoh 4-5 tahun ni, TQ Mr.Acap, oh ya, abaikan rambut itu, itu rambut cari makan ya?


tapi sangkaan aku meleset biler keluar jer masa lagu bangau oh bangau, dahler aku nyanyi terlaju, pastu berjoget plak dengan ayie tu tertarik plak baju dier, adoi adoi adoi, tapi yang bestnyer crowd menjerit macam dalam konsert the beatles, aih, memang naik tocanglah aku pastu dengan ad-lib2 yang bakal menyusul....


"binatang mati? binatang mati? mana? mana?"

itu line pertama aku malam tu, dan line2 seterusnyer memang aku cuber sehabis baik untuk up kan energy show malam tu, ye lah, biler kau ada energy terlebih2, kenalah sedekah sikit kat orang, tapi seriously time nak berjoget lagu bolechudiyan tu memang aku dah nak rebah dah, sebab penat sangat, tapi aku joget gak lagi, dan cuber gak berlakon, sebab aku tak mahu hampakan crowd malam tu, dan alhamdulillah, memang diorang sangat2 suker dengan watak2 malam tu.


 Serius gua struggle gila masa belajar step tarian dalam scene ni, penat woooo.....


biler time curtain call, memang banyak yang sorak biler disebutkan nama2 yang ada, aku terkejut gak biler diorang sorak nama aku? aper best sangat ke watak aku malam tu? ntah ler, mungkin skripnyer menarik kot, sebab sebelum ni, aku rasa takder lah kena sorak macam tu walaupun aku berlakon watak lain2.

Parsi yang seksi meksi dengan mikrofon ala2 michael jacksonnya :P
 
dan biler nama ayie disebutkan, memang ramai yang menjerit dan bersorak, giler gempak kot diorang nih, pergh....
Skali gua kena ludah gak ngan Parsi, mana tak hangin wehhhhhh!!!!!! AAKKKK!!!!!!



selesai jer curtain call, gi backstage, semua dah congratz masing2 dah, sebab wat sepenuh hati malam tu walaupun masing2 tahu masing2 penat ya amat.

 Apa DOSA AKU WEHHH!!!!!!!


pastu diorang nak sampaikan cenderahati kat kitorang untuk show malam tu, diorang tanyer maner hissam? maner hissam? pastu macam takder respon dari crew diorang, so diorang cadangkan aku keluar balik untuk
amek hadiah, biler aku keluar, crowd bising sorakkan aku, giler malu aku masa tu, macam dah jadi artis dah...

Kami gagak dan kurap, budak - budak nakal malam tu, ho ho ho ho, dah lama tak rasa macam tu, last time rasa macam tu masa sekolah rendah jer, ho ho ho........



MC lak menyebut.

"ha, gagak dah keluar dah!"

aiyooo, memang sogan den masa tu, adoi adoi adoi.

pas habis jer show, ramai yang nak amek gamba, aku duk dendiam jer kat belakang tu, biasalah, aku ader inferiority complex dari dulu lagi kalau apa2 show, memang aku sogan sket nak amek gamba, selalu aku dulu yang paling awal bukak make up. tapi kali ni memang gilo, makan pas habis show pun tak bukak2 gak lagi, memang terharu sangat2 time makan tu, sebab bebudak krew law fiesta leh plak tunggu kitorang makan, dan tolong isikan air biler habis, pergh, giler ah, memang aku terharu sangat2 dengan layanan diorang yang betul2 baik nih, tak nah lagi aku jumper layanan macam neh, walaupun rasa macam hina sangat diri ini sebab berlakon binatang kat lorong, tapi still rasa manusia sebab dilayan sebegitu baik, terima kasih krew law fiesta, anda memang best ya amat! :')

biler dah bukak make up, ader yang dah bertanya : ni saper ek?

adoi, memang takleh wat pa lah, sebab makeup aku betul2 cover satu muka, so tak perasanlah biler dah bukak makeup, tapi diorang dapat teka gak.....

"ni gagak ea?"

ho ho ho, sonok sesangat, pastu kitorang balik la dengan kepuasan hati...........

end of part 1







































(banyak benor nak menaip nyer, esok2 lah sambung balik ye?) :P

2 comments:

  1. jyeahhhh! entry yg menarik.
    baru tahu susah payah korang behind the scene.
    masa first time korang kelua, mata dh trtumpu dkt gagak and kurap. cara korang menari lagu bangau oh bangau tu. menghiburkan! :D

    ReplyDelete
  2. sangat best..!!
    x terkate..
    tahniah utk anda n krew2 yg lain..
    best!! =)

    ReplyDelete