Monday, December 31, 2012

Ringkasan Teori - Teori kewujudan wayang Topeng.


"Butoh hang!" jerit Pak Ismet.

pagi - pagi lagi warung nasi lemak senget dah bingit dengan caci maki yang tak sihat dari lebai dua ekor ni. Warung ni bukak betul - betul lepas subuh, tepat - tepat pukul 7 pagi, tak lambat dan tak cepat. Selalunya lebai dua ekor ni takkan miss datang warung ni untuk sarapan dan takkan miss bergadoh. Aktiviti meregangkan kepala otak dengan carutan ni biasanya dilakukan lepas diorang baru balik sembahyang subuh kat masjid walaupun lambat sebab ada tazkirah pendek lepas subuh.

bagus dan 'bagus' perangai lebai dua ekor ni.

"kau tak yah nak butoh - butoh aku la Met, kau tak suka dengan hujah aku, kau kena buktikan dulu dengan hujah dan fakta kau, jangan main butoh - butoh macam tu je." Pak kincup cuba mengincupkan lagi ego Pak Ismet.

gagal.

"mana tak aku marah, hang pakai teori Sassers dan cakap wayang kulit tu datang dari India kot, hang baca balik, ada tak lagi Wayang Kulit kat India tu, ha ada?"

"Habis tu, takkan tiba - tiba wayang kulit tu boleh ada dekat situ? kau pakai teori Hazeu tu, macam la betul sangat, dia tu munafik kau tau?"

"Gampang apa munafik - munafik? Hazeu tu lagi bagus hang tau, memang fakta pun yang istilah - istilah dalam wayang kulit tu tak datang dari sanskrit, tapi kata akar jawa kuna. kalau betul dari India, dah tentu tradisi tu kuat dan sampai sekarang ada dan istilah - istilah tu semua bukan dari sanskrit, nampak sangat la Sassers tu bangang. lagipun Sassers tak tolak pun Hazeu atau setuju, tu lagi gampang, dia mat duk tengah - tengah kot, tak ada pendirian! yang kau nak angkat dia sangat kenapa, dia bapak mertua kau ke?"

"Lancau la, sebab kau ada sikit darah jawa, kau nak tolak Sassers dengan teori Wayang datang dari India. ah, taiklah!"

Tengik pepagi buta macam ni terpaksa didengari oleh Mat Al, seorang mat thrasher yang selalu juga singgah warung nasi lemak senget. Cadangnya nak cari ketenangan pagi, tapi terpaksa dengar dua ekor lebai ni bergaduh pasal menatang tradisional.

bukak MP3, pasang earphone, Metallica from whom the bell tolls.
Teh tarik. Karipap panas sebijik. setel.
FUH!

"Babi kau, contohnya, kau tau tak yang wayang topeng tu sunan kalijaga yang cipta, lepas tu dia masuk pengaruh islam dalam tu, hah macam mana pulak tu?" Pak kincup cuba untuk menang.

"Woi bahlul, mangkuk hayun, Wayang Topeng tu dari Jawa jugaklah cibai, dari prasasti - prasasti kat jawa kurun ke 9 pun dah ada tarian topeng kau tahu? kau tak baca sejarah ke yang pengaruh hindu sampai masa kurun ke 11. Kau nak berhujah kasi la fakta lain kali, jangan main cakap je."

"ah, masalahnya memang semua orang tahu dan mengaku yang sunan kalijaga tu memang pandai bidang muzik, tarian dan gamelan, jadi dalang pun dia reti, takkan la dalam banyak - banyak variasi tu satu pun dia tak cipta? tambah - tambah kawasan cirebon tu" 

"taik kau Met, kita bercakap pasal asal - usul wayang topeng, yang kau lancau apa kait - mengait dengan Wayang Topeng cirebon pulak ni? memang la Wayang Topeng tu banyak variasi dan stail, bodoh, tapi  mustahil la kalau sunan kalijaga yang cipta wayang topeng cirebon tu dia tak tengok langsung dari persembahan - persembahan topeng sebelum ni?" Pak Ismet memang tak bagi muka, dia rasa dia perlu menang pertandingan perbahasan ni, walaupun akhirnya dia tahu, yang dia dapat nanti cuma bergelas - gelas cawan kosong yang baru tadi diisi teh tarik panas.

Pak Kincup terdiam, dia bukan mengalah, cuma berfikir.

"kalau betul yang wayang topeng tu ciptaan sunan kalijaga, aperkejadah pulak dalam nagarakretagama dan kidung sunda ada cerita pasal tarian topeng? takkan dia cerita pasal barongan pulak? barongan mana ada pakai gamelan, gong dengan angklung ada lah."

Pak Kincup masih terdiam, Pak Ismet terus memandang kehairanan, mana boleh Pak Kincup diam macam tu je? selalunya perdebatan akan habis sekiranya isteri masing - masing ajak balik untuk siang ayam yang baru disembelih atau mintak tolong beli barang - barang dapur untuk makan tengahari, hah, kalau tak ada barang dapur, berlapar la lebai dua ekor ni ye dak?

"woi Kincup, kau diam kenapa?"

tak jawab. Mata pak kincup terus memandang kosong.

"woi! kincup!"

"Gampang!" Pak Kincup tiba - tiba mencarut.

"Kenapa?" Pak Ismet cuba- cuba bertanya, konon - konon ambil berat.

Pak Kincup bangkit dan bergerak menuju ke arah Mat Al.

"kau tak payah la Mat Al, tiap - tiap hari kau datang, dengar lagu Metallica, Metallica, Metallica, kalau betul kau Mat thrasher, dengar la destruction ke, sepultura ke, overkill, nuclear assault, slayer, megadeth, Vio-Lence, Metal Church, Posessed kau ni bikin poser lagi malu sebenarnya tau tak, diorang pun lagi reti mendengar dari kau lagi"

Mat Al tersentak, karipap yang ditelan tersedak dan menyembur - nyembur isi karipap dari mulut Mat Al sampai terkena mata Pak Katarji, tuan punya warung.

"woi, apahal ni? aku pun terlibat sekali ke? aku tengah sedap dengar Morissey kau kacau, cibai!! nak gaduh gi tempat lain la!" Amuk Pak Katarji.

suasana jadi senyap.

Pak Kincup balik ke meja dan cuba menyambung perbahasan tadi.

"ada ke dengar Metallica je, tak reti nak explore betul" ngomel Pak Kincup.

"Butoh, hang tak yah nak cakap pasal metal la dengan aku, aku layan band punk je, babi betul, hah, sambung la balik, kalau diam je, aku anggap hujah aku menang la" balas Pak Ismet yang sedikit marah dengan Pak Kincup.

"Fuck apa kau menang? kau tak ada bukti yang sunan Kalijaga tak terlibat pun dalam mevariasikan Wayang Topeng ni, Wayang Topeng ada macam - macam stail kot, takkan tak ada peratus langsung yang dia sebenarnya pencipta wayang topeng?"

"aku tak tau la hang ni memang otak bodoh macam babi ke apa, kan aku dah cakap yang memang aku tau Wayang Topeng ada banyak variasi, sapa cakap aku tak ngaku yang Sunan Kalijaga tu tak ada sangkut paut langsung dengan wayang topeng?"



pagi yang nak menjengah ke tengahari tu melihatkan dua ekor lebai mangkuk ni bergaduh tak tentu pasal lagi.
lahanat betul.

Thursday, December 20, 2012

Mat Cinta

baru lepas gadoh dengan kakak aku,
agak lama gak la tak gadoh,

dari kecik lagi aku akan gadoh dengan semua ahli keluarga aku kecuali kakak sulung aku dengan abang kedua yang aku respek, yang lain memang aku suka cari pasal, i was a bad egg, until now maybe. a lot of them always on stupid things, benda2 bodoh, tapi lepas gadoh, aku akan teringat dan sedar diri, dan mula tengok balik kat diri aku, yes, and that feeling, rasa malu nak mampus, ada benda diri kau yang kau salah, dan kau tak nampak sebelum ni. Ya, benda tu yang bagi aku agak best.

aku takkan lari dari menangis selepas bertengkar, walaupun benda tu benda kecik sekalipun, aku akan menangis, tak nak tengok muka orang yang aku gadoh tu, selalunya aku akan kunci bilik dan tutup muka aku dengan bantal dan aku menangis sepuasnya, lepas aku rasa benda tu dah reda, aku keluar balik. Aku tak tau kenapa, pergaduhan yang aku terlibat adalah benda yang memalukan bagi aku, apatah lagi bila aku bergaduh depan orang, apatah lagi aku bergaduh depan orang yang bukan famili aku, bagi aku itu adalah benda yang sangat memalukan untuk aku, dan aku tak suka orang nampak side aku yang macam tu. terasa bodoh dan bangang ya amat.

kawan kakak aku plak cakap yang dua2 tak mahu mengalah.

dan betul, selalunya aku takkan back down dalam conversation bila sampai satu tahap yang aku terlalu beremosi ya amat. yang aku rasa aku perlu menang walau apa skali pun, tapi tak lah bila kemenangan tu diberi secara rela. Ego bodoh aku bergerak macam tu.

dan hari ni aku bercakap pasal empathy,
aku rasa dalam semua ahli keluarga aku, aku adalah mat empathy paling teruk sekali dalam famili, dan naif, pernah tengok cerita watchmen? scene roschach kena bunuh dengan dr.manhattan, kawan dia sendiri, hanya sebab dia tak nak orang lain yang tak bersalah mati, walhal dengan kematian yang banyak tulah membuatkan rusia dan US tak jadi perang nuklear antara satu sama lain dan capai kata sepakat.

dan ya, aku lah roschach tu.

aku sangat2 menyayangi kehidupan sampaikan aku tak suka pergaduhan yang melibatkan kematian, tak kisah apa reason atau sebabnya, kematian tak perlu ada dalam sebarang pertelingkahan.

Dr. Manhattan, nightowl, dengan geng2 watchmen yang lain, even the comedian yang mengorbankan diri dia untuk plan ozymandias (juga watchmen) sanggup untuk go on dengan plan tu, dan Ya, Roschach adalah satu2nya ahli watchmen yang mati.

sebenarnya dia tak berlawan dan betumbuk pun dengan Dr.Manhattan,dia cuma suruh Dr.Manhattan bunuh dia sebab dia memang tak suka dengan plan tu, so dari dia lawan dan halang kawan2 dia yang lain, baik bunuh jer dia.

Roschach mati.

walhal Roschach ni antara ahli watchmen yang brutal, seorang detektif, lepas dia tahu hakikat kejamnya manusia, dia jadi sangat2 brutal dalam menghukum orang yang dia nampak bersalah.

aku juga macam tu.

dan sebenarnya malam ni aku tak bercakap tentang orang lain, walaupun dalam perbualan tu memang aku ada sebut tentang Teoh Beng Hock, tapi sebenarnya aku sedang bercakap tentang aku, tentang apa yang aku lalui dalam keadaan perasaan aku mengatakan yang tak ada orang amek kisah, walhal pada realitinya semua famili aku masih sayang aku, kawan2 aku terutama bebudak rabak still support aku, cuma mungkin aku agak fragile sebab dalam umur2 macam ni, aku perlukan seseorang yang aku boleh in deep conversation with, seseorang yang aku perlu untuk bersembang tentang resah diri aku, ya, isteri. Memang susah sebenarnya untuk aku menjadi aku, dan begitu jugak orang lain, aku dah selalu sangat kena 'buang' dek kelompok masyarakat dari aku kecik lagi, dilabel pelik, poyo atau lain sebagai memang dah sebati dengan aku. Antara sebab yang aku takleh ngam dengan bebudak TTS adalah sebab tu, aku terlalu pelik dari segi perbualan dan tingkahlaku, maka agak susah untuk dapat someone yang aku boleh bercakap secara Deep. Pensyarah adalah antara tempat dimana aku boleh utarakan perbincangan yang deep tentang apa2 subjek, cakap dengan budak2 muda (apatah lagi bebudak TTS) adalah susah untuk aku. bila aku ada feeling kat sumone, aku takkan cakap dengan direk, itu juga susah, dan akhirnya aku biasakan diri aku untuk mati dari bercakap dengan orang yang aku suka tu, itu juga antara benda2 yang susah untuk aku.

ini semua sebenarnya ada asas, mak cakap yang masa aku kecik lagi, aku menangis - nangis nak minum susu, sebab aku bercerai susu agak awal juga, sebab adik aku, Pae dah lahir masa tu. Aku tak salahkan dia, aku pun tak salahkan mak aku, sebab aku tau keadaan yang menjadikan aku macam tu, kalau tak, aku tak jadi macam aku yang sekarang, agak malu untuk mengaku, tapi kelemahan yang tak best tu lah yang membuatkan kita menjadi diri kita, kalau tak jadi diri kita, maka tak best la kan? kau nak jadi orang lain ke?

memang aku benci nak cakap pasal benda sissy ni tapi itulah hakikatnya, aku tak mampu nak menghalang perubahan biologi aku, bila dia datang, dia datang. dan aku pun memang lama dah tak SNAP macam ni, jadi ada baiknya aku SNAP, at least aku tau yang aku ada problem dalam badan yang aku kena repair, benda yang tak best adalah bila kau ada ego, kau susah nak mengaku yang kau ada masalah, tapi kepala otak kau cakap kau memang ada masalah, maka ada pertembungan antara keduanya, maka pada akhirnya kau kena mengaku yang kau ada masalah, dan masalah tu kena selesaikan.

Macam aku cakap tadi, aku tau hakikat watak2 cerita watchmen dan pegangan mereka yang sanggup melihat korban dan menjadi korban untuk sesuatu yang lebih baik, dalam kes ni peperangan yang berpanjangan, tapi aku rasa tak salah untuk aku jadi Roschach, tak salah untuk berpegang dengan alasan cinta, aku rasa dah terlalu terlambat untuk aku berubah dan jadi macho menerima takdir dan gaya putar alam begitu, aku akan selalu jadi budak yang terlalu naif tentang dunia, terlalu naif untuk melihat apa yang berada disebaliknya..

tapi at least aku mati dengan melodramatik skali,
dan aku mati kerana cinta.

sebab cinta adalah sesuatu yang aku tak boleh buang dalam diri aku.
dan cinta kepada kehidupan adalah sesuatu yang perlu,
sebab kehidupan ini adalah satu2nya peluang untuk kau  sediakan pelampung diri kau untuk alam selepas mati.
dan aku juga tak boleh nak buang kenaifan. Maaf.
sebagaimana aku adalah manusia misantrop kadang2, aku juga adalah manusia yang takkan givap dengan kemanusiaan.

Sunday, December 16, 2012

Fear

Antara sebab aku tak mahu meletakkan apa2 harapan, apa2 kebarangkalian dan menjauhkan perhubungan walaupun masih lagi dalam ruang yang selamat dan normal (maknanya tidak begitu rapat) adalah sebab aku tahu, tak semua yang kenal aku akan faham perangai aku macamner, jadi sebelum jadi rapat dan hubungan tu fail, baik tak payah ada.

dan ya, aku tak suka bertaruh apa2 dalam hubungan, termasuklah faktor masa,
dari 2 tahun kau kenal dan menaruh harapan dengannya, lebih baik kau kentut dan hidu bau kentut sendiri sambil korek idung bersama panda kesayangan.

itu lebih mendatangkan hasil yang lumayan.

Saturday, December 15, 2012

Tak boleh tengok

aku memang pantang nampak perempuan bertudung main piano,
apatah lagi perempuan bertudung labuh tapi main piano,
seiring dengan pandangan itu, aku mahu saja katakan,

"kahwinilah aku"

tapi hidup takkan semudah itu bukan?

Thursday, November 29, 2012

Bang - Bayang.


di balik awan, ada mentari.
dan kau takkan nampak aku dalam bayang - bayang. tak akan.
kerana aku sudah lama cabut bayang - bayang sendiri.

Tuesday, November 27, 2012

Mimpi, Malam dan demam.

N,

semalam aku mimpi berjumpa dengan kamu,
dan kamu bersetuju jika kita disatukan begini oleh ibu dan ayah kita.

dan kemuncaknya adalah ketika aku bangun tidur,
demam panas masih lagi menggigit aku.

dan seketika itu aku tahu,
yang tuhan masih mahu aku terus hidup,
maka mimpi itu adalah hiburan untuk aku terus bernafas dengan cekalnya dibumi tuhan,
dan moga2 dosaku diampunkan tuhan,
dosa yang aku sendiri tak boleh kira banyaknya.

selamatlah kepada kamu,
gembira.
kerana aku juga mahu orang lain begitu.

Friday, November 23, 2012

Loser takper, jangan malas

Mak : Liq dah dapat dah Mybrain15?
Aku : belum, benda tu kena dua bulan baru dia bagitau dapat ke tak.
Mak : oh, anak kawan yong tu dah dapat dah, yong jadi saksinya.
Aku : ha? saper?
Mak : alah, yang tu la, Nadira.
Aku : susah benda tu, nak kena buat macam - macam, liq pun baru hantar (padahal belum lagi complete), dengan ada hal macam - macam lagi.
Mak : oooo, ok2....


selesai perbualan, tutup skrin Star Wars : Knight of the old republic dan mula scan dan upload penyata KWSP dengan salinan borang permohonan mybrain15 (dua benda terakhir yang aku kena buat sebelum hantar).

p/s : Loser takper, jangan loser sebab malas. tu bangang namanya.

Friday, November 9, 2012

Aku tak perlu takut.

levi's go forth.
kalau menang, aku dapat RM10K.
kalau menang saguhati, aku dapat RM2K.
kalau tak menang, aku tak dapat aper2.


aku rasa, aku takut untuk kalah, sebab kalau kalah, aku kena pakai duit sendiri untuk buat, which duit yang aku ada pun perlu digunakan untuk research di Indonesia, sekali pergi, aku anggarkan kos dalam RM1K campur tolak makan dan penginapan. (sebab nak cari lokasi untuk kajian, bukannay mudah).

takut takder duit. aku rasa aku kena tendang ketepi ni semua, bukankah semangat aku DIY pada mulanya?

lagipun Projek Rabak still ada lagi grant untuk aku apply, kawan2 aku kot? kalau aku dah ada plan, kenapa perlu takut nak apply?


wallahualam, aku perlu struggle dan buktikan yang aku mampu buat.

kebanyakan yang masuk, semuanya dah ada pengalaman, dah pernah buat sumthing, aku lebih kurang 2 tahun masuk dalam scene art, tempoh yang sekejap, jadi aku perlukan booster untuk aku terus bergerak, tambahan aku adalah seorang student master dan masih nobody dalam scene, adakah aku nak buat sesuatu untuk semua orang pandang aku atau untuk aku berkongsi material yang aku nak buat?

entah. kadang2 aku tersepit.

wallahualam, apa2 pun, dokumentari Metal tak pernah lagi dibuat orang kat mesia ni, KALAU AKU TAK START, SIAPA LAGI?

jom tekan like kat submission aku, boleh? ;)

http://goforth.levi.com.my/ygbg/gallery.php?id=13

Thursday, November 1, 2012

PLEASE KLIK LIKE!!!!!

Please guys, i needed to win this badly, kalau anda tersinggah sini, sila klik kat link ni dan klik like kat tanda hati tu, klik kat like fb tu skali ye.

THANX!

citernya aku nak buat dokumentari pasal scene metal malaysia, sebab takder saper2 cover benda ni, so aku rasa aku wajib buat.

\m/

http://goforth.levi.com.my/ygbg/gallery.php?id=13

Saturday, October 6, 2012

Review Teater Buai : Hayunan yang mengesankan

Sinopsis

Buai mengisahkan seorang lelaki tua bernama Pak Kadar, Tukang perabot yang setia dengan kerja - kerja di bengkelnya seharian tanpa ada rasa jemu. Prinsip hidupnya adalah ikhlas, amanah dan jujur semasa bekerja. Di bengkelnya terdapat bermacam perabot termasuklah sebuah BUAI antik yang sangat cantik tetapi masih belum dituntut oleh pemiliknya sekian lama. Mat Kael yang selalu datang ke bengkel Pak Kadar mencadangkan BUAI tersebut dijual sahaja.

Disebabkan rasa amanah dan tanggungjawab, Pak Kadar enggan menjual buai tersebut pada orang lain walaupun ditawar dengan harga yang berganda. Baginya BUAI tersebut hanya boleh dimiliki oleh pemilik atau waris pemilik yang berhak sahaja. Dia tetap menunggu kehadiran pemilik mutlaknya yang dikatakan milik seorang wanita cantik memakai jilbab (Niqab/purdah).

Pak Kadar meminta Mat Kael membantunya membuatkan wasiat untuk Buai tersebut. Siapakah Mat Kael dan apa kaitan Mat Kael dengan Pak Kadar? Siapa pula yang hadir untuk mendapatkan Buai tersebut? Dan siapa pula wanita berjilbab yang menjadi pemilik Buai tersebut? Apakah kaitan semua ini dengan hidup Pak Kadar?

Buai - Perlambangan yang kuat dengan subteks yang santun

"Harta orang tu, jangan duduk, berdosa"

itu adalah antara ayat yang diulang - ulang oleh Pak Kadar. Pada awal pementasan, kita dapat melihat Pak Kadar seperti orang gila bercakap seorang dengan kerusi tersebut, namun persoalan ini kemudiannya dibiarkan mati dan akan terjawab pada penghujung cerita setelah watak anak Pak Kadar, Sa'diah muncul dan menceritakan bagaimana dia dibesarkan dalam keluarga yang kuat penerapan agamanya, namun Pak Kadar tidak membenarkan dia berkawan dengan sesiapa kecuali Leha, pembantu Pak Kadar di bengkel perabotnya. Sa'diah yang meminati gurindam dan seni warisan melayu yang lain seperti sajak, nazam seperti tidak disukai oleh Pak Kadar sendiri, disebabkan Pak Kadar ini berasal dari Kelantan, semacam satu stereotaip oleh penulis kepada orang Kelantan yang kuat pegangan agamanya. Dari segi perwatakan Sa'diah, terdapat semacam watak idealisme yang digambarkan oleh penulis skrip, kerana Sa'diah digambarkan seperti seorang wanita melayu yang sangat sempurna, pandai bersyair, bernazam, berpuisi dan kuat pegangan agamanya, namun yang menyebabkan aku sedikit terganggu adalah ketika perbuatannya (dalam dialog) yang sedikit menunjuk - nunjuk, seperti terlalu ingin menunjuk bahawa dia adalah seorang muslimah. Seketika itu aku teringat akan watak Altha al funnisia dalam ketika cinta bertasbih oleh Pak Habiburrahman, watak anna itu dan kebanyakan watak Habiburrahman (aku hanya menilainya menerusi filem, bukan novel) yang diciptakan, tidak tertonjol idealismenya dan tidak pula terlalu menunjuk - nunjuk, dia berjaya menghidupkan watak itu dengan meletakkan konflik dalam watak itu, anna, walaupun seorang wanita solehah yang patuh kepada ajaran agamanya, namun apabila dalam situasi konflik, dia sering terlalu beremosi sehingga lupa akan realiti dan bagaimana sebetulnya dia berfikir secara logik dan menenangkan dirinya menyebabkan dia sering membuat keputusan secara terburu - buru. Dalam Buai pula, terdapat dua ekstrem, satu adalah watak Sa'diah dan satu adalah watak Leha, keduanya adalah titik ekstrem di dalam cerita ini, dimana Sa'diah adalah perempuan yang mematuhi agamanya manakala Leha pula seperti bangga dengan dirinya berdosa dan menunjuk - nunjuk betapa dia adalah seorang yang banyak dosa. Mungkin penulis sengaja membuat watak tersebut kerana Sa'diah memakai jubah putih dan kostum Leha pula berwarna merah, dua warna yang menjadi tema kepada pementasan ini. Namun aku lebih mengharapkan Leha dan Sa'diah menunjukkan ciri - ciri manusia dan tidak terlalu idealistik keadaannya, maka mungkin keduanya akan nampak lebih hidup.

Apa yang menjadikan skrip ini adalah skrip yang baik adalah bagaimana setiap satu isu dan persoalan dikupas dan lontarkan kepada penonton sedikit demi sedikit, membiarkan aku untuk berfikir sebab dan akibat mengapa persoalan - persoalan yang ditimbulkan baik dari props atau setting, dan juga dialog - dialognya yang begitu subtle namun kuat. Suntikan halus ini yang membuatkan hati aku berbolak balik. Antaranya...

1.Tentang obsesi Pak Kadar kepada Buai sehingga membunuh orang hingga orang yang dia sayang.
2.Tentang kejujuran Mat Kael dan lurus bendulnya namun ditolak pinangannya oleh Pak Kadar meskipun Sa'diah amat mencintainya.
3.Tentang prinsip Pak Kadar yang terlalu ingin menyimpan buai untuk diberikan kepada pembelinya, walhal dia tidak mengenali pembeli tersebut dan walaupun ada orang yang mampu membelinya dengan harga yang tinggi namun ditolak.

Banyak lagi yang bermain di minda aku ketika menonton pementasan ini, dan antara yang lain adalah status Kelantan dan isu royalti minyak, terdapat perkaitan antara pementasan ini dengan isu tersebut. Sisi Paranoid orang melayu terhadap sesuatu yang berunsur peribadi (adat, agama dan tanah) juga dapat aku kaitkan dalam pementasan ini.

Namun satu - satunya elemen yang membuatkan pementasan ini nampak hidup adalah kerana adanya hubungan Pak Kadar - Mat Kael yang berkembang ketika di atas pentas, pelakon yang melakonkan watak Mat Kael mempunyai harapan untuk dapat anguerah pelakon pembantu lelaki terbaik untuk festival ini (walaupun aku tidak menonton dua lagi persembahan dari dua kumpulan yang lain). Perwatakan yang tidak terlalu dibuat - buat dan lakonan yang semulajadi mengimbangkan suasana pentas tenaga pada babak tersebut. Babak ini kemudiannya agak draggy dan sedikit meletihkan namun berjaya di sambut baik pada babak tersebut. Hubungan antara Mat Kael dan Sa'diah digambarkan dengan baik sekali tatkala Mat Kael duduk di buai tersebut seketika, ini menimbulkan suasana yang mengharukan akibat cinta yang tidak kesampaian memandangkan penonton (termasuk aku) akan kesiankan watak Mat Kael tu atas perwatakannya yang bodoh - bodoh alang.

Namun aku ditampar dan menyedari bahawa apa yang mahu disampaikan oleh penulis pada babak akhir cerita adalah cerita tentang pembunuhan, aku telah dilupakan untuk meneka pengakhiran tersebut dengan pace dan moment yang mengesankan dalam pementasan. Sedikit hampa dan kecewa dengan pengakhiran yang cliche, namun aku harus berikan satu penghormatan kepada krew produksi dan penulis yang betul - betul telah membuatkan aku terus ingin duduk. Pada awalnya aku tidak mengharapkan ia pementasan yang baik memandangkan permulaannya yang agak draggy oleh lakonan watak Sa'diah, namun kehadiran Mat Kael berjaya menyelamatkan segala - galanya.

Teknikaliti

selain dari lakonan yang pada keseluruhannya tinggi sedikit dari biasa, pementasan ini juga mempunyai lighting yang agak tidak berkesan, kerana terlalu menggunakan lampu berwarna, lampu profile tidak digunakan sepenuhnya menyebabkan wajah pelakon tidak diberikan pencahayaan yang baik ketika dalam lakonan dan menganggu aku sebagai penonton. Beberapa usaha harus aku puji antaranya ialah dimana lampu warna dimainkan untuk menggantikan watak pelanggan 'invincible' di dalam babak Leha melayan pelanggan yang datang.

Kesimpulan

Kesimpulannya Buai menjanjikan satu kelainan dalam keempat - empat malam (dari selasa hingga jumaat) pementasan. Kumpulan ini berkemungkinan mendapat tempat tiga teratas di dalam keputusan festival nanti kerana lakonan dan skrip yang mantap dan berjaya memperdayakan dan mengalihkan pandangan aku sebagai seorang penonoton dan menarik aku kedunia mereka buat sementara dan menikmati sedikit pemikiran dan idea yang telah dilontarkan. Tahniah kepada krew produksi Majlis Teater Selangor!


Thursday, October 4, 2012

Review Teater Mencari Ricka : Di mana?

Bismillahirrahmanirrahim.

Malam tadi baru lepas menonton Teater Mencari Ricka oleh Grup G-Tel UMS. Berikut adalah reviewnya.

Sinopsis

Sememangnya takdir kebahagiaan bukanlah milik manusia secara hakiki. Sesekali hidup dikejutkan oleh duri semalu dan adakalanya senja yang kelam datang bertamu. Demikianlah kehidupan Ricka yang dirundung malang ekoran daripada kematian emak dan kecacatan bapanya sekaligus membawa kepada bebanan kakaknya Rionum yang bertali - tali. Kebahagiaan Ricka itu dirampas sekelip mata oleh Undang - undang manusia yang bolos dan pincang. Bermulalah tragedi - tragedi berdarah, tragedi - tragedi tragis dalam hidup Ricka. Tragedi yang diakibatkan oleh hak tanah, penderitaan bapa dan kematian kakak, kerakusan Magiri serta ketamakan pemegang kuasa sekaligus membawa kesemuat Ricka yang dalam. Keharu biruan hidupnya itu dirakamkan Ricka di dalam cerita -ceritanya. Kelaraan takdir yang merundung dirinya itu menyebabkan berlaku kekacauan personaliti dalam dirinya yang akhirnya membawa kepada dendam kesumatnya yang tidak pernah terpadam. Kerana terlalu obses kepada dendamnya, Ricka akhirnya menemui satu titik karma, titik karma yang memadam segalanya.

Mencari Ricka - bermula dimana?

Dari sinopsis pun aku dah tahu yang skrip ni menggunakan kata - kata yang cukup indah dan berpuitis, ini tidak menghairankan, kerana skrip ini pada asalnya adalah sebuah karya untuk pertandingan DEKON MAKUM! namun terdapat beberapa kelemahan yang timbul kesan daripada pengadaptasian/perubahan medium ini. Pertama, dari segi pembahagian skrip ia adalah tidak seimbang, kerana watak RICKA terlalu banyak melontarkan dialog menyebabkan ianya sedikit melelahkan, meskipun kata - katanya indah, namun haruslah penulis tahu bahawa penyampaian DEKON dan TEATER adalah sesuatu yang berbeza, berdasarkan komen dari Tuan Said, pensyarah aku yang turut menonton sebagai satu agenda perbincangan di dalam kelas, Tuan Said mengatakan bahawa ia adalah seolah - olah monodrama dengan sedikit penambahan pelakon, kerana Ricka terlalu lama bermonolog dan hubungannya dengan watak - watak lain seolah - olah tenggelam dan watak tersebut hanya hidup untuk 'melakonkan' babak tersebut. Ya, semestinya kerana ia adalah satu bentuk Flashback, namun ia harus dihidupkan dan dengan mengurangkan monolog Ricka yang terlalu panjang itu dan menambahkan lagi interaksi antara watak Ricka dan yang lain adalah salah satu kaedah yang mungkin boleh digunapakai. Kostum yang dipakai oleh Ricka ini juga sama  di dalam flashback dan juga ketika dia di bandar, adakah ini disengajakan oleh pengarah untuk memberikan interpretasi yang berbeza? jika tidak, seharusnya pengarah membezakan watak Ricka ini dengan interpretasi yang berbeza, seperti pelakon yang berlainan atau pelakon menukarkan bajunya ketika berada di dalam bahagian flashback. Penggunaan shadow projection di setting kawasan bandar juga menimbulkan tanda tanya tentang di mana peristiwa itu berlaku. Dari segi lakonan juga tidaklah begitu memberangsangkan, dilihat  watak Ricka itu hidup, namun akibat kurangnya interaksi dengan watak yang lain, maka peranannya dalam setiap babak kelihatan superficial dan bersifat sementara sahaja.

Dari segi Isu yang mahu disampaikan, ia bukanlah sesuatu yang baru, isu tanah, pembunuhan, pondan dan dendam seringkali digunakan dan MENCARI RICKA tidak menjanjikan apa - apa yang baru. Persoalan yang dilontarkan juga tidak dapat dikenalpasti kerana lontaran vokal yang terlalu perlahan oleh pelakon, memandangkan kebanyakan dialog yang digunakan adalah di dalam dialek sabah, maka ia menyukarkan lagi penonton untuk memahami dan mendengari dengan jelas setiap dialog. Salah satu babak yang boleh tertanam dalam ingatan aku adalah ketika Rionum diubat dengan cara tradisional, ketika hantu - hantu keluar dengan konsep "glow in the dark".

Secara kesimpulannya, teater "Mencari Ricka" menjanjikan sesuatu, namun tidak terjumpa seperti kaburnya pencarian kita terhadap Ricka yang hanyut dalam falsafah hidup yang penuh dendam dan amarah. Barangkali penulis skrip ini memerlukan lebih masa untuk menggarapkan penceritaan yang baik untuk menghasilkan pementasan yang lebih bermutu. Apa - apa pun, terima kasih di ucapkan kepada team produksi Grup Teater G-Tel.

Wednesday, October 3, 2012

Review Pelantaq - Sex (?), Drugs (?) and Theory of Cultural Evolution...

Assalamualaikum w.b.t,

Bismillahirrahmanirrahim,

Semalam baru selesai menonton Pelantaq, pementasan yang dilakukan oleh Persatuan Penggerak Warisan Budaya (AKRAB), berikut adalah reviewnya.

Sinopsis :

Pelantaq mengisahkan tentang seorang anak muda iaitu Bahtiar yang ingin membebaskan diri dan keluarganya  dari kemelut kemiskinan. Diselubungi kehidupan di sebuah perkampungan nelayan di mana Bahtiar tinggal bersama emaknya yang sakit dan ditinggalkan ayahnya yang mengejar kemewahan hidup. Bahtiar bekerja dengan Taukeh Lim di pelantar ikan dan dalam masa yang sama dia melakukakn kerja - kerja penyeludupan haram demi menampung kos rawatan emaknya.

Tragedi kematian emaknya telah mengubah dirinya dan di situlah dia bertemu dengan seorang gadis bernama Nani. Siapakah Nani? Dapatkah Bahtiar membebaskan dirinya daripada kemiskinan? Siapakah Taukeh Lim yang sebenarnya? Dapatkah Bahtiar bertemu ayah kandungnya?

Hubungkait Tiga Elemen

Interpretasi berikut adalah menggunakan teknik perlambangan menerusi pendekatan psikologi Freud dan Psikoanalisis Lacan (mungkin dari segi perlambangan sahaja).

Teater ini dimulakan dengan bahagian pengakhiran, dimana Bahtiar telah ditikam oleh joho, atau Zakaria, ayahnya sendiri, kerana melarikan Nani, ketika babak Flashback dimainkan, beberapa korus, berpakaian seperti badut telah keluar dan mereka sebenarnya mewakili permainan akal fikiran yang dialami oleh Bahtiar sendiri. Perasaan resah, gelisah, takut, suka dan semunya diwakili oleh mereka. Terdapat dua kumpulan korus, Kumpulan A - berpakaian badut, Kumpulan B - Berjubah. Namun sayangnya kumpulan B hanya digunakan sekali, dan ini adalah sangat merugikan kerana tidak di gunakan dengan sebaiknya, menyebabkan ianya sedikit membazir. Daripada segi penggunaan korus, aku tidak begitu gemar akan penggunaan mereka ini yang tidak begitu efektif, barangkali idea untuk korus ini diwujudkan untuk membantu menggerakkan platform Pelantaq untuk 'menghalalkan' keberadaan mereka semasa berada di pentas dan aku sedikit terganggu dengan lakonan mereka yang tidak begitu meyakinkan, dari segi tenaga dan karekter korus itu tidak dilakukan dengan baik, tenaganya rendah, dan badutnya tidak cukup ceria, malah tidak perlu rasanya untuk mereka berbisik - bisik melainkan jika kostum mereka itu berjubah dan menampakkan misteri. Disini memperlihatkan penggunaan korus yang tidak efisien bagi aku. Seharusnya Kumpulan A dan B memperlihatkan perbezaan, namun ia tidak begitu.

Salah satu elemen terbaik pementasan ini adalah Platform yang digunakan untuk menggambarkan tiga latar, iaitu di Pelantar, Di rumah, dan juga di Kelab Malam. Aku sangat - sangat menghormati kesanggupan mereka meluangkan masa untuk membina sebuah platform yang begitu baik sekali dengan artistik aspek yang cukup mendalam bagi pementasan ini. Sudah tentu masa yang digunakan untuk membina atau merekanya adalah agak lama, dan sewajarnya jika terdapat anugerah tatarias pentas, mereka wajib memenangi kerana kekeratifan dan usaha gigih mereka.

Daripada segi Jalan cerita, tidak ada apa - apa yang baru, di sini aku sedikit kecewa dengan perjalanan ceritanya, aku terlalu terganggu dengan jalan ceritanya yang teramat tipikal. Ia seolah - olah mengulangi penceritaan drama - drama TV atau jalan cerita matderihkolarperlih oleh NAMRON, dan memandangkan keduanya adalah dari bahagian utara semenanjung Malaysia, maka aku kira karya ini sangat - sangat rapat dengan penulisnya. Maka memandangkan ianya sangat rapat, boleh dikatakan bahawa ianya mewakili resah gelisah yang dihadapi oleh penulis tentang isu - isu orang melayu sendiri.

aku memandang Taukeh Lim, Bahtiar, Ibu Bahtiar dan Joho (Zakaria) mewakili elemen iaitu isu orang melayu sendiri iaitu.

Taukeh Lim (Unsur Luar)
Bahtiar (Rakyat Bawahan)
Ibu Bahtiar (Tradisi)
Joho (Golongan Atasan)

daripada unsur latar juga begitu.

Kelab Malam (unsur negatif/Unsur luar)
Rumah (Jati diri)
Pelantaq (Unsur luar - persimpangan negatif dan positif)

Bahtiar sanggup untuk melakukan kerja - karja haram, demi merawat sakit ibunya, dari segi interpretasi aku menggunakan elemen - elemen yang telah dinyatakan tadi, jelas menunjukkan bahawa, Bahtiar ingin melakukan sesuatu yang diluar daripada tradisi dan apatah lagi ditegah oleh ibunya tentang Taukeh Lim yang mempunyai aktiviti haram. Maka persoalan aku disini adalah, mengapa unsur luar itu semestinya haram dan tidak boleh digunakan? menggunakan watak Taukeh Lim, ia seolah - oleh memberi gambaran tentang bangsa lain itu hanya berniat untuk menguntungkan diri mereka sendiri tanpa mengira kawasan privasi dan jati diri bangsa lain. Perwatakan Taukeh Lim tidak diberikan justifikasi dan pengadilan yang kuat menyebabkan ianya menjadi watak yang stereotaip dan tidak dinamik. Berbalik kepada persoalan aku tadi, adakah unsur luar itu semestinya haram? Dan tidak boleh dilakukan? Jika kita menyebut soal Islam pula, boleh dikatakan bahawa unsur luar itu sendiri adalah Al-Quran dan As - Sunnah, dimana keduanya tidak menerima elemen atau unsur mistik, tahyul atau animisme yang diamalkan oleh sesetengah kita (orang melayu) sejak zaman berzaman iaitu tradisi yang diturunkan sejak begitu lama. Daripada segi adat budaya seperti persembahan budaya contohnya, apakah perubahan yang dilakukan (penggunaan unsur luar) itu adalah tidak benar dan tidak tulen? walhal sebenarnya semangat tradisi itu adalah berubah mengikut peredaran masa mengikut rentak dan tari bangsa yang memegang tradisi itu.

Contohnya, jika terdapat pengamal tradisi wayang kulit sejak tahun 1960an mengatakan unsur luar itu adalah tidak betul, maka apakah pengamal wayang kuli pada 200 atau 300 tahun dahulu mengatakan pengamal pada tahun 1960an itu betul? Sudah tentu terdapat beberapa elemen atau unsur yang dibuang atau diubahsuai dari generasi ke generasi, memandangkan pewarisan tradisi itu dilakukan secara lisan dan tidak pernah tertulis sejak dahulu lagi. Maka penolakan unsur luar itu akan terjadi jika perubahan tidak dilakukan secara parallel seperti menggunakan gitar dalam muzik wayang kulit, namun perubahan itu menjadi parallel dan tidak ditentang habis - habisan jika ianya hanya sedikit, seperti durasi persembahan wayang kulit yang dipotong menjadi pendek. Ini adalah sedikit idea dan pendapat aku tentang Teori Evolusi Budaya yang berlaku. Ingatlah bahawa bangsawan yang kita hargai itu bermula dengan perubahan daripada wayang parsi, maka perubahan itu tidak salah seratus peratus!

disini aku mengatakan bahawa Taukeh Lim, iaitu unsur luar tidak diberikan justifikasi dan pengadilan dengan betul kerana tidak menggambarkan dengan baik unsur luar itu sebetulnya.

Penderitaan yang dialami oleh Bahtiar sendiri adalah berpunca daripada diri sendirinya juga, ini kerana boleh dilihat (mungkin disebabkan lakonan yang tidak begitu baik ataupun tidak, saya tidak dapat menilainya, mungkin disengajakan oleh pengarah) wataknya yang begitu lemah dalam menangkis unsur luar, jika dia benar - benar dididik dengan jati diri yang tinggi, maka dia seharusnya mampu menangkis anasir luar seperti terlibat dalam aktiviti haram oleh Taukeh Lim dan juga dapat mengelak diri dari pergi ke kelab malam. Secara interpretasinya pula, dapat dilihat Bahtiar (rakyat golongan bawahan) sangat lemah dalam menghadapi anasir luar mengakibatkan kematian tradisi itu sendiri dan akhirnya dia mempersoalkan kehadiran watak ayah (Joho - Zakaria) sebagai punca dan penyebab kematian ibunya sendiri (tradisi).

Dapat kita lihat bahawa secara kolektif, budaya dan persembahan seni tradisional berkait rapat dengan golongan istana yang banyak membantu dalam perkembangannya, namun penurunan sokongan istana kepada seni tradisional ini menyebabkan ianya hampir luput dan pupus dan ini menyebabkan beberapa pihak tidak puas hati (yakni penggiat seni tradisional itu sendiri) kerana tidak mendapat sokongan dari segi dana untuk membuat persembahan. Faktor ini mungkin ada kaitannya, namun permasalahan sekarang adalah jati diri rakyat itu sendiri (Bahtiar) tidak cukup kuat untuk menolak anasir luar, meskipun tidak menolak, namun seharusnya mereka menanamkan budaya apresiasi terhadap seni tradisional (ibu bahtiar) yang tinggi demi mengelakkannya daripada mati dan pupus.

Namun ikhtiar Bahtiar untuk membebaskan Nina yang senasib dengannya adalah ikhtiar yang patut dipuji, walaupun pada akhirnya Nina mati ditembak oleh Joho pada akhirnya, ini menunjukkan Bahtiar (rakyat golongan bawahan) masih lagi mahu membebaskan rakan senasib dari penderitaan yang mereka alami namun pada akhirnya telah tertembak, dibunuh oleh golongan atasan (Joho - Zakaria).

Ada beberapa elemen yang membuatkan aku tidak selesa di dalam pementasan ini, salah satunya...

1. Pengunaan pelakon perempuan kecil untuk babak rogol
-seni hanyalah satu medium semata - mata, namun seharusnya bagi kita yang berada di Malaysia dan apatah lagi beragama Islam, seharusnya perkara ini haruslah dielakkan, kerana ini seperti mengajar sesuatu yang tidak baik kepada anak - anak kerana mendedahkan mereka dengan perkara sebegini diwaktu muda, hanya apabila pengarah memberitahu tentang keadaan seperti perlunya mereka menjaga maruah mereka walaupun dicabuli oleh ayah mereka sendiri ketika sesi latihan, barulah ianya wajar menggunakan anak kecil. Medan seni di Malaysia haruslah dijadikan tempat untuk mendidik anak - anak untuk menghargai seni dan yang terutama sekali agama dan adat yang tidak bercanggah dengan Al-Quran dan As - Sunnah.

2. Pelacur, Kelab Malam.
-Ini adalah adegan - adegan yang membuatkan aku rasa sedikit terganggu, kerana isu "bukannya aku nak, tapi dah terpaksa" sudah terlalu lama dijulang dan ditayang di mana  mana baik di drama, radio ataupun panggung wayang. Maka apakah penyelesaiannya? Aku merasakan bahawa orang ramai sudah tahu tentang hakikat ini dan seharusnya kita bergerak untuk lebih progresif ke arah penyelesaian dan bukannya menayang - nayangkan dosa. Ia mengingatkan aku kepada karya - karya NAMRON dan karya Ismail Kassan "Dejavu seorang perempuan" serta beberapa karya lain yang menggunakan tema yang sama. BERUBAH, BERUBAH, BERUBAH, dan CUBA BERUBAH, kita mampu melakukannya, Insyaallah.

Teknikaliti

Daripada teknikaliti persembahan, Akrab hampir berjaya melakukan persembahan yang baik, dengan permainan lampu yang menarik serta tatarias pentas (termasuklah Platform) dapat memberikan pengalaman menonton yang bagus, cuma akibat beberapa masalah teknikal (teknikal ini termasuklah aspek lakonan) menyebabkan ianya menjadi persembahan yang tidak kesampaian kerana kurangnya elemen dramatik walaupun ia hampir mencapai tahap yang sepatutnya.

Beberapa aspek teknikal seperti props (baju yang dibuang tidak sampai ke belakang pentas, dapat dilihat oleh penonton) dan lakonan yang kurang memberi impak yang menjatuhkan pementasan ini ke tahap yang sepatutnya. Props seperti baju yang tidak berada di luar pentas, Air botol tumpah diatas pentas (meskipun berjaya diangkat dengan berjaya) mencacatkan sedikit persembahan. Lakonan pula adalah penyumbang utama kepada kekurangan aspek dramatik pementasan ini, kerana babak kematian ibu bahtiar adalah babak yang terpenting sekali di dalam pementasan ini, akibat pacing yang terlampau cepat dan lakonan yang tidak begitu meyakinkan, maka kuranglah dari segi aspek dramatik menyebabkan penonton terkapai - kapai, tidak tahu sama ada untuk bersimpati kepada Bahtiar atau membiarkan sahaja dia bersama mayat ibunya di atas pentas.

Persoalan yang ditimbulkan oleh korus dalam setiap kali pertukaran set (Platform) menyebabkan beberapa watak tidak dapat berkembang dengan baik kerana setiap kali pertukaran berlaku, ia akan memakan masa yang agak lama. Maka apa yang boleh dilihat menerusi hubungan Bahtiar dan rakan - rakannya di Pelantar? Ini mungkin kerana AKRAB mahu menghormati masa yang telah ditetapkan oleh penganjur pertandingan, kerana sudah pasti dengan perkembangan yang meliputi bukan sahaja antara hubungan Bahtiar dan Taukeh Lim serta Ibunya, pasti jalan ceritanya tidak terlalu meleret dan watak dapat dikembangkan dengan baik, namun permasalahannya adalah - Siapa yang akan menggerakkan platform tersebut? Ini mungkin seperti soalan siapa yang lahir dulu, ayam atau telur ayam? Maka perkaitan antara teks dan teknikal harus difikirkan sebaiknya oleh pengarah dan jika diberikan pada aku teks ini, aku juga akan pening kepala untuk memikirkan aspek teknikal demi tidak mencacatkan aspek dramatik pementasan.

Kesimpulannya

Kesimpulan yang dapat aku simpulkan disini adalah, Kumpulan Teater AKRAB telah menjalankan tugas mereka dengan baik sekali terutama dalam pembinaan Pelantaq/Platform yang menjadi objek utama dan terpenting dalam pementasan, sayangnya kandungan cerita yang ditulis adalah sudah agak lama, dan perbahasan mengenainya sudah agak lapuk untuk dibincangkan, seharusnya suatu gerakan penyelesaian harus dilakukan untuk memberi makna kepada tradisi dan pewarisan baru ini untuk terus bergerak, jika tidak, ianya akan mendatangkan keburukan kepada masyarakat yang terlalu lama bermuram seperti Bahtiar kerana kematian ibunya (tradisi). Tidak seharusnya sesuatu masyarakat dan bangsa itu harus bermuram kerana kematian tradisi, namun memegang semangat tradisi itu penting, iaitu meneruskan apa yang diketahui di tangan dan sentiasa membawa ianya bersama dengan idea - idea inovatif dan kreatif sambil menjulang dan menjunjung akhirat iaitu Islam berdasarkan Al-Quran dan As- Sunnah. Kita tidak mahu lagi menjadi seperti Nani yang terperangkap namun semakin putus harapan untuk keluar daripada perangkap Joho - Zakaria, dan sentiasalah penuh harapan dalam sedikit kesedaran seperti Bahtiar.

Syabas kepada kumpulan AKRAB di atas pementasan yang menarik itu!



Sunday, September 30, 2012

Review Putera Sangkar Maut

Assalamualaikum w.b.t,

baru selesai pulang dari menonton persembahan orang - orang di kedai tua tempat aku lahir, 'Tronoh Theatre Shop'. Berikut adalah reviewnya.

Sinopsis

Putera Sangkar Maut adalah sambungan daripada cerita 'Maharaja Beruk', anak haram Maharaja yang bernama Azad telah di besarkan oleh Pak Baem dan Mak Uda. Pak Baem dan Mak Uda juga mempunyai anak sendiri, iaitu Uda. Azad telah menjadi seorang pemuda yang suka berfoya - foya, tidak seperti Uda yang lebih matang dalam tindakan dan kata - kata. Rosnah yang telah bertunang dengan Andak telah menaruh hati terhadap Uda, namun Uda lebih mencintai Aminah. Azad pula menaruh hati terhadap Aminah namun cintanya tak pernah terbalas. Semua berubah apabila Datuk Bendahara dan Datuk Temenggung datang ke rumah Pak Baem dan Mak Uda selepas mereka telah dapat mencari pewaris takhta maharaja iaitu Azad. Azad yang masih keliru memohon untuk diberikan masa supaya dapat berfikir. Dalam pada itu, dia telah merogol Aminah ketika dia pulang berseorangan. Mendengar Azad telah menjadi Maharaja, Rosnah telah mencari helah untuk memutuskan pertunangannya dengan Andak dan berkahwin dengan Azad melalui pertolongan sihir Nyai Temah. Azad yang telah menjadi maharaja bertindak kejam terhadap rakyat dan telah menjadi korup kerana terlalu mengikuti kata - kata Rosnah dan hasutan Datuk Temenggung meskipun Datuk Bendahara tidak bersetuju dengan tindakan tersebut. Andak juga telah dinaikkan pangkat dan menjadi orang istana, namun Rosnah dan Andak masih menaruh hati antara satu sama lain, perkara ini telah digunakan oleh Datuk Temenggung sebagai peluang untuknya meraih keuntungan dengan mengugut akan memberitahunya kepada marahaja. Aminah pula telah mati dibunuh oleh Datuk Temenggung ketika dia mengadu telah mengandung anak luar nikah Azad. Uda, Pak Baem, dan Mak Uda yang telah menunjuk protes di taman larangan telah di serang oleh pihak kerajaan dibawah perintah Azad. Mendengarkan kematian Aminah, Uda meluru dan telah membunuh Datuk Temenggung yang sedang berada di dalam gua bersama maharaja Azad dan Rosnah untuk melihat sangkar tempat kelahiran Azad. Azad telah mengugut untuk membunuh Pak Baem dan kesempatan ini telah digunakan untuk mencederakan Uda dan seterusnya membunuh Pak Baem. Gempa Bumi kemudian berlaku dan Azad telah ditelan bumi sementara Rosnah pula gila akibat kematian Azad.

Ala - ala yang bukan ala-mak

Dahulu TTS pernah membuat satu pementasan Bangsawan Tuah Hang Jebat. Ketika itu, dibawah program semarak bangsawan, TTS telah mementaskan karya yang aku anggap diberi permaknaan yang baru namun sedikit janggal akibat tidak digarap dengan baik dihujung cerita. Aku sebenarnya bukanlah seorang yang terlalu tradiotionalist, atau terlalu avant - garde. Cuma aku suka untuk buat kerja avant - garde bila aku nak buat kerja avant - garde. Bila aku perlu untuk melakukan sesuatu yang tradisional, aku akan lakukannya demi menghormati bentuk yang telah sekian lama dicorakkan oleh orang yang terdahulu. Bangsawan sebenarnya bermula daripada wayang parsi yang dibawa oleh pedagang - pedangang india di sekitar Pulau Pinang. Setelah mereka pulang, elemen ini telah digunapakai oleh orang tempatan, maka lahirlah bangsawan yang membawakan cerita yang berbagai - bagai, dari Shakespeare, hingga hikayat dan dongengan melayu. Dr.Shark sengaja memilih untuk meletakkan 'ala - ala bangsawan' kerana dia sendiri mahu begitu, lari dari konsep asal bangsawan, namun hanya memakai elemennya sahaja. Aku sendiri yang tidak pernah menonton bangsawan asli yang dilakonkan oleh orang - orang bangsawan, sudah pasti tidak dapat membezakan apakah satu bangsawan itu asli atau tidak? Ini bukanlah tempat aku untuk menentukannya, namun atas penghormatan Dr.Shark untuk tidak meletakkan ianya sebagai satu pementasan bangsawan, adalah sangat aku puji. Namun harus dinilai semula, apakah dengan tidak mengkontemporarikan seni komersial itu adalah tidak tradisional? bahkan bangsawan itu sendiri lahir dari wayang parsi yang diubah cara pementasannya, sesuai dengan selera tempatan? Apakah mak yong itu tidak lagi mak yong apabila dialek kelantan tidak digunakan? Ia adalah satu soalan dan pertembungan pemikiran yang dari dahulu lagi berlegar dikotak fikiran aku, dan biarlah aku mengatakan disini bahawa, aku selesa dengan perubahan yang sedikit - sedikit itu dan sesuai dengan zaman, kerana itu adalah semangat tradisional, hanya apabila zaman tradisional dan masa beredar secara tidak selari atau parallel, maka tradisional itu akan tenggelam dan sebarang perubahan akan dipandang oleh aktivisnya sebagai tidak tradisional.

Dan Dr.Shark seperti selalu, lebih selesa menjadi wira dipanggung sendiri, dikhalayak sendiri, dengan teknik sendiri dan cara sendiri, jika dia tidak diserang penyakit jantung dan berjaya mencapai apa yang dia mahu capai sebagai seorang pengarah, itu adalah perkara yang menggembirakan buat aku. Oleh itu, 'Ala - ala bangsawan' adalah terma yang selesa digunapakai olehnya tanpa perlu pening kepala dikritik oleh traditionalist. Memang ego-centric, tapi bukankah aktivis seni dan pengkarya perlu mempunyai perasaan begitu untuk kekal kreatif dengan cara sendiri? aku juga begitu.

'Manusia itu berbagai - bagai'  kata Tuhan.

'Supaya kamu saling kenal - mengenal' Kata Tuhan lagi.

maka terimalah idea dan bertukarlah idea dengan aman dan harmoni serta menghormati setiap pengkarya dengan sebaik mungkin.


Satu Tribute untuk Filem 60an

Pernah aku tanyakan kepada Dr.Shark, mengapa dia mengambil tajuk tersebut, dan adalah kerana dia nak gunapakai tajuk filem 60an, dan selang brapa lama selepas itu, aku berbual dengan dia lagi, dan telah membuat kesimpulan yang doc sendiri setuju bahawa pementasan kali ni adalah satu tribute untuk filem - filem 60an yang dia suka. Maka tak hairanlah jalan ceritanya hampir sama dengan 'stock' karekter yang sering ada dalam filem - filem 60an. Elemen - elemen 'anak luar nikah', 'cinta tiga segi',  'anak derhaka' adalah tema - tema yang sering digunapakai dalam filem - filem 60an, kesan daripada pengaruh filem di India yang baru meningkat naik ketika itu. Harus diingatkan bahawa kebanyakan pengarah ketika itu juga adalah berbangsa India dan syarikat perfileman pula dikuasai oleh orang cina (contoh : Shaw Brothers).

Bahasa ala 60an telah digunakan untuk memberikan suntikan kelainan kepada pementasan teater ini, namun sayangnya, para pelakon yang kurang memberi tumpuan terhadap pengucapan dialog ini membuatkan ia menjadi satu ciri yang tenggelam di akhir cerita dan seolah - olah ia menjadi satu pengucapan dialog yang biasa. Para pelakon seharusnya membuat homework sendiri dengan menonton dan berlatih untuk bertutur seperti pelakon filem 60an, dan jika ia berjaya di lakukan, sudah tentu ia akan menjadikan pengalaman menonton sebagai satu pengalaman nostalgik.

Seperti biasa, Dr.Shark tidak akan gagal untuk tidak menyelitkan unsur politikal, dan keseluruhan pementasan ini adalah tentang suasana politik di pihak kerajaan. Satu kritikan yang jelas dilontarkan dan sudah tentu penonton akan dapat menangkap dengan mudah. Teknik didaktik suka dilakukan oleh Dr.Shark ketika pementasan, ia tidaklah terlalu jelas, dan tidaklah terlalu tenggelam unsurnya, menyebabkan aku sendiri sering bertekak dengan dia atas hal ini. Aku pula suka untuk menggunakan pendekatan Dialektik atau teknik bertolt brecht yang berdasarkan Marxism, mengajak penonton untuk bebas berfikir dan tidak menjadi penonton yang tidur ketika pementasan dengan elemen alienation effect. Namun pada akhirnya tidak lah menjadi kesalahan kepada pengarah untuk memilih mana - mana stail, kerana ia sudah tentu berpadanan dengan jiwa pengarah tersebut. Didaktik atau Dialektik, pada akhirnya respon penonton dan objektif pengarahlah yang harus digunakan untuk menimbang tara sebagai outcome result. Tentang elemen politikal ini pula, aku agak terkejut dengan adanya watak Datuk Bendahara yang tidak bersetuju dengan tindakan dan arahan Maharaja serta pembesar istana yang korup. Pada sebelum ini, aku sendiri tidak pernah melihat keseimbangan kritikan doc terhadap arena politik, mungkin dia masih berharap agar orang baik itu ada dimana - mana, tidak kira parti politik.

Apa yang membuatkan aku lebih tertarik pada pementasan kali ini adalah elemen percintaan yang sudah agak lama tidak disuntik oleh Dr.Shark. Ini menjadikan beberapa karekter menjadi mangsa keadaan, seperti Azad, yang menjadi korban antara cinta dan masalah keluarga, dirinya yang telah diketahui anak haram kepada maharaja. Meskipun Azad dan Uda membesar dengan keadaan dan suasana yang harmoni, namun atas perkara - perkara ini telah meretakkan hubungan mereka adik beradik dan seterusnya antara rakan - rakan mereka iaitu Ujang dan Andak. Sememangya elemen ini tidak sempat untuk mengolah sebab dan kenapa watak - watak ini berubah dengan begitu cepat perwatakannya, tetapi cukuplah jika aku mengatakan bahawa takdir tuhan memungkinkan segalanya.

aku tidak pasti apakah doc sedar atau tidak yang dia telah menggunakan elemen 'Malaysia' dalam busana para pelakon, dengan elemen cina dan India digunakan, namun aku pasti ianya secara sedar atau tidak, adalah untuk mencerminkan suasana di Malaysia yang bermacam budaya.

pada struktur cerita pula, bagi aku, perkembangan watak tidak sempat ditekankan sangat, dan terlalu tergesa - gesa, menyebabkan Doc terpaksa menghabiskan cerita dengan pengakhiran yang cukup aku tak berkenan, sebab dah berulang kali dibuat. Gempa bumi, aku rasa kerana terlalu dipaksa untuk menghabiskan skrip oleh krew produksi dan pelakon, maka dia tidak dapat mengembangkan cerita dengan baik, apatah lagi memberikan pengakhiran cerita yang baik.

tolong jangan paksa doc siapkan skrip lagi. Atau dia akan berikan kepada penonton pengakhiran yang sama, aku sebagai penonton pula mungkin terpaksa muntah satu baldi sebab terlalu lama sangat menonton pengakhiran yang begitu, sebab aku tahu, kapasiti kreativiti doc adalah lebih dari itu. dan jauh daripada itu.

aku masih lagi menantikan sebuah lagi masterpiece yang dapat menandingi naskhah Cinta Sang Arnab. walaupun bukan cerita cinta, namun aku masih lagi menunggu. Ya, dan Asylum tidak lagi mencapai tahap Cinta Sang Arnab, rasanya sebagai peminat karya Doc, aku juga perlu demand bukan? ha ha ha.


Teknikaliti Produksi

Aku rasa pada peringkat ini, aku tidak perlu lagi memberi komen terhadap lakonan dan teknikaliti produksi, kerana tanggungjawab itu sudah dipegang oleh Dr.Shark, biarlah aku sebagai penonton kekal di kerusi aku sebagai penonton. Cuma secara keseluruhannya belum mencapai tahap tertinggi TTS, sebagai seorang TTSian, itu adalah tahap yang perlu dicapai jika mahu pergi ke tahap seterusnya. Pacing, Lontaran vokal, penghayatan (nampak natural), postur adalah antara isu - isu yang dapat aku kutip semasa menonton.Kalau betul - betul mahu perbaiki mutu lakonan atau sedikit teknikaliti, boleh PM aku diFB bila - bila masa.


wallahualam.

p/s : sentiasa berjuang dan melakukan apa2 pun atas nama Allah, jika kita tidak bersungguh, maka siapa lagi yang dapat kita harap dan sandarkan?


Monday, September 24, 2012

Jus Pisang Ceroi


Petang yang tak berapa nak petang tu aku ke kantin kolej, setelah penat melampiaskan nafsu untuk bersukan bagi menguruskan badan yang dah semakin barai dan boroi. Dekat Universiti ni ada berbelas - belas kolej, masing - masing akan tinggi dengan semangat kekolejannya bila bercakap pasal kolej, cerita tentang kemenangan karnival sukan secara total 40 tahun dulu selalu diulang-pekik seolah - olah ia penemuan satu agama baru yang harus dibangga - banggakan. Mungkin benar juga mereka jumpa 'agama' baru, 'agama' kekolejan, yang menganjurkan supaya satu kolej bertungkus - lumus untuk kasi tapau kolej lain dalam apa jua acara, dari anugerah tandas terbersih sehingga anugerah manusia paling celaka.

Hebat tak assabiah kita yang punya pawer ni?

Mungkin sebab itu negara kita punya nak bersaing dengan negara lain sampai masa sambutan merdeka sanggup warnakan beras dan buat bendera paling besar menggunakan beras.

Menangis anak somalia mendengar pembaziran dan kebodohan ini.

Apa yang membuatkan aku ke kantin kolej ini adalah sebab kantin ini satu - satunya kantin yang ada jual jus pisang. Jus Pisang Tahu!!!! Ya, jus pisang. Tak ada kolej lain lagi yang menjual air jus pisang di Universiti ni, bayangkan, dalam beribu - ribu manusia dan beratus orang penjual, semua orang tak pernah terfikir nak jual jus pisang. Aku pun tak faham kenapa mereka tak pernah terfikir nak jual jus pisang. Mungkin atas dasar kemanusiaanlah jus pisang hanya dijual disini, atau mungkin sebenarnya mereka terlebih pisang untuk dijual? Ah, malas fikir, sekarang hanya pisang yang bermain - main di kepala aku.

selepas jenuh bermain di ruang lingkup astaka pemikiran aku yang sering membebel tak tentu pasal, aku memesan dua gelas jus pisang dengan harapan bahawa aku adalah orang paling 'pisang' dekat kantin masa tu. Special la maknanya tu.

Pisang ni sebenarnya adalah buah yang paling Underrated dalam Malaysia, macam Unsong heroes, walhal ia amat popular di negara - negara beriklim tropika. Ada macam - macam jenis pisang, pisang tanduk, pisang abu, pisang awak (?), pisang tanduk, dan entah apa - apa lagi nama pisang yang aku terlupa atau tak tahu. Macam - macam jenis masakan yang boleh dibuat dengan pisang, termasuklah yang paling popular - Pisang Goreng, tapi kenapa nama pisang tak dijulang macam strawberi yang masam atau buah oren yang mat salleh sangat tu???

Dekat masjid pulak selalu letak pisang. Ada yang berniat untuk nazar, ada yang berniat untuk suka - suka bersedekah, ada yang sebab nak tengok manusia jadi beruk lepas semayang jumaat (kes tak ikhlas la tu) dan macam - macam lagi. Tak cukup lagi bukti bahawa pisang adalah raja segala buah dekat Malaysia ni? Apahal pulak dengan durian tu yang ditabalkan sebagai raja? kau dah hilang akal? ada orang buat Durian Goreng ke dengan durian tu? atau jus durian? ada???

Penat bercakap dengan pemikiran sendiri, aku masih menunggu sepi. Pisang tak sampai - sampai lagi, batang pisang pun aku tak nampak, apatah lagi jusnya yang pekat dan menggiurkan tu.

"PEN!!! PENN! PENN!!! PENN!!! PENN!!!!!!!!"

Ni dah apa pulak ni.

oh, manusia - manusia berhati waja menebalkan muka meraih undi dengan hon - hon yang menjerit - jerit dari setiap jenis kenderaan yang ada, dari basikal sampai ke lori. Ada pilihanraya kampus esoknya, maka mungkin mereka - mereka ni datang untuk buat last push sebelum diangkat ke langit menjadi politikus muda setelah menang. Lawak.

Kakak - kakak dan adik - adik bertudung labuh serta berkopiah semacam band punk pulak nak kasi bingitkan susasana aman di Universiti, tinggal lagi tak ada chaos je. Kalau tak, memang dah jadi macam suasana anarki dah ni.

'Sebelah' sana pun apa kurangnya, ye dak?

Aku tak berminat dengan politik, idea politik tu pun dah buat aku nak muntah, makan dan muntah balik muntah aku tu. Maka aku amat hairan dengan keberanian mereka ni yang sampai bermusuh - musuh pulak sesama manusia, dilatih begitu oleh 'abang - abang' besar berbaju kot, berseluar yankee dan berotak ayam.

Scene politik kampus lah adalah tempat dimana bakal - bakal pemimpin negara lahir, sama ada dia memerintah menggunakan ketiaknya atau otaknya, aku pun dah malas nak ambil tahu, barangkali masyarakat kita ni perlukan satu penghapusan total macam Rha's Al Ghul nak buat dalam Batman Begins untuk betulkan balik sistem masyarakat yang berkecamuk dengan isu - isu remeh dan bodoh.

Ketika rancak otak aku membebel, kumpulan separa anarkis ni lalu di depan aku yang duduk di meja hujung. Masa tiba - tiba berhenti dan aku cuma menoleh kanan dan kiri atas kiamat kecil yang berlaku. Aku tak suka bila keadaan ini berlaku, kerana aku bakal menyambut sesuatu menggunakan hati kecil ini.

Cinta. Terjatuh.

PUI!

Senyum.
Adeh.

Senyumannya terbang ke muka aku, bertudung labuh dalam suasana yang beku dan tak bergerak. Dia tersenyum dari dalam kereta. Dalam keadaan posisi kosong, aku tak mampu untuk mengorek sebuah senyuman dan melayangkannya satu balasan, dan aku terus tegak disitu dan tak tahu nak rasa apa untuk kiamat kecil dalam beberapa saat itu.

"UNDI KAMI YA!!!"

dia jerit kat aku. kata - kata yang tak ikhlas tu, kalau masuk dalam ruang beku berkiamat kecil macam ni, adalah macam bunga ros merah yang dilemparkan. Berbau wangi, dan tanpa duri. Bila sampai dekat dengan kau, baru kau terasa tajamnya duri - duri api tu.

-DENG~

bunyi masa digerakkan cepat kembali oleh Tuhan, bila dah berumur pertengahan dua pulohan, kau tak mampu untuk mengelak perasaan itu. Perasaan itulah. Itu. Terlalu banyak kali aku merasa sampai jadi jemu nak cakap. Sebab aku lagi suka bercakap tentang beruk yang ditindas diluar negara serta siput yang diancam kepupusan dari bercakap tentang keadaan semula jadi aku yang sedang terseksa menunggu umur 30-an.

Tapi kalau aku berjaya tunggu sampai takat umur 30-an pun. Masih ada kecelakaan lain yang menunggu kan?

"Bang, ni dia Jus Pisang. Dua kan?"
"Ha ah, mekasih"

berlalu pergi. Apa punya manusia la, aku serahkan kasih elok - elok, dia tak nak pulak.

Hirup. Feel.
Tak ada.

Jus Pisang Ceroi. Pembunuh segala selera. YA. SEGALA selera. Baik Untok anda.

Celaka punya jus. Mungkin ni sebabnya kot orang lain tak buat jus pisang ni.

Tuesday, September 4, 2012

Aku - Trainer.

entah kenapa aku cukup hangin bila orang ada yang menyebut...

"kalau ko tak nak bertanding, jangan ajar bebudak tu, ajar macamana cara nak menang jer"

itu samalah macam.

"belajar, tak yah penuh emosi, belajar sebab nak dapat markah tinggi dan score jer, apresiasi ilmu tu buang masa, so tak yah"

aku menyampah gila bila dipaksa dengan benda macamtu, in case kalau orang dah tak nak aku jadi coach puisi atau yang sewaktu dengannya, TAKDE HAL.

approach aku untuk pertandingan puisi orientasi ni adalah untuk diorang appreciate puisi dan art, aku bagi diorang peluang untuk bagitau kat semua orang apa itu seni dan apa yang diorang nak.

Kalau menang, itu adalah satu bonus, bagus, tapi kalau tak menang, aku mintak maaf, aku bukan Tuhan untuk menentukan kemenangan sesiapa, bila kita terlalu nak menang, aku akan nampak, benda tu jadik macam ni...


bila sorang wat stail hantu, semua buat stail hantu.


itu yang jadi lagi bangang tu!!!

apa jadik dengan kreativiti? baik tak yah buat art kalau tak mampu nak kreatif, tak berani nak mencuba benda baru, salah takper, kalah takper, interpretasi manusia berbeza, mungkin kita tak cukup bagus dalam menterjemahkan puisi ke atas pentas, atau orang tu ada idea yang lain, takder masalah pun, kalau kalah, kalah lah, aku takder masalah.

petang ni, dengan gaya yang biasa, aku tak pasti boleh menang ke tak, tapi kita cuba.

selainnya, berserah pada Allah.

untuk 3 hari punya latihan puisi, aku rasa ni kira baguslah dapat buat macamtu.

even aku gunakan budak cina untuk deklamasi sajak.

PUI! Bahasa tu bukan untuk bangsa, bahasa itu untuk dikongsi bersama, kalau omputih tu tak bagi kau belajar bahasa diorang, dah terkayak dah korang nak speaking.

so let's be open minded and be creative, daring, and brave to try new things.

after all, isn't that is what art is all about?

Sunday, September 2, 2012

Okupai Masjid : I Love You

nikmat pergi ke masjid semakin terasa, moga Allah memberikan aku kekuatan untuk terus istiqamah berkejar ke masjid bila masuk waktu.

Alhamdulillah, sekarang aku ada kekuatan balik.

alhamdulillah.


memang nikmat.

i guess i just miss Masjid a lot.

:')

Thursday, August 30, 2012

dokumentari metal ipoh

aku bukanlah orang yang betul2 follow scene underground metal ipoh,
aku baru jer jadi peminat metal,
sejak dari sekolah menengah lagi, taste muzik aku berubah2, sekarang ni lebih cenderung kepada muzik marah2, maka thrash adalah pilihan aku.

dengan pengecualian.
band yang aku dengar, perlu bervokal jelas, maknanya takder growl, disebabkan aku ada background muzik, belajar piano sampai gred 5 (sistem ABRSM), maka aku lebih cenderung memilih penyanyi bervokal bersih.

aku juga bukanlah mat2 gig yang selalu gi gig, fes taim gi gig metal adalah masa loudness itu hari. itu pun memang headbang sampai sakit tengkuk. best gila.


aku tak rasa yang orang2 dalam scene akan selesa dengan apa yang aku  buat ni.

macam Sam Dunn, dier memang mat metal pun, ada band sendiri lagi.

tapi aku cuba. kalau tak aku, siapa lagi nak buat.

...

ada?

bak kata Jay

Buat je.

Definisi

A struggling theatre activist.

seorang manusia yang masih struggle untuk jadi theatre activist.

-tu belum jadi 'struggling artist' lagi.

teater oh teater.
isu oh isu.
aku dan aku.

Friday, August 24, 2012

Crap!

aper dah takder mender yang orang kita ni dok asek nak pk, pasal kawen kawen kawen kawen.

pas kawen, citer pasal anak, pas dapat anak, citer pasa cucu, pas cucu citer pasal cicit.

oi, banyak benda berfaedah lagi yang boleh dibincangkan, aper jadah cakap pasal kawen je?

diri dah osem dengan agama?
berapa ribu orang yang dah kau selamatkan kat dunia ni?
berapa banyak kebaikan yang kita dah buat hari ni?
berapa banyak ilmu yang kita dah sebarkan dan cari?


banyak isu yang boleh dibincangkan,
tapi bila orang sekeliling aku duk citer pasal awek dan jodoh, membuatkan aku rasa macam dikelilingi dengan orang yang terlalu kuat naluri seksualnya. Orang berkopiah pun gitu.

hadoi.

dah musim mengawan, nak wat camne ye dak? aih~

Monday, August 20, 2012

Balik

Ngah dah balik dengan anak2 dia.

macam biasa, hidup aku akan slow2 balik seperti sediakala, perlu tunggu setahun lagi at least untuk sekecoh macam ni, unless kalau aku kawen sebelum cukup setahun.

itu takkan terjadi la kan?

Ada Sesuatu...

Ada sesuatu yang menyakitkan tentang Taman Seri Setia.
Fakta yang sangat depress.

and i liked it.
a lot.
sang masochist tak berlesen.

aku la tu.

Sunday, August 12, 2012

video raya RevArt terbaru.

tengok di link ni..

http://www.youtube.com/watch?v=vNfZf3iSR3E&feature=youtu.be

enjoy. :)

Saturday, August 11, 2012

Gila Jahat

kadang2 aku nak gelak bila ada kawan yang...

"bestnya kau macam ni..."

"boring la kerja aku..."

aku rasa nak gelak kuat2, sebab aku dah nampak semua tu, sebab tu aku tak sanggup go thru life macam tu.
tapi itu aku, yang pemalas, yang tak mahu ambil risiko.
yang nak jadi loser dan rasa loser gila bila tak reti cari duit sendiri.
tak reti nak cari life stabil sendiri.
banyak benda yang aku perlu bayar pada sebuah kebebasan aku untuk bergerak ke sana ke mari.
tak ada yang menguntungkan pun, cuma kepuasan sendiri
syok sendiri

apa2lah.
yang penting aku mampu tergelak kuat2 sekarang.
gila jahat kan?



p/s : untuk sedikit kebebasan yang dapat aku tangkap ini, aku bersyukur padaNYA.
masih terlalu banyak yang perlu aku lakukan untuk betul2 menjunjung jalan DIA.

Kedai Kecik Yang Usang

hari ni aku pergi iftar (bukak poser) dengan bebudak TTS, sambil2 tu diorang adakan pertandingan teater 10 minit.

pertandingan ni bermula bila aku, usop dan doc tulis skrip untuk pertandingan short and sweet, sampai skarang skrip aku memang tak pernah masuk, too political kot.

to skip yang tak penting2. aku go straight to the point.

aku perhatikan banyak benda malam ni, sangat riuh, sangat kecoh, macam biasa, bebudak TTS, zaman aku pun dulu macam tu gak. But to know the fact that diorang ni agak lembap buat kerja, aku jadi sedih, tambah2 tengok bebudak junior yang incline to RM, aku lagi la sedih, in fact sebenarnya TTS perlukan orang yang macam tu, tapi taklah bermakna aku tolak bebudak yang tak der dalam RM, cuma aku harapkan TTS masih perjuangkan apa yang diorang nak perjuangkan, UNTUK DIA, DAN DIA SAHAJA. Macam biasa, aku dapat tercium bau yang bebudak incline ke RM akan lama2 slowly drifted away, dan lama2 diorang akan hilang macam tu je.

JANGAN PERGI WEYY!!!!!!

ARGH!!!!!!!!!!

bukanlah sekarang diorang tak buat benda tu, ada. Cuma kadang2 gerak kerja yang agak lembap, buat aku menangis dan berfikir, eh, ini ke apa yang dah jadik dengan TTS?

aku rasa, aku jer senior dari batch aku yang agak concern dengan TTS, sebab yang lain semua dah grad, ada life masing2, ada kerja, ada kerjaya yang perlu diorang fokuskan, tapi aku masih lagi takleh move on dari TTS, aku rasa yang TTS adalah comfort zone aku dan aku perlu berada di situ selalu. Aku tak ada masalah tentang itu, semua orang ada choice yang perlu diorang pilih, sama nak atau tak nak,itu terpulanglah. Dan aku memilih untuk berada dalam perjalanan seni, yang tak banyak orang gila macam aku ni nak jalan ke jalan tu. Takpe, itu pilihan masing2. semoga berjayalah hendaknya pada yang memilih jalan hidup mereka masing2.

cuma memikirkan kata2 doc yang nak membiarkan TTS jatuh perlahan2, menyedihkan aku, aku menangis semasa dalam perjalanan balik ke Teluk Intan tadi, memikirkan yang aku tengah berada dalam kapal yang dah nak tenggelam dan aku hanya tengok je dier tenggelam. Aku perasan yang takder sorang pun tahu yang kapal ni tengah tenggelam, semua sibuk nak berenjoy dan tangkap gambar.

jangan salah paham, aku appreciate effort diorang, cuma bagi aku, jalan kerja tu kena licin, ni makin lama makin teruk, tanpa pengawasan doc, makin jadi lagi teruk pengurusan diorang, lagi la aku sedih.


bila diorang tengah amek2 gamba atas pentas, aku teringin nak cakap sesuatu, tetapi bila memikirkan yang kata2 aku ni buat diorang ngantukdan masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Dalam hati aku terjerit2...

"Crap, just let it go, just let it go...let it sink..."

masa tu hati aku berdarah. dan takder sape tau kecuali Allah.

Monday, July 30, 2012

I choose not to cry

ketika aku menaip ni, episod terakhir siri densha otoko masih lagi terpasang.
babak2 akhir cerita ni, dimana yamada, seorang lelaki otaku (gila anime), loser, melafazkan cinta kepada seorang wanita yang cantik, saori setelah mengharungi pelbagai masalah, sambil dibantu oleh rakan - rakan yamada ni di forum internet.

aku rasa ini pertama kali aku tak menonton betul2 drama yang aku follow.
sepanjang episod pertama, pada babak2 yang tak berapa suka aku nak tengok, aku berjalan2 ke dapur, tengok komputer, masuk bilik air. selalunya aku mintak adik aku pause. skarang tidak.

luka tu masih ada, skarang dah keras, susah nak dibuang.
if i have the privilege, i would shout the f word rite now,
but since it's not my style, and this is ramadhan,
i just hope that Allah ease my heart.

ah.

Monday, July 9, 2012

Review ringkas persembahan teater MAKUM 2012

Disini aku akan buat sedikit review ringkas untuk beberapa persembahan dari universiti - universiti yang sempat aku tonton pementasannya iaitu...

Asy - Syura (UPSI)
Dusta (UMP)
Irama dan Lagu (UM)
Rumah Sakit Jiwa (UPM)
Isabella : Kisah Dua Dunia (UPNM)
Realiti Alam Fantasi (UIAM)
Preh (USIM)
Dejavu Seorang Perempuan (UUM)
Cinta Seorang Pencuri (UKM)

9 dari 12 universiti yang bertanding, ok la ye dak?
sayangnya USM tak menyertai kali ni, kalau tak, tentu dah jadi lagi menarik, UM, USM, UiTM adalah tiga universiti yang fakulti persembahan teater tapi sayangnya UM dan UiTM yang menyertai kali ni tidak mendapat tempat dalam 3 tangga teratas, mungkin atas dasar persembahan mereka tidak menepati kualiti standard yang sepatutnya ada di dalam kalangan pelajar - pelajar teater, wallahualam.

1. As - Syura (UPSI)
Skrip : Johan Jaafar
Arahan : Mohd Fahmi Mohd Yunus




sinopsis
Naskhah Asy Syura ini diambil berdasarkan surah Asy Syura , yang berkisar mengenai perbalahan adik beradik iaitu Mid, Nin, Odah, Agok dan Ajis yang sering bercanggah pendapat dalam menguruskan tanah pusaka peninggalan arwah ayah mereka. Ada yang benar - benar mahukan tanah pusaka tersebut untuk dijual, ada yang mahu tanah pusaka itu dibahagi - bahagikan agar masing - masing mendapat bahagiannya dan ada yang tidak mahu ambil peduli langsung mengenai tanah pusaka tersebut. Agok yang mempunyai masalah mental menjadi bahan kekejaman dan keganasan abangnya Mid, apabila tidak dituruti. Pergolakan semakin kusut apabila abang sulung mereka, Mid yang hakikatnya seorang lelaki yang sempurna dengan didikan agama yang tinggi namun sikapnya yang gemar berjudi, tamak, dan keras hati menyebabkan dia dimusuhi oleh orang disekelilingnya. 'Kebisuan' Jarah, isteri kepada Mid lantaran perbuatan suaminya itu dipendam dan tidak pernah diluahkan kepada sesiapa. Hal ini berlanjutan sehinggahlah Inah, anak kepada Nin dan Siah menemui ajalnya. Setelah apa yang berlaku dihadapannya, Mid mula sedar atas semua yang berlaku dek angkaranya sendiri.




review
teater ni adalah teater yang terawal aku tonton pementasannya, memandangkan UPSI adalah tempat kerja Mana Sikana, maka aku menaruh sedikit harapan untuk melihat persembahan yang menarik dari universiti ini, sayangnya, aku sedikit hampa, adakah mereka tidak berhubung dengan prof mana sikana atau tidak untuk mendapatkan sedikit pencerahan dari segi pengarahan? wallahualam, aku pun tidak tahu. Faktor utama yang melemaskan aku dalam pementasan ini adalah pertukaran babak yang terlalu cepat, kadangkala hanya beberapa line dari watak sahaja, tapi telah bertukar babak. Mereka telah membuat dua kawasan untuk ruang lakon iaitu kawasan rumah dan kawasan datar yang seringkali digunakan untuk babak di kedai kopi atau di kawasan tempat kerja pekerja - pekerja ladang. Ditambahkan pula dengan muzik yang sama, aku jadi makin lemas dan rimas menonton setiap kali ada pertukaran babak. Memandangkan mereka menggunakan props rumah yang sama untuk setiap pertukaran babak, cara mereka membezakan rumah watak - watak yang lain adalah dengan menukar kain langsir, dan ini adalah sangat merbahaya, kerana terdapat sekali di mana mereka gagal untuk menukar langsir dengan pantas oleh krew menyebabkan penonton ketawa. Maka dari segi pengarahan, satu pentafsiran lain perlu dibuat untuk mengelakkan masalah teknikal begini berlaku. Kekuatan skrip sebenarnya sudah ada kerana ia adalah hasil karya Datuk Johan Jaafar, rakan seangkatan dengan Prof Hatta dan Dinsman, maka seharusnya ia diberi garapan yang baik oleh pengarah dan untuk pertukaran babak ini perlulah dilakukan dengan lebih teliti untuk mengelakkan kerimasan berlaku kepada penonton. Dari segi lakonan pula, tidak ada apa - apa yang menarik, maka aku sedikit hairan mengapa watak mid, mendapat anugerah pelakon terbaik kerana bagi aku terdapat pelakon lain yang memberi impak yang lebih besar dari ini, mungkin juri menggunakan latar belakang pelajar untuk membuat satu perbandingan dari segi kualiti bagi anugerah ini. Wallahualam. watak Agok sebagai budak terencat akal juga gagal memberi kesan kepada aku, menyebabkan aku tertanya - tanya apakah layak dia mendapat anugerah pelakon harapan. again, mungkin kerana latar belakangnya. Cerita ini adalah seperti drama klise melayu kerana terdapat adegan laki pukul bini, abang pukul adik, maka seharusnya pengarah harus mengarah pelakon supaya tidak terlalu over dalam meluahkan perasaan mereka sehingga terjerit - jerit. Adegan yang menarik adalah dibahagian akhir dimana watak - watak adik beradik ini beratur di dalam formasi 'wedge' atau mata anak panah dan menampakkan mereka akhirnya bersatu. movement yang ringkas namun bermakna. Kesimpulannya, pementasan ini agak sederhana dan hampir - hampir menuju ke paras lemah akibat dari gangguan - gangguan yang aku sebutkan tadi. Dari segi pentafsiran karya, aku dapat lihat pengarahnya ada melakukan sedikit pentafsiran skrip, namun terlalu kecil dan hampir tiada berdasarkan pementasan yang aku lihat.

2. Dusta (UMP)
Skrip : Duduk
Arahan : Hazryl Syafiq Rozeli


sinopsis
Begitu banyak penipuan dan pendustaan terjadi dalam kalangan manusia zaman kini. Tidak kira pangkat dan darjat, tua atau muda, sifat angkuh adalah tuggak utama setiap manusia untuk mencapai cita - cita. Perebutan dan perbalahan demi merebut sesuatu yang menjanjikan kebebasan telah menjadikan setiap orang bermusuh sesama sendiri. Yang paling berkuasa akan terus menguasai dan mengawal kehendak manusia. Setakat manakah manusia mampu berdusta demi mencapai matlamat? Adakah tahap dusta yang tertentu mampu melindungi manusia dari hukuman yang ditetapkan? Yang mana satu dusta paling tinggi? Dusta pada diri sendiri atau pada manusia lain? Adakah anda pun dari pada kalangan orang yang gemar berdusta? setinggi manakah tahap dusta anda?




review
teater ini pula adalah adaptasi dari karya Dudok iaitu Dusta pada skala 1 hingga 10. Idea ceritanya adalah dicedok dari siri filem thriller 'Saw'. Namun aku harus tabik pada penulisnya (bukan atas dasar dia adalah kenalan aku ya? keh keh keh) yang berjaya menggarap dengan baik tulisan ini. Meletakkan falsafah di dalam sebuah karya adalah bukan kerja yang senang dan memerlukan pembacaan yang luas untuk melakukannya. Dari segi lakonan pula aku agak selesa menonton, kerana mereka agak natural ketika berada di pentas, walaupun terdapat beberapa watak yang aku tak berapa nak selesa melihat lakonannya, seperti watak usahawan, yang mana dia melontarkan dialog dengan berlagu - lagu seperti membaca sebuah sajak. Perlu diberi perhatian disini adalah naskhah ini terdapat beberapa unsur kejam atau gore, maka apabila kaki manusia diketuk dengan penukul, ia harus keluar darah, dan ini menjadikan aku tidak berapa selesa kerana peluang itu boleh digunakan oleh pengarah untuk menghasilkan efek yang boleh mengagumkan penonton dan juri. Terdapat juga beberap adegan dimana mereka melakukan sedikit pergerakan synchronize yang bagi aku adalah tidak diperlukan kerana ia tidak memberi apa - apa impak. Namun permulaan dimana mereka bergerak merangkak keluar dari lubang di bawah pangkin bertiang adalah satu pergerakan yang menarik. Sedikit masalah yang aku rasa menganggu pelakon adalah rantai - rantai yang berselirat menyebabkan sesetengah pelakon agak sukar untuk bergerak. Watak artis pula aku rasa, seharusnya dilakonkan oleh pelakon yang kurus dan cantik sedikit, (ceh) untuk memenuhi keperluan watak itu sendiri (nak buat macamana ye dak?). Memandangkan mereka terang - terang mengatakan bahawa ia adalah teater eksperimental, maka apalah salah kiranya adegan diranjang itu lebih diperhalusi di disimbolkan supaya tidak terlalu visual? Dari segi props, aku rasa boleh tahan juga, kerana ia berjaya mengeluarkan mood rumah sembelihan.

3. Irama dan Lagu (UM)
Skrip : Abi Morgan
Arahan : Syahmi Naim


Sinopsis
Irama dan lagu mengimbas kembali perjalanan zaman muda pasangan suami isteri yang sudah lanjut usia. Cinta yang dulu mekar dan harum semakin luntur akibat dimamah usia. Masa adalah satu ciptaan Tuhan yang paling hebat. Disebabkan masa yang berjalan, kita menjadi semakin tua... 'Irama' dan 'Lagu' tidak dapat dipisahkan, namun masa mungkin merubah segalanya.


Review
teater ini aku nanti - nantikan sebenarnya sebab nak tengok pawer tak pawer bebudak UM ni. Dan jangkaan aku tak salah, memang pawer, bukan aku cakap atas dasar UM ni tempat aku belajar, tapi memang berlainan dari persembahan yang aku tengok dari universiti lain, props yang menarik sememangnya memang melayakkan diorang untuk menang anugerah props terbaik, dengan pokok yang dibina menggunakan crane, taburan daun2 kering, katil, set dapur. Aspek yang menarik dan wow dalam pementasan ini adalah bilamana masa dahulu dan masa sekarang di ubah melalui menggunakan props tersebut. Almari yang berlubang di dalamnya digunakan untuk menukarkan dua watak, iaitu watak margaret (watak ketika mudanya) dan maggie (watak ketika tua) dengan perbualan pasangan masing2 yang ketika itu muda. Begitu juga dengan peti ais, ia juga berlubang! dan moment yang wow adalah apabila willy mengimbau kenangan silam apabila dia balik mabok, william (willy ketika muda) masuk dan margaret (maggie ketika muda) keluar dari peti ais dan terus menegur suaminya yang pulang mabok, memberikan elemen kejutan kepada penonton dan kepada pelakon itu sendiri untuk memainkan adegan tersebut! Dari segi lakonan, aku paling sukakan lakonan willy (juga bukan atas dasar aku kenalnya dan dia pernah jadi tukang make up untuk team aku ketika feseni tempohari), kerana wataknya yang tua itu berjaya ditonjolkan dengan gerak badan yang lemah dan sedikit membongkok. Secara keseluruhannya, aku betul - betul menyukai lakonan kesemua pelakon bagi pementasan ini kerana mereka melakonkan dengan natural dan tak perlu exaggerate atau berlebih - lebih tahap emosi mereka, kesemuanya dilakonkan dengan baik sekali. Penggunaan multimedia juga digunakan dengan sebaiknya dengan memancarkan projektor pada kelir yang juga digunakan sebagai props iaitu dinding kawasan dapur. Tanglung yang diikat pada bar yang diturunkan pada adegan akhir juga memberi kesan wow kepada penonton. Kelemahan teater ini adalah pada adegan pergerakan/ tarian yang tak digarap dengan baik oleh pengarah, kerana terdapat beberapa langkah dan step yang kelihatan pelik dan tak kena dengan suasana ketika itu. Secara keseluruhannya, aku selesa dengan pementasan ini kerana aku terkesan dengan pengakhirannya cerita ini yang tidak memberikan gambaran yang jelas apakah pasangan ini membunuh diri atau secara simboliknya telah mati selepas memberikan rumah mereka. Mood romantik dalam cerita ini juga telah berjaya dibawakan oleh pengarah, mungkin beberapa nilai di dalam teater ini yang tidak dapat dipersetujui oleh juri menyebabkan mereka tidak mendapat tempat di dalam senarai 3 tangga teratas kali ini.

adakah review untuk UM ni bias? entah, tapi memang hakikatnya aku selesa dengan pementasan yang tidak ada lakonan exaggerate melampau - lampau dan fake sangat. ha ha ha. Mungkin juri harapkan yang lebih dari student theatre ni kot, tu yang diorang tak diletakkan di tempat 3 teratas.

4.Rumah Sakit Jiwa (UPM)
Skrip : N.Riantiarno
Arahan : Ahmad Qadri Bosbri




Sinopsis
ini adalah sebuah cerita para doktor. Ini adalah sebuah cerita para pesakit, pesakit jiwa. Ini adalah cerita tentang kemunafikan. Dan ini adalah cerita kekalahan menghadapi sebuah sistem yang sudah sangat mampan. Namun, ini juga sebuah cerita yang menentang sebuah sistem. Sebagai seorang doktor di Rumah Sakit Jiwa (RSJ), Dr. ROgusta berharap boleh menerapkan cara penyembuhan melalui pendekatan yang lebih berperikemanusiaan dan bukan dengan cara penyembuhan menakutkan yang hanya mencerminkan kekejaman dan penguasaan. Dr. Rogusta tidak ingin melihat rasa takut pesakit yang membuatkan mereka bertambah sakit. Sementara Prof. Dr. Sidarita merupakan pengarah RSJ yang merasakan kuasa dan arahannya sedang diragui dan dipertikaikan oleh Dr. Rogusta yang baru sahaja bekerja di RSJ. Dr. Murdiwan dan Tunggul yang merupakan pembantu Prof. Dr.Sidarita yang paling senior pula merasakan kedudukan mereka disaingi oleh Dr. Rogusta. Mereka merasakan Dr.Rogusta cuba untuk menunjuk pandai dengan cadangan - cadangan cara penyembuhan yang tidak pernah dikendalikan di RSJ sepanjang 25 tahun RSJ ditubuhkan. Mereka kemudiannya membuat satu rencana untuk menyingkirkan Dr.Rogusta. Dr.Rogusta mengalamai masalah bayangan masa lampaunya yang sering menerjah masuk ke fikirannya, iaitu bayangan ibu dan bapanya yang menghalang pilihan kerjayanya untuk menjadi doktor sakit jiwa. Pelbagai perkara telah menganggu fikiran Dr.Rogusta. Dr.Rogusta akan menghadapi satu corak sistem yang ketak. Setiap uasahanya mempunyai pelbagai dugaan dan ramai yang ingin menghalangnya. Adakah mereka berjaya menyingkirkan Dr.Rogusta? adakah Dr. Rogusta berjaya melepasi dugaan ini? Atau dia akan terperangkap?


Review
teater ni aku teruja nak tengok sebab dia menceritakan tentang hospital sakit jiwa, dan pada awalnya aku ingatkan diorang amek inspirasi dari karya Asylum, rupa - rupanya tidak, ia adalah karya N. Riantiarno, maka sudah tentu watak - wataknya juga bernama seperti orang indonesia, namun, tak seperti kebanyakan pementasan yang lain, pengarah menggunakan medium bahasa malaysia instead of bahasa indonesia, dan ini dapat menimbulkan perasaan yang selesa dikalangan para pelakon. Unless kalau pelakon2 dapat melontarkan dialog bahasa indonesia dengan baik, adalah lebih baik untuk diadaptasikan ke bahasa malaysia, supaya mudah untuk pelakon bertutur dan memberikan kesan lakonan dengan baik. Jika tidak, pertuturan bahasa indonesia itu akan jadi seperti percakapan tanpa lakonan, seperti yang aku tengok kat kebanyakan pementasan yang lain. Dari segi props pulak, aku boleh katakan yang RSJ ni sangat awesome dari segi konsep props nya, dengan sebuah kawasan ofis yang tinggi dan sebuah lagi props mudah alih untuk adegan di dalam rumah. Namun dari segi praktikalnya, props ni agak susah, kerana berduyun - duyun krew datang untuk menukarkan posisi props ini, pada satu aspek ia memang cantik, tapi satu aspek lagi, ia sangat meletihkan, malah ia amat berbahaya kepada pelakon - pelakon yang masih berada di dalam props lagi, takut - takut mereka jatuh dan kecederaan pun berlaku. Dari segi lakonan pula, aku boleh katakan decent, namun disebabkan ia adalah skrip dari indonesia, maka boleh aku katakan mereka berjaya memberikan bau2  indonesia itu dalam persembahan diorang, watak pelakon utama lelakinya pula aku nampak memberikan lakonan yang ok, cumanya selepas diberitahu oleh dr.shark, baru aku perasan yang dia sangat monotonous, dan tak ada variasi dari segi lontaran dialog. Beberapa watak dalam ni juga aku amat kesian, kerana mereka 'playing to the gallery', hampir - hampir jadi slapstick, walhal rasanya tak perlu terover - over untuk tarik gelak ketawa penonton. Untuk orang gila pula, mereka seperti korus, dan seawal pementasan, mereka lah yang mula - mula keluar dulu, dan seharusnya dialog dituturkan dengan jelas dan muzik juga harus seimbang supaya tak lah nanti lontaran dialog tu tak didengari. Bagi orang gila pula terdapat sedikit variasi dari segi kegilaan mereka, namun hanya sedikit dan cuma seorang dua, yang lain semua sama kegilaan mereka, seharusnya mereka perlu mencari kegilaan yang berlainan dan seharusnya mereka pergi ke pusat sakit mental untuk melihat jenis - jenis pesakit mental untuk melihat perbezaan antara satu sama lain. Kesimpulannya, Rumah Sakit Jiwa adalah satu percubaan yang bagus dari UPM, cuma aku berharap agar pelakon - pelakonnya tidak perlu exaggerate sangat menghampiri slapstick kerana komedi itu akan sendiri timbul dari situasi tersebut. aku suka pengakhiran yang mengejutkan walaupun sedikit cliche, dia macam pementasan teater realiti alam fantasi juga, cuma pengakhiran dapat diagak dah dari awal. oh ya, lagu tema untuk hospital sakit jiwa ini juga sangat comel. ha ha ha.

5. Isabella : Kisah Dua Dunia (UPNM)
Skrip : H.M Syakira
Arahan : Ayuni Hassan




Sinopsis
mengisahkan seorang pemuda yang bernama sufi terlalu obses mencintai seorang gadis bernama Isabella. Sufi menganggapkan Isabellaadalah segalanya kepada dirinya walhal Isabella itu tidak wujud tapi Sufi mewujudkannya kerana ketaksuban cinta yang tingga pada gadis itu. Ketaksuban cinta sufi pada Isabella cuba dihalang oleh 2 orang sahabatnya iaitu Khadijah dan Marwan. Sufi juga mempunyai seorang lagi sahabat bernama Zeus, pendirian Zeus berbeza dengan khadijah dan marwan kerana Zeus menyokong tindakan Sufi terus taksub pada Isabella. Pertembungan idea terus berlaku antara Marwan dan Zeus dalam membantu Sufi mencari hala tuju yang sebenarnya, pertembungan ini berakhir dengan pertarungan antara Marwan dan Zeus. Berajayakah Sufi Sufi sedar dari lamunan cintanya kepada Isabella? Mampukah Khadijah dan Marwan menyelamatkan Sufi? Adakah Zeus berjaya memenangi pertarungan dengan Marwan? Semuanya akan terjawab bila gelanggang dibuka.


Review
ketika menonton teater ni, aku lambat masuk, maka mungkin pementasannya dah bermula selama 10 - 15 minit, aku agak terkejut bila aku masuk panggung, sebab props yang agak minimal dan sedikit abstrak. Ya, aku menunggukan sesuatu percubaan yang sebegini, kerana kebanyakan IPTA yang bertanding memilih untuk mementaskan realisme berbanding genre lain. Aku sebenarnya sedikit muak untuk melihat terlalu banyak realisme walaupun aku sendiri sukar untuk menulis skrip lain, tapi Universiti Pertahanan Nasional ni memang berani. Namun, sedihnya...

kualiti persembahan adalah terlalu rendah, pada mulanya aku masih mencari apakah sebab mereka melontarkan dialog - dialog yang indah berpuitis seperti sebuah sajak. Para pelakonnya pula tidak berkomunikasi secara berhadapan, namun berdiri ditempat masing - masing dan melontarkan dialog ke arah penonton walaupun mereka sebenarnya sedang berkomunikasi jika kita dengar dari dialog mereka. Mereka sebenarnya sedang mementaskan DEKON! aku pun baru tahu terma ni semasa belajar disini. DEKON adalah DEKLAMASI SAJAK + LAKON. namun aku sungguh respek pada percubaan mereka yang meletakkan unsur2 pelik, seperti korus2 yang kesemuanya wanita dan memakai baju dengan lambang tic-tac-toe dan beberapa dialog dari mereka yang aku nampak sebagai unsur alienation. Kerana mereka sedang menceritakan kisah romantik dan korus ini pula memberikan elemen yang berbeza. Dari segi lakonan juga, aku tak dapat nak judge, sebab mereka seperti mendeklamasikan sajak, jika pengarah dari mula lagi menetapkan ia adalah teater dan memahami maksud teater itu sendiri, mungkin aku boleh tengok potensi mereka. Satu percubaan berani dari UPNM dan aku sangat - sangat suka konsep mereka, cuma, mereka tidak mempunyai pengetahuan tentang perbezaan teater dan dekon. Persembahan mereka juga amat pendek, sekita 45 - 50 minit saja.

6. Realiti Alam Fantasi (UIAM)
Skrip : Asyraf Syahir Mohd Najib, Ahmad Rasyideen Abd Halim, Afiqah Ali
Arahan : Asyraf Mohd Najib




Sinopsis
realiti alam fantasi mengisahkan pengembaraan Dani untuk menyelematkan adiknya Luna, dari cengakaman penghambaan Raja Maetius. Sepanjang perjalanan Dani, dia akan menemui teman - teman - keberanian, Harapan, dan Kepercayaan serta kebijaksanaan yang akan mengikuti dan membantunya mematahkan serangan raja Maetius dan pegawai - pegawainya - Kejahilan, Kebinasaan dan Ketakutan. Namun, pada realitinya, mampukah Dani menggulingkan pemerintahan Raja Maetius dan selamatkan adiknya?


Review
Pada mula aku menonton teater ni, secara terus terang aku memang nak tergelak dengan bermacam - macam elemen di dalam pementasan ni. Pementasan bermula dengan lagu yang diambil dari game kingdom hearts dan elemen keanak - anakan ini memang membuatkan aku berfikir yang mungkin pengarah ni terpengaruh dengan cerita kanak - kanak atau permainan video. Namun setelah berada dipenghujungnya, aku seperti menggelakkan diri sendiri, kerana aku amat terkejut bahawa ia adalah mimpi dan angan - angan seorang budak yang mengidap penyakit autisme! apatah lagi dalam cerita ini ditunjukkan dimana beliau cuba menyelamatkan adiknya yang ditangkap oleh raja Madius yang kejam dan jahat. Ada elemen sweet disitu, kerana pada hakikatnya adik dan opahnyalah yang menjaga dia setelah kematian ayah dan ibu mereka. Dari segi lakonan, hanya beberapa pelakon sahaja yang aku anggap betul - betul boleh berlakon, dan watak utamanya juga tidak menampakkan lakonan yang baik, props yang telah mereka gunakan amat cantik, namun sayangnya tidak digunakan dengan betul, alangkah bagus jika pintu - pintu yang memberi makna 4 musim ini digunakan dalam pengembaraan watak utama. Props yang dikeluarkan oleh krew - krew juga sedikit menganggu aku, malah ia digunakan oleh beberapa kumpulan yang lain hinggakan UM sendiri pun begitu. Beberapa kali juga pelakon tersilap keluar pentas dan ingin menuju exit keluar dewan dan bukan bahagian tepi pentas, ini juga memperlihatkan ketidakpekaan pelakon kepada ruang lakonan dan amat merbahaya. Kumpulan ini berjaya mendapat anugerah busana/tatarias terbaik dan aku bersetuju dengan juri kerana elemen - elemen watak berjaya ditonjolkan dengan baik menerusi busana yang telah mereka reka, cuma pelakon juga harus berhati - hati kerana props telinga kambing jatuh dan pelakon tidak perasan hingga habis babak, mujurlah ia berjaya dikeluarkan dari pentas. Aksi - aksi lawan juga harus dikoreograf dengan baik untuk mendapatkan kesan yang dramatik, jika tidak dibuat dengan baik, makanya ia harus ditutupi dengan lampu flicker, misalan, untuk mengelakkan penonton geli hati dengan aksi kurang menjadi di pentas. Namun, aku merasakan skrip ini sangat baik jika dipentaskan dengan baik oleh pengarah, kerana skrip ini berjaya menimbulkan kesan keanak - anakan dalam minda kanak - kanak autisme, dan aku yang menonton ini juga tertampar dengan kesan bertolt brecht mereka pada akhir cerita secara senyap. Dan ketika akhir pementasan ini, kesemua penonton senyap dan tidak bercakap apabila mengetahui hakikat sebenar bahawa ia adalah angan - angan pesakit autisme, pada mulanya aku agak hampa kerana sang hero telah dikalahkan oleh raja Madius, dan rakan - rakannya yang membantunya hanyalah angan - angannya saja, kehampaan ini bagai menggambarkan perasaan seorang kanak - kanak autisme yang mempunyai perasaan seperti manusia lain namun tidak dapat menterjemahkannya seperti manusia lain, maka mereka bagai terperangkap antara hasrat dan kemampuan fizikal. Kesimpulannya, kumpulan ini sememangnya wajar mendapat anugerah khas juri kerana berjaya menghasilkan skrip dan memberikan kesan yang berlainan kepada penonton, berbeza dengan persembahan yang lain, cuma yang peliknya pada aku, kenapa salah satu watak rakan hero dalam cerita ini seperti meniru imej Jesus Christ orang kristian? ha ha ha.

7. Preh (USIM)
Skrip : Asma Nadia
Arahan : Mohamad Arif Taslam


sinopsis
Bencana tsunami yang melanda di Acheh telah memberi kesan yang besar dalam diri setiap manusia yang mengalaminya. Setelah tragedi itu berlaku, seorang ibu yang setia dalam penantian  tidak pernah jemu menanti kepulangan Cutbang, anak sulungnya dan bersama - sama dengan si ibu, dua lagi anak perempuannya. Limah si anak bongsu sentiasa mengharapkan khabar gembira, yang dibawa oleh Zein berkenaan Cutbang. Lain pula halnya bagi Bibah, anak kedua di dalam keluarga itu, yang lebih memilih untuk pergi keluar dari tempat itu. Manakala Zein, rakan karib abangnya tetap terus mencari walaupun dia tahu di akhir pencariannya itu adalah sia - sia. Walaubagaimanapun Zein tetapi meneruskan usahanya agar suatu hari nanti dengan usaha ini dia dapat menggantikan tempat Cutbang di dalam keluarga itu. Dalam masa yang sama, Bibah ingin menemui Nordin, kekasihnya di pengungsian. Adakah dengan penantian ini Cutbang akan kembali? Adakah Zein dapat menggantikan tempat Cutbang? Adakah Bibah akan terus menunggu kepulangan Cutbang? Dab adakah dengan kekusutan ini mereka aka terus menunggu?






Review
akhirnya, aku terpaksa review pementasan ini, dan mungkin sedikit bias kerana aku jatuh hati pada pelakon wanitanya (ceh). Sepanjang pementasan ini sebenarnya aku ingin lari kerana telah jatuh hati pandang pertama kepada watak tersebut, ha ha ha, namun memandangkan aku perlu melihat pementasan ini dan belajar melaluinya, maka aku teruskan tontonan walaupun terpaksa menggigit jari sendiri sehingga putus. Elemen yang membuatkan aku rasa bahawa teater ini layak mendapat tempat ketiga adalah kerana para pelakon (terutama tiga orang watak perempuan) berjaya melakonkan watak mereka dengan real menggunakan lontaran bahasa indonesia dengan agak baik. Walaupun terdapat sedu sedan dalam penuturan bahasa Indonesia mereka, namun aku boleh katakan ia adalah antara yang terbaik jika tidak terbaik dalam kesemua pementasan dalam bahasa indonesia. Ia adalah satu perkara yang susah, kerana pelakon bukan sahaja terpaksa berbahasa asing, dia juga terpaksa menghayati wataknya dan tidak menampakkan penuturan tanpa makna. Cuma seorang pelakon lelaki yang membuatkan aku tidak berapa selesa menonton, iaitu sang jejaka yang jatuh hati pada Limah, kerana dia seakan tidak menghayati watak dan tidak memahami peranan dan dialognya (atau mungkinkah aku marahkan dia yang ingin mengorat watak Limah? perbincangan ini boleh menghala ke psikoanalisis, oh tidak!) Dari segi cerita, aku sukakan dimana terdapat konflik antara pegangan agama yang diwakili oleh Limah dan keinginan hati yang diwakili oleh Bibah. Bibah yang mengandung anak tunangnya itu terus - terusan ingin meninggalkan kampungnya dan ingin mencari tunangnya, antara analisis aku, adalah, bukan sahaja dia terlalu cintakan tunangnya lebih dari keluarga, namun kemungkinan besar kerana dia tidak mahu orang melihat perutnya membesar hasil kandungan anak tidak sah taraf. Isu seorang emak yang menanti kepulangan anak juga dimainkan disini dimana anak lelakinya yang pergi (aku terlupa atas dasar apa) dan meminta ahli keluarganya menunggu kepulangannya. Namun, kebenaran tentang dimana hilang lelakinya itu hanya diketahui oleh si jejaka yang ingin mengorat Limah itu tadi, yang aku faham, ketika ingin menolong lelaki itu dari dihempap oleh tembok, dia telah terkorban dan lelaki yang nak mengorat Limah itu pula terselamat dan hanya luka ringan. Antara perkara lain yang menarik tentang pementasan ini adalah dimana pelakon menghormati props rumah. Props rumah direka tidak mempunyai dinding hadapan dan hanya terdapat bingkai kecil untuk mewakili tingkap dan pelakon pula menghormati props ini dengan menganggapnya bahawa dinding rumah yang tiada itu adalah dinding rumah sebenar, dan pelakon hanya melihat pelakon yang berada di dalam rumah melalui tingkap, itu memerlukan konsentrasi yang tinggi dari para pelakon. Secara keseluruhan, pementasan ini berjaya memenuhi kehendak skrip dan watak dengan baik, cuma terdapat beberapa perkara yang harus diambil perhatian oleh pengarah. Jika pengarah berjaya mengolahnya dengan lebih baik lagi, ia memungkinkan pementasan ini untuk naik dari tangga ketiga ke tempat pertama.

p/s : pelakon watak Limah itu bernama Nik Nurul Hanis. aku memang stalker pun.

8. Dejavu Seorang Perempuan (UUM)
Skrip : Ismail Kassan
Arahan : Nor Shaida Shamsuddin


sinopsis
Berkisar tentang kehidupan masyarakat terbuang disebuah daerah terpencil, tempat dimana para pesalah dibuang daerah. Selain penduduk asal, penghuni pekan kecil itu adalah bekas- bekas banduang yang telah tamat tempoh menjalani hukuman buang daerah tetapi ingin terus menetap disitu. Terdapat juga sekumpulan para pendatang tanpa izin Indonesia, pekerja sebuah lombong emas di Hulu Pekan, selain mereka yang menjadi buruh kasar untuk projek rumah murah di pinggir pekan itu.


Review

aku cuba untuk tidak bias dalam review ini kerana isu bahawa sifu aku dr.shark cukup tak berkenan dengan pementasan yang telah mengalahkan TTS dalam festival teater perak tahun 2007 dahulu. Aku juga tertanya, mengapa kumpulan ini dapat tempat kedua? adakah kerana ketua juri Ismail Kassan dan skrip ini juga adalah hasil tulisannya maka terdapat obligasi untuk memberikan tempat kedua secara minda bawah sedar oleh juri - juri? aku pun tak tahu. Terdapat beberapa perkara yag menyebabkan aku berkata begitu. Sebelum itu aku ingin bercerita sedikit tentang lakonan, dari segi lakonan, mereka mempunyai beberapa pelakon yang betul - betul memahami wataknya, seperti watak utama perempuan indonesia itu, aku memang sukakan wataknya, kerana dia dapat memainkan wataknya dengan bagus sekali, hanya sedikit unsur slapstik yang digunakan dan hampir tiada, namun penonton terkesan dengan lakonannya dan ketawa berkali - kali. Dia juga berjaya mendapat anugerah pelakon wanita terbaik Namun pada watak - watak lain, mereka berada di paras yang sederahana, kerana terdapat elemen - elemen ekesagerasi (exaggerate) dalam memainkan wataknya, watak pelacur itu aku boleh kira dimainkan dengan betul. Dan dari segi pemakaian watak pelacur itu, cukuplah aku berkata bahawa produksi ini menghormati budaya sopan melayu (bukan Islam ya). Namun aku harus katakan yang aku menyampah apabila watak suami berbangsa indonesia itu menyanyi. Sudahlah dia tidak tahu bermain gitar dengan betul, nyanyiannya yang tidak kena (bukanlah terlalu sumbang) dengan iringan gitar mainannya yang entah apa - apa (akibat langsung tidak tahu walau satu kord gitar sekalipun) membuatkan aku sakit telinga, dan setiap kali dia ingin menyanyikan lagu aku mahu menutup telinga aku dengan kapas dan mahu katakan 'pergi mati' kepada pelakon tersebut. Bukanlah ia elemen yang penting dalam menilai pementasan ini, tapi bagi aku, sedikit terganggu, kerana mereka memainkan elemen realisme, maka aku perlu memandangnya atas dasar realisme, maka mana pergi sense of reality mereka? seharusnya plakon yang pandai bermain gitar dan menyanyi atau pandai main gitar (sekurangnya tahu satu kord) yang diletakkan diatas, gitar pula seharusnya gitar kapok dan bukannya gitar akustik yang ada sambungan elektrik tu! Dari segi props pula, aku dapat katakan syabas kepada krew kerana berjaya membina dua buah rumah siap dengan props memasak didepan gerai, dan aku dapat rasakan yang nak buat kerja tu pun memang susah. Oleh disebabkan mereka hanya dapat naik ke bahagian teknikal dewan beberapa jam sebelum pementasan, maka tidak hairanlah lighting mereka amat simple sekali. Secara keseluruhannya, antara sebab (mungkin) mengapa pementasan ini mendapat tempat kedua berbanding preh yang mendapat ketiga adalah mungkin kerana elemen props itu tadi yang kelihatan biasa, dan mungkin kerana perbezaan antara kedua dan ketiga itu amat sedikit sekali. mungkinlah.

9. Cinta Seorang Pencuri (UKM)
Skrip : Jean Annouliah
Arahan : Maizura Osman




sinopsis


Benarkah cinta itu buta, tidak mengenal baik dan buruk, tidak mengenal kecantikan dan kejahatan manusia. Benarkah cinta itu menjadikan manusia itu lebih baik atau buruk. Cinta seorang pencuri yang hanya kerjanya mencuri harta orang kaya tapi tidak dengan Gud Dol. Dia memang seorang pencuri kerana mabuk cinta dengan seorang wanita bernama Junaidah. Dia tidak mahu mencari lagi. DIa ingin menjadi orang baik. Itulah pensyaratan yang diminta oleh Junaidah terhadap Gud Dol sekiranya mahu menikahinya. Junaidah tidak tahu apa pekerjaan Gud Dol. Sekiranya Junaidah tahu Gud Dol seorang pencuri, apakah Junaidah ingin mengahwininnya? Bagaimana dengan rakan - rakan seperjuangan Gud Dol? Bolehkah Gud DOl menerima persyaratan Junaidah? Pergolakan berlaku dalam jiwa Gud DOl. Apa yang terjadi? oertanyaan pada cinta seorang pencuri.


Review

kumpulan teater rimba UKM adalah antara kumpulan yang sudah lama menyertai pertandingan - pertandingan teater, mereka juga pernah melakukan pementasan diluar universiti, maka ini adalah diantara sebab mengapa mereka mendapat tempat pertama, kerana pengalaman tersebut walaupun mereka tidak ada graduan dalam bidang teater atau lakonan (sila betulkan kalau aku salah). terus terang aku katakan bahawa ketika menonton persembahan ini, aku baru balik dari gig Mull Debauch di LOT 10. dan aku terpaksa meninggalkan line up - line up band yang bagus dan tak pernah aku tonton terutamanya MUCK pada sebelah malam kerana nak mengejar pementasan ini (aku keluar sedikit awal dari LOT 10 untuk berehat sebab terlalu banyak tenaga digunakan ketika gig, rujuk gambar aku di FB kalau tak percaya). Maka aku mengharapkan pementasan yang kena dengan selera aku dan sesuai juga dengan nama teater rimba, tetapi aku agak hampa pada awal pementasan kerana mereka mementaskan teater slapstik komedi. Dan memandangkan orang malaysia suka lawak - lawak seperti ini (sebab tu banyak filem komedi slapstik kita yang sure bawak untung di panggung, tapi macam dah low sket skarang ni), maka tidak hairanlah mereka mendapat tepukan gemuruh dari penonton. Teater ini telah mendapat anugerah latar bunyi terbaik dan sememangnya aku harus memberi pujian kerana mereka mempunyai lagu dan latar bunyi yang aku kira susah untuk dicipta bagi sebuah pementasan. Aku juga boleh katakan yang teater ini adalah separa muzikal (atau suku) kerana terdapat beberapa lagu yang dinyanyikan oleh pelakon dipentas. props hotel yang dibuat oleh produksi ini dapat dibanggakan walaupun tidaklah memberi kesan yang sangat mengagumkan (kecuali adegan di waktu malam) seperti pementasan RSJ dan irama dan lagu dari UM, namun ia harus diberi pujian kerana bangunan motel ini mempunyai dua tingkat! barangkali mereka menggunakan kren construction sebagai rangka asas. Aku cuma sedikit hampa apabila elemen agama, dimana watak utama lelaki yang pencuri itu menyamar sebagai anak lelaki orang kaya. Dia menyamar sebagai anak orang kaya itu yang mempunyai asas agama (baca : alim) dengan memakai songkok dan membawa tasbih. terdapat satu adegan dimana watak hero ini ingin disalami oleh watak mak cik, tetapi dia tidak berbuat begitu kerana 'bukan muhrim'. Dengan melihat pementasan ini yang banyak adegan sentuh menyentuh antara lelaki dan perempuan, aku anggap ia sebagai satu gesture yang sangat mengguris hati aku kerana mereka tidak memahami sentimen seorang muslim. Namun meskipun begitu, aku boleh katakan bahawa teater ini membawakan komedi slapstik dengan lakonan yang bagus, kerana apabila adegan konflik antara ketua dan rakan - rakan gengster, elemen komedi ini terus bertukar kepada serius dan dimainkan dengan baik sekali walaupun terdapat eksagerasi oleh pelakon, namun aku sangat sukakan perubahan yang ketara ini. Ini membuktikan bahawa pelakon mereka amat bagus dan telah melayakkan mereka untuk mendapat tempat pertama. Namun beberapa persoalan yang tidak terjawab di dalam naskhah ini adalah mengapa si Gud Dol bertutur seperti orang Indonesia? dari manakah datangnya? jika mereka telah bersama dari kecil lagi, maka mengapakah yang lain tidak bertutur sepertinya? pengkhususan watak harus diberikan dengan teliti oleh penulis skrip memandangkan latar telah dinyatakan di dalam skrip tersebut supaya tidak dibiarkan tergantung dan memudahkan pelakon untuk mengenali watak lakonan mereka. Dan antara lain sebab mereka mendapat termpat pertama adalah kerana mereka berjaya membuat pementasan ini dengan elemen muzikal walaupu pada hakikatnya aku sedikit hampa, kerana alat - alat muzik mereka hanya dimainkan dibahagian hadapan, seperti sebuah bangsawan tanpa mengharapkan bantuan teknikal tambahan sepeti sambungan alat muzik ke amplifier dewan, ini menyebabkan bunyi muzik seperti samar - samar. Namun begitu agak efektif apabila ianya tidak menganggu konsentrasi aku sebagai penonton untuk mendengar lontaran dialog dari para pelakon. Walaupun terdapat beberapa watak yang gagal untuk memenuhi keperluan watak, contoh seperti ah chai, karekter nya sudah ada, namun memandangkan dia berhadapan dengan para pelakon yang jauh lebih bereksegerasi, maka kelihatan wataknya tenggelam walaupun terdapat elemen itu dalam dirinya. watak mamak dan polis pula dimainkan dengan lemah juga oleh pelakon kerana dia memainkan dua watak yang berbeza. kenapa perlu watak mamak (atau india?) ini menggelengkan kepalanya walaupun ketika bukan dalam perbualan? oh, ya, aku lupa ini eksagerasi, baiklah, watak polis pula kelihatan normal tidak seperti lain, namun memandangkan ia adalah watak yang datang pada saat terakhir, maka kehadirannya adalah satu elemen lucu dalam pementasan tersebut. Secara kesimpulannya, antara sebab kenapa UKM memenangi tempat pertama adalah mereka berjaya menggabungkan elemen muzikal walaupun tidak banyak ke dalam pementasan ini, meskipun lakonan dan props mereka tidaklah terlalu mengagumkan namun penggunaan setiap ruang dan peranan ini memungkinkan mereka untuk mendapat tempat pertama, dan perubahan dari slapstik kepada serius adalah satu perkara yang sangat - sangat patut diberi pujian kerana tidak ramai yang mampu berbuat begitu.


Keputusan 
berikut adalah keputusan festival teater MAKUM 2012

keputusan Makum (mana yang aku ingat lah)

tempat ketiga : teater Preh (USIM)
tempat kedua : teater dejavu seorang perempuan (UUM)
tempat pertama : teater cinta seorang pencuri (UKM)
pelakon lelaki terbaik : watak mid dalam As-Syura (UPSI)
pelakon wanita terbaik : watak Narti dalam dejavu seorang perempuan (UUM)
pelakon pembantu wanita terbaik : Bibah dalam dalam Preh (USIM) *tak sure
pelakon pembantu lelaki terbaik : william dalam irama dan lagu (UM)
tatarias/busana terbaik : Teater Realiti Alam Fantasi (UIA)
props terbaik : Teater Irama dan Lagu (UM)
Teknikal Terbaik : Teater Rumah Sakit Jiwa (UPM)
Adaptasi/Arahan terbaik : Nuex Rosli, Cinta seorang Pencuri (UKM)

latar bunyi dan muzik terbaik : Cinta seorang pencuri
Pelakon harapan :

1. Agok dalam teater As-Syura

2. nyai tua dalam teater kebayan
3.Tunggul  dalam teater Rumah Sakit Jiwa

4. Pokka dalam teater realiti alam fantasi
5. Lela dalam teater Cinta Sang Pencuri
6. Rohana dalam teater Dejavu Seorang Perempuan

pada mulanya aku tidak berapa setuju dengan juri, tapi lepas aku review ni, baru aku terpk kenapa diorang menang, berikut adalah komen juri yang aku ingat.

Ismail Kassan
-para peserta diberikan bengkel terlebih dahulu mengenai teater sebelum diadakan sesi latihan.
-pencapaian menurun berbanding tahun lepas kerana seharusnya mereka menonton persembahan tahun lepas untuk melihat dan membezakan atau sebagai benchmark untuk mereka memperbaiki mutu persembahan.
-menggalakkan penulisan skrip sendiri
-memberi galakan agar menulis skrip yang mengekspresikan pemikiran generasi mereka terhadap isu sosial dan sebagainya.
-mencipta identiti sendiri dan tidak meniru barat atau tempat lain semata - mata.
-menggunakan teknikal dengan sebaiknya (terutama kesan lampu atau permainan lampu yang dilihat lemah - kata peserta kerana mereka hanya diberi masa untuk melihat teknikal beberapa jam sebelum pementasan)
-berharap agar satu hari nanti peserta MAKUM dapat mementaskan TOTAL THEATRE.


Juri wanita (tak ingat namanya tapi ada Palestin kat belakang)
-tidak mengabaikan budaya, adab dan agama. (menyentuh soal agama dan beberapa adegan ranjang yang seharusnya diperhalusi dengan menggunakan kreativiti).
contoh : tepak sirih yang terbalik untuk menggantikan adegan ranjang (mungkin selepas adegan kahwin)
-tidak terlalu exaggerate dalam lakonan. 'little is better'
-juri sepatutnya mengadili mereka berdasarkan pengetahuan dan latar belakang mereka. (adakah mereka belajar tentang teater atau tidak).

Dr.Rusdi Suboh
-lakonan yang sekadar melontarkan dialog dan tidak menghayati watak.
-penghayatan watak seharusnya dilakukan sebelum dialog dihafal, mereka harus mencari watak dahulu.


rasanya itu sahaja yang aku ingat, kalau ada yang boleh aku tambah, aku akan update nanti, insyaallah. pengalaman menonton MAKUM buat pertama kali ni membuka lagi minda aku untuk mencuba banyak benda lagi, dan sudah semestinya membuatkan aku berhati - hati tentang apa yang aku seharusnya lakukan baik sebagai seorang pengarah, penulis, pelakon ataupun krew pentas.

wallahualam.

p/s : Theatre As a Platform for Dakwah. Impian dua orang sifu aku, Dr.Shark dan Dr.Zainal Latiff.
masih mencari kekuatan dan pengalaman....