Saturday, December 18, 2010

AyatMU

"memang saya nak sayang awak, tapi saya tak boleh"

petang tu aku rasa badan aku lain macam, ya, bila amira datang jer, badan aku jadi sejuk, walaupun masa tu panas, sebab aku ada isu dengan dia, yang datang sekejap dan hilang, kenapa aku mengharapkan begitu? walhal Amira memang dah takder aper2 dengan aku dah, kenapa aku tak tolong dier sebagai kawan biler dier susah? malah aku maki dier,

beberapa tahun sebelum tu.....

bila aku dengar dier dah ader sum1, aku ungkit pengorbanan aku kat dier, dan dier tetap sayang kat mamat tu, aku jadi marah, aper yang dier dah buat yang aku kurang?

"saya sayang kat dier" kata amira
 
dan aku cakap kat dier.....

"dan awak akan cakap lagi dengan 100 lelaki lain lepas ni"

masa tu aku marah sangat, gila2 punya marah, aku tak leh bayangkan macamana dier yang sayang aku satu hari tetiber mintak putus, dalam hati aku cakap


"Lahanat KeJEDI aper semua ni?"

tapi aku lagi satu bodoh, aku yang paksa dia untuk terima aku, dan last skali dier terima aku, dan dier terpaksa lepaskan aku, sebab hati dia tak ada kat aku, dia memaksa diri dier untuk mencintai aku....

"adakah awak masih menyayangi saya seperti dulu?"

dalam surat dia tulis macam tu, dan diakhiri dengan "Selamat Hari Lahir"

Hati

ya, benda yang susah kau nak rely, itu dari pengalaman aku, sebagai lelaki, aku mungkin boleh mencintai seseorang tanpa perlu peduli dengan soal hati, samada aku betul2 mencintai dia atau tidak, walaupun sebenarnyer aku pun tolak 2 cinta orang lain sebab aku memilih sangat.....

S1 - sebab badan dier berisi dan tak lawa, aku tolak pasal tu, kejam kan aku?
S2 - sebab dier pernah dating pegang2 tangan depan aku, aku tengok dier ni macam tak suci jer, ha ha ha ha ha, habis tu aku ni baik sangat ke?

lalu aku renung tepat2 kenapa aku ditolak cinta aku empat kali sepanjang aku hidup ni, kerana hati juga, ya, kerana hati,

aku tak pasti kenapa aku memilih amira, mungkin sebab dier budak yang aku rasa paling lawa kat skolah masa tu, ha ha ha ha ha, gila memilih aku kan?  dan sebab masa tu dier berkapel dengan budak yang aku rasa memang tak leh blah, budak tu kena buang asrama sebab ader kes keluar tak gitau warden, wah, macam aku ni baik sangat kan? persepsi aku ni yang buat aku jahat sebenaryer

dan aku terus memarahi Amira, aku teringat masa tu nak amek mak ke kakak aku kat stesen komuter tapah...

"i dun give a f*** about ur life, i got enough problem of my own, both of my grandmother is in coma"

macam tu lah bunyi nya sms aku, sebab dier cakap aku terlalu sibuk dengan life dier.

beberapa tahun pastu, dier tegur aku, pasal aku macam ader problem, kat ym, sebab rasanya sebab nampak dier online kat ym masa tu, dan aku terus herdik dier dan maki dier kenapa datang balik, hanya sebab kebodohan aku sendiri yang memang bangang ....

dan Amira aku dengar cerita baru break, aku tak pasti kenapa, mungkin tak ada keserasian, ader sekali, sorang mamat ni, dier cakap, muler2 ok, pastu ader problem, bila dah ader problem tu tetiber cinta pada orang tu pudar, tengok orang tu tak hensem la aper la........

Hati

sekarang ni aku belajar, dari dua pengalaman aku, yang aku tak boleh jatuh cinta kerana hati, betul, hati itu penting untuk mengeratkan hubungan, tapi rakan2, bila kita dilanda ombak yang sama bila dah berkahwin, adakah kita mampu mempertahankan hubungan suami isteri nanti? bila isteri, atau suami ko main skandal, pernah tak kita fikirkan semua itu? jadi atas landasan apa kita mencintai manusia lain?

mungkin ini yang Allah nak tunjukkan kat aku, nak aku belajar hakikat percintaan dua manusia ini bagaimana

kita boleh cakap, kita tak ada hati dengan orang ni, sebab tak ada tarikan pada dia, dan sebagainya, tapi bagaimana jika Allah, pemegang segala HATI didunia ini mengurniakan perasaan pada orang yang kita benci?

kita boleh cakap kita mahu jodoh seperti ini, seperti ini, jadi kalau Allah bagi kita perasaan walaupun orang tu tak memenuhi kriteria kita bagaimana?

Jodoh

ya, itu kemungkinan lain juga, tetapi, kadangkala, Allah bagi kita perasaan pada seseorang, mungkin ada sebab tertentu, mungkin bukan kerana orang itu jodoh kita, namun orang itu penting, untuk kita bertemu dengan jodoh kita, untuk jadikan kita kuat

dan kali ini aku mengharapkan cinta yang kuat, sebab aku yakin, cinta itu ada, hati itu ada, namun, bila Allah menarik kembali semuanya, apa alasan logik lagi yang boleh kau lontarkan? jawab cepat wahai rakan2?

tak, aku bukan nak memarahi, memerli, atau menyalahkan sesiapa yang mencari cinta menggunakan kayu ukur hati, bagi aku, cinta dari hati itu juga perlu ada, namun, apa yang aku nak katakan disini, adalah, jangan terlalu bergantung pada hati, macam yang aku dah buat sebelum2 ni.......

aku tak nak marah kat saper2
aku tak nak benci kat saper2

Alhamdulillah, Amira dah lama maafkan aku, aku dapat tau masa sms semalam, aku lega, yang dia dah takder dendam kat aku, kesalahan aku pada dia, dia dah maafkan, dan aku maafkan juga kesalahan dia, jika ada, dan aku berdoa, Amira dipertemukan insan yang terbaik untuk dirinya, insyaallah, awak jangan risau, teruskan pencarian, insyaallah, jodoh awak akan sampai juga nanti, jangan lupa sandarkan pencarian awak itu padaNYA, kerana dialah yang maha mengetahui....

Ya Allah, betapa aku sangat berdosa kerana tidak meletakkan segalanya padaMU

dalam petang yang sunyi di Taman Seri Setia ini

Allah bukakan hati aku untuk melihat cintaNYA

yang lebih luas dan dalam

Betapa dia mahu aku kuat

dan aku tak pasti untuk siapa, adakah untuk jodohku? anak2ku? wallahualam, aku tak pasti, sebab aku tak nampak lagi adakah aku ada jodoh atau pun tak, aku serahkan padaNYA untuk menentukan,

sekali lagi, pada pembaca semua, jika anda terlalu bergantung pada hati untuk mencintaiNYA, maka bila cinta itu hilang, apakah yang dapat anda lakukan?

jika si isteri tidak lagi mencintai suaminya
atau suami tidak lagi mencintai isterinya
atau bila anak tidak lagi mencintai ibu dan ayahnya

apa yang dapat anda lakukan?
buang mereka?

jika anda serahkan cinta anda pada Allah, dan Allah mengurniakan cinta kepada mereka, maka bila Allah tarik kembali, anda tidak akan mudah melatah, dengan rasionalnya, anda akan bertindak lebih tenang dalam mengawal situasi, menyelamatkan rumahtangga dan keluarga, insyaallah, mungkin sebab tu sapa yang kawen muda, berkemungkinan besar untuk bercerai, mungkin saja, aku tak cakap semua, mungkin mereka terlalu meletakkan harapan pada hati, sebab tu dalam Islam, bagi lelaki, sebab utama untuk berkahwin, adalah kerana agamaNYA, dan maksud tu dalam, maka kaitkanlah dengan entri aku ni ya?

bila aku memilih mencari isteri, aku mengharapkan aku lakukannya hanya keranaNYA, aku mencintai hanya keranaNYA, aku mengasihi hanya keranaNYA, aku bina keluarga dengannya hanya keranaNYA

syukur, syukur, syukur ya Allah, aku semakin pulih, dan aku melihat cintaMU dalam hati ku, di petang ini, aku melihatMU dalam hatiku, kehadiranMU dirasai dalam hatiku, dan linangan air mata ku petang ini, hanyalah kerana terlihatkan keindahan cintaMU, aku sayang padaMU ya Rabb, terima kasih atas ayat - ayatMU

korban cinta aku yang pertama aku genggam semat, begitu juga dengan korban kedua, kerana pengorbanan ini mendekatkan aku dengan DIA, menguatkan aku demi jodohku, anak2ku, insyaallah, kalau diciptakan untukku, kalau tiada, dia lebih mengetahui, apa yang terbaik....

ni adalah memento yang takkan aku buang sampai bila2, bukan kerana aku tak move on, sebab ia mengingatkan aku cinta mereka, yang didatangkan oleh Allah untuk menunjukkan betapa Allah menyayangi aku, cinta mereka, adalah simbol cinta dariNYA

encik globe dari Amira, hadiah 7 tahun lepas, yang aku tak boleh buang, sebab kalau aku buang, maknanya aku buang rasa untuk mengingatiNYA


Encik Pensel dari Hidayah, dapat masa raya tahun ni, akan aku pegang sampai aku dah kawen, dan aku akan turunkan kat anak aku, supaya dia tahu cerita aku, adalah cerita dia juga, kerana dia anakku, darah daging aku, sebahagian diri aku.....


cinta mereka, cinta datang dari Allah, menguji aku, untuk aku lihat cinta disebalik cinta, iaitu cinta DIA, ia sebenarnyer adalah cinta yang terselindung, dan dapat diketahui, bagi mereka yang berfikir

kepada mereka, seperti selalu yang aku ucapkan ketika mengakhirkan sesi SMS......

May Allah bless ur days ahead, may He always be with u.....

petang ini, aku jatuh hati lagi, jatuh hati kepadaNYA......

terima kasih ya Rabb.... :')




nah dengar lagu yang best ni.....


Rossa - Ayat Ayat Cinta

Desir pasir dipadang tandus
segersang pemikiran hati
Terkisahku diantara cinta yang rumit

Bila keyakinan ku datang
Kasih bukan sekedar cinta
Pengorbanan cinta yang agung
Ku pertaruhkan

(chorus)
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkinku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita
Cinta ku padamu

Bila bahagia mulai menyentuh
Seakanku bisa hidup lebih lama
Namun harus ku tinggal kan cinta
Ketika ku bersujud... (Last x2)


(back to second line)



rakan2, mari mencintaiNYA, dan mencintai keranaNYA, bukankah kita telah berjanji setiap hari bahawa "solatku, ibadahku, hidupku dan matiku, hanyalah untukMU ya Allah"

5 comments:

  1. best entry...rekemen by Blogger malaysia..best

    ReplyDelete
  2. you cannot hate or forget about your past, because your past is the one who makes u become like this.. today~

    segala-galanya tersirat hikmah dalam ilmu Allah s.w.t. (^_^)

    ReplyDelete
  3. ngeeeee. entri yg mndlm gila! :)

    okayyy. aku faham :')

    ReplyDelete