Sunday, December 26, 2010

Rindu Dia

Kipas berputar ligat dengan kelajuan maksimum

Salleh yang terbangun, terkebil - kebil melihat kipas siling itu, dia cuba mengira - ngira berapa banyak bilah kipas tersebut kerana dia dapat melihat dan mengira satu bilah kipas yang sedang berputar laju, kelebihan? entahlah.

kepalanya berat dan dia sangat mengantuk ketika itu, dia cuba mencari - cari jam untuk melihat pukul berapa sekarang.

"5 pagi?"

ah, awal lagi, kenapa dia perlu bangun pada seawal pagi ini?

dia melihat - lihat kawasan tempat dia tidur

Solehah

isterinya pula sedang nyenyak tidur, namun dia tersenyum dalam tidurnya, mungkin gembira menyambut hari lahir jadinya pada malam tadi dibawa hingga ke mimpi.

"gilo budak ni senyum2 masa tido"

kata salleh dalam hatinya, ah, dia perlu tidur semula, namun, hatinya tidak mahu buat begitu, hatinya terdetik untuk melakukan sesuatu pada awal pagi, tetapi apakah dia?

menonton bola?

bukan

main PS3?

bukan

makan?

takkan makan pagi - pagi begini?

bukankah dia baru sahaja makan semasa menyambut hari jadi solehah pada malam tadi?

ah, apakah dia, lalu dia melihat - lihat sekelilingnya, mungkin ia akan memberinya idea tentang perkara yang dia ingin buat pada awal pagi ini, namun kepalanya berat, dan dia pula harus pergi kerja pukul 7.30 pagi, kerana tempat kerjanya agak jauh dan mengambil masa sekurang - kurangnya setengah jam.

dia terlihat sesuatu yang cukup biasa buat pandanga matanya, dan kebanyakan orang lain.

sejadah

ya, kenapa dia tidak terfikir tadi? bukankah pagi - pagi begini elok untuk bangun awal dan menambah pahala mencari berkat dan rahmat dari Allah SWT?

lalu Salleh bersiap - siap untuk menunaikan ibadah sunat, setidak - tidaknya, dapat mengerjakan tahajjud pun sudah mencukupi, itupun kalau dia tidak mahu buat solat sunat tasbih, tetapi masa banyak lagi, dan rasanya dia mampu untuk melakukan kedua - dua ibadah sunat ini sebelum masuknya subuh.

namun langkahnya terhenti sebelum memasuki bilik air untuk mengambil air sembahyang.

Solehah

"ha ha ha, bagus juga aku kena kan budak ni pagi - pagi macam ni"

detik hatinya

lalu dia mengambil secebok air didalam kolah didalam bilik air, perlahan - lahan, dia tuangkan ke muka isterinya yang sedang nyenyak tidur. Bagai ikan yang baru ditangkap dan diheret ke darat, isterinya itu tercungap - cungap mencari nafas yang hilang akibat curahan air oleh suaminya itu.

"woi, aper curah kat muka orang ni? ada ape? nasib baik tak mati tau, kalau tak nanti, pagi - pagi awaklah yang buat sarapan sorang - sorang, baru tau saya tak ada nanti macamaner...."

bebel Solehah

bebelan isterinya itu langsung tidak membuatkan Salleh marah, malah, dia menggelakkan sahaja isterinya itu yang sedang basah kuyup akibat disiram sebentar tadi. Solehah melihat dan merenung tepat mata suaminya itu, apakah dia gila mengejutkan dia dengan menyiram begitu?

"apa awak ni buat saya macam ni? dah la siram saya macam ni, pastu gelak - gelak pulak, pukul berapa dah sekarang ni?" tanya Solehah

"pukul 5 daa......ha ha ha ha ha ha, eh, awak nampak comel lah sayang, dengan basah macam ni, macam artis ambil gambar dalam majalah mangga pulak, ha ha ha ha ha ha...." gurau solehah

"heeeeee!!!!!" Solehah mencampakkan bantal ke muka Salleh, dan Salleh makin kuat gelaknya dengan perangai isterinya itu.

"dah, dah, saya tahu awak boleh sembahyang kan? jom Qiam nak?" ajak Salleh

"tak mau, penat, orang nak sambung tido lah! esok nak pergi kerja lagi, ah, tapi macamana, tengok tilam dah habis basah dah, saya tido luar jer lah macam ni" rungut Solehah.



Solehah mengambil bantal - bantal yang tidak basah dan bergerak keluar bilik, tidak mempedulikan suaminya, dia perlu cepat, jika lambat, entah apa pula yang akan dilakukannya oleh suaminya nanti.

namun Salleh dengan pantas mencapai Solehah, di memeluk isterinya dari belakang, Solehah semakin keliru, kenapa pula suaminya tadi yang berperangai kebudak - budakan memeluknya dari belakang pula kali ni?

"sayang, jom lah Qiam sama - sama, dah lama kita tak Qiam sama - sama kan? tak best la kalau abang buat sorang - sorang jer, kan selama ni pun kita selalu buat banyak mender sama - sama? memasak, berkebun, makan pun sama - sama kan?" kata Salleh dengan lembut.

kata - kata terakhir Salleh tadi buat Solehah ketawa kecil.

"aper lah awak ni, pelik - pelik jer kejutkan saya macam tu, lepas tu nak Qiam sama - sama, boleh jer, tapi tilam tu nanti awak jemurkan boleh?" balas Solehah, sambil memegang tangan suaminya yang masih memeluknya erat.

"boleh, tapi awak kena tolonglah, berat tau tilam tu, mau patah pinggang saya nanti" gurau Salleh

"padan muka, sapa suruh buat kerja tak pikir dulu" Solehah menyindir Salleh, kalau lelaki lain mungkin sudah berang bila isterinya berkata begitu, namun Salleh hanya tersenyum.

mereka kemudiannya bersiap - siap untuk menunaikan ibadah sunat yang sangat dituntut oleh Islam, apatah lagi bagi mereka yang telah berkahwin, bertambah - tambahlah pahala jika dilakukan bagi mereka yang telah berkahwin, namun pada pagi itu, bukan pahala yang mereka cari, namun penghargaan yang ingin mereka hamburkan kepada yang Esa, Allah SWT, mensyukuri segala nikmat kebahagiaan rumahtangga yang telah mereka capai, meskipun mereka baru berkahwin  2 tahun lalu.

ketenangan pada pagi itu merentap jiwa mereka, tanpa disedari, perlahan - lahan air mata jatuh berjurai di pipi Salleh, ya, dia tahu kebelakangan ini dia sibuk bekerja, malah kerja lebih masa membuatkan dia tidak mempunyai kekuatan untuk Qiam di awal pagi. Malam hujung minggu pula dia hanya memperbanyakkan rehat yang sangat - sangat diperlukan olehnya untuk mencari memulihkan kekuatan bagi kerja pada minggu hadapan pula. Pagi itu dia rasa sangat bersalah, kesibukan mencari kerja, sepatutnya tidak boleh dijadikan alasan untuk tidak melakukan Qiam, kerana Rasulullah yang mentadbir negara dahulu pun mampu untuk bangun awal mengharapkan rahmat dariNYA, benarlah bahawa jika kita membantu agamaNYA, Allah akan membantu kita.

Solehah juga begitu, jauh didalam benak hatinya, dia rasa sedih, kenapa dia mampu menyambut hari lahirnya hingga larut malam tetapi tidak mampu untuk bangun Qiam? bagaimana pula jika mereka dikurniakan cahaya mata nanti? maka mereka tentu akan menjadi lebih sibuk, terutama dia, yang berperanan sebagai seorang isteri yang tugasnya membesarkan anak - anak. Maka dia perlu melatih dirinya untuk lebih berdisiplin, dan mampu bangun Qiam pada masanya yang sama, dia tak mahu kelemahan hatinya buatkan dia rasa berat hati untuk bangun awal pagi, terlalu banyak ganjaran dan hadiah yang diberikan Allah untuknya, kehadiran Salleh dalam hidupnya, kerjanya, dan kemudian mungkin anak - anaknya, maka apakah penghargaan yang sesuai buat yang menciptakan dirinya dan segala nikmat yang dikurniakan jika tidak dengan membalasnya dengan ibadah?

air mata mereka kian kering, sejadah dilipat semula dan disusun ditempat asal ia diambil.

Salleh merenung Solehah dengan pandangan sayu sambil tersenyum, barangkali pandangan tersebut membawa makna yang sangat mendalam, kesyukurannya terhadap kehadiran isterinya, Solehah, yang jua seperti namanya, seorang yang mencari - cari dimana rahmat Tuhan yang menjodohkan mereka berdua.

"awak, dah nak subuh ni, jom kita ke masjid nak? kita naik motor sajalah ya? jimat sikit minya nanti..." ajak Salleh

Solehah memandang dan mengangguk dan tersenyum, dalam senyuman itu dia juga bersyukur kerana mempunyai suami yang sangat giat mencari cahaya Allah SWT, rahmatNYA, cintaNYA, ya, dia bukanlah seorang yang nampak alim, sederhana orangnya, tidaklah ke sana ke mari memakai kopiah, dan dia bukanlah seorang yang giat dalam pertubuhan dakwah, cuma apa yang menarik hati Solehah kepada suaminya adalah ketekunan Salleh dalam mencari erti sebuah cinta yang jauh lebih bermakna dari cinta dia kepada suaminya, iaitu cinta Allah SWT, barangkali sudah jodoh, dan Dia lebih mengetahui yang terbaik buat mereka, dan yang terbaik buat Solehah, adalah Salleh, si pencari cinta abadi.

perlahan - lahan Solehah merapati Salleh, dan dia memegang tangan Salleh, kemudian mencium tangan suaminya itu dengan penuh kasih sayang dan kesyukuran.

"oi, awak ni, alahai, kan dah kena ambek air semayang balik, aduhai, nak salam pun tunggu lah lepas subuh nanti, nak pergi kerja ke...." rungut Salleh.


"padan muka awak, ha ha ha ha, alah, nanti awak ambillah air sembahyang kat masjid sana" balas Solehah

"ya lah tu, elok ambil air sembahyang sekarang, lebih elok..." rungut Salleh lagi.

"buwekkk!!!!!!" ejek Solehah sambil menarik kelopak matanya kebawah tanda ejek.

"ooooo, main - main dia ni ye, jage ko, nah amek ni...." Salleh dengan pantas memegang kepala Solehah, Solehah cuba mengelak, namun tidak berjaya. Salleh dengan perlahan - lahan merapatkan bibirnya ke dahi Solehah, kemudian merenung kembali ke mata cinta hatinya itu.

"I thank HIM for giving me one of the best thing that happens to me; you..." Salleh terus tersenyum, dan mata mereka bertemu, tiba - tiba suara azan kedengaran menandakan telah masuknya waktu subuh, mereka cepat - cepat menuju ke arah motor, Solehah membukakan pintu pagar sementara Salleh menghidupkan enjin motor.

"Sayang, seronok kan bila dapat lepaskan rindu?" tanya Salleh kepada isterinya.

"rindu pada siapa? abang ni ada skandel yeeeeee?" gurau Solehah.

"ha ha ha ha, boleh juga...." balas Salleh, Solehah kemudian mencubit lengan suaminya itu.

"adoi sakitlah, ha ha ha ha, tak lah, rindu kat DIA, yang menemukan awak dengan saya...."

mereka berdua tersenyum, Solehah memeluk erat suaminya, bukan kerana takut jatuh semasa dalam perjalanan ke masjid, namun dia ingin memeluk erat perhubungan halal mereka, sebagai suami isteri, dan berharap agar masjid yang dibina mereka penuh dengan rasa cinta dan ketaqwaan terhadapNYA.

dalam hati Solehah terdetik....

"jika ini cinta yang kau berikan padaku ya Rabb, maka jangan pernah kau tarik rasa cinta ini, kerana aku tak mahu lepas dari perasaan cinta ini, cinta kepadaMU....."

 

 



 

No comments:

Post a Comment