Monday, December 20, 2010

Jurnal Musafir Sang Seniman 1 : Cinta kerana Allah?

(entri khas ini aku tujukan untuk 2 orang insan yang pernah aku cintai, diiringi doa kebahagian buat mereka dan moga bertemu dengan jodoh yang mencintai, menjaga, menemani mereka hingga ke hari tua hanya keranaNYA, kerana itu cinta yang tertinggi, tiada tolok bandingnya, amin...)


Assalamualaikum w.b.t,


malam tadi sudah berakhirnya malam pertama bagi show rantai art di balai seni lukis negara, ya, sila baca entri sebelum ini untuk maklumat lanjut ya? :)

semasa aku memasuki komuter dari bank negara menuju ke batang benar, otak aku ligat berfikir, bagaimana yang dikatakan cinta kerana Allah? Maha suci Allah yang telah menjadikan sesuatu itu penuh hikmahnya, dan apa yang melanda diri aku akhir2 ini, barangkali hikmahnya perlu aku cari, demi mencari cinta dan redhaNYA.

bagaimana yang dikatakan cinta kerana Allah itu? detik hatiku, jadi apa yang aku telah buat selama ini? adakah aku bercinta keranaNYA? atau kerana perkara yang lain?

apakah perkahwinan seorang ustazah dan seorang ustaz itu berlandaskan cinta keranaNYA?
apakah perkahwinan seorang artis kepada seorang bangsa asing dan bukan beragama islam itu berlandaskan cinta kepadaNYA?

perkara ini akan aku kupaskan sedikit masa lagi, sila stay tune ya? :)


masuk kali ni, dah dua kali aku gagal dalam bercinta, ya, barangkali tajuk seperti ini terlalu klise atau tipikal bagi remaja umur seperti aku, namun berkat dan rahmat cinta dariNYA, hati aku merenung sejenak, dan iman aku berfikir atas apa yang terjadi, adakah segalanya mempunyai maksud tersendiri yang dilindungi oleh Allah supaya aku mencari cintaNYA?





background - cerita cinta aku



dalam umur yang masih hingusan, tingkatan dua merupakan zaman remaja yang sangat aktif, dan kesukaran aku dalam bersosial menyebabkan hati aku ingin mencari - cari solusi alternatif, ya, aku dulu bukanlah manusia feveret di sekolah, dengan perangai yang dianggap poyo, anak seorang penolong kanan HEM, barangkali merupakan satu kesilapan jika ditempatkan di kelas yang punya ramai budak - budak asrama, namun dalam kesilapan itu aku belajar mengenai manusia dan cara untuk mengendalikan masalah dalaman aku, masalah peribadi aku,

"mencari sesuatu untuk menenangkan diri aku"

itu alasan aku masa nak mencari awek, barangkali topik tipikal ini jika diajukan pada seorang ustaz dan seorang yang baik didikan agamanya akan mengatakan

"carilah Allah, dan selalulah mengingatiNYA"

namun segalanya tidak mudah seperti yang disangka, walaupun aku ini tidaklah terlalu bagus didikan agamanya, cuma perkara asas itu telah pun dijaga baik oleh kedua ibu bapa, itupun aku masih mencari awek untuk menenangkan diri, bagaimana pula sahabat2 dan saudara2 kita yang didikan agamanya begitu rendah oleh keluarga, adakah kita mampu memberi solusi begitu kepada mereka? mahukah mereka mendengarnya? aku ajukan persoalan ini kepada daie2 dan cerdik pandai sekalian, untuk mereka selami diri mereka, dengan mengaplikasikan sedikit teknik psikologi dan kaunseling, barangkali, mereka akan berjaya, insyaallah.


berbalik pada persoalan utama tadi, dan aku mencari awek, dan setelah setengah mati bertungkus lumus memujinya, merayunya siang dan malam, dan akhirnya kami bercinta pada usia muda, atau cinta monyet kata orang, namun sayangnya, plan aku untuk 10 tahun akan datang, membawa kami ke jinjang pelamin, musnah, kerana pada asasnya, memang dia tak sayang aku pun, itu kesilapan awal aku, dan aku nekad selepas ini, seperti lagu cinta oleh kris dayanti dan melly goeslow.....

"aku junjung petuamu, cintai dia yang mencintaiku...."

barangkali aku perlu mencari insan yang menyayangi aku supaya ikatan kami lebih kukuh.

namun persoalan asas pada permasalahan ini, aku bercinta kerana apa? dan pada kata dasarnya, aku bercinta kerana ISU aku pada ketika itu, iaitu kekurangan kawan, dipulaukan kawan, dan tiada tempat untuk mengadu, darah yang panas pada ketika itu, sukar dipujuk dan disejukkan oleh kata2 nasihat dari ibu bapa yang tak putus2 menasihati aku, atau adik beradik.

maka  pada malam di komuter, aku merumuskan, cinta yang aku kejar, adalah kerana isu, bukan kerana Allah.

maka selepas cerita cinta itu, aku teruskan perlarian dan mencari cerita seterusnya, 2 kali dan 2 insan aku cuba, tak dapat juga, dari tahun 2005 - 2009 merupakan tahun2 yang tidak rancak dalam misi mencari awek aku ni, dan aku teruskan pelarian, demi mencari jodoh aku, dan akhirnya tahun 2010 mencatatkan sejarahnya, bila aku bahagia bertemu dengan cinta aku yang kedua.



pada mulanya, aku mengenali sebagai kawan sahaja, lama2 aku perhatikan bahawa dia mempunyai attachment pada aku, dan aku sukakan keadaan itu, bilamana aku diperlukan oleh orang, itu juga satu isu, dan aku tanya hatinya berkali2, dan kesilapan aku kali ini, ialah aku tidak begitu sabar dan akhirnya dalam kekeliruan dan kekalutan itu, dia menyatakan perasaan cintanya pada aku, ya, itu memang kesilapan aku, aku akui kesilapan itu, maafkan aku.

aku akui, tidak seperti cinta aku yang pertama, aku tidak terus jatuh hati, tetapi aku menerimanya, berdasarkan bait lirik lagu cinta tadi, kerana dia mencintai aku, walhal sebenarnya dia keliru, pada saat ini, aku amat menyesali tindakan aku itu, dan dia menjadi mangsa ketidaksabaran aku, aku sangat kasihan padanya.

orangnya biasa saja, tidaklah seperti miss universe, dan mata aku pun tidaklah jatuh hati pada rupa parasnya, ya, memang itu satu pandangan prejudis aku, yang juga taklah sehensem mana, dan sangat memilih rupa paras, akan aku kupaskan nanti permasalahan ini. Namun aku menerimanya kerana satu perkara, bukan sekadar dia mencintai aku, tetapi dia seperti aku yang mencari - cari cintaNYA, pengalamannya yang keliru dalam jemaah mengingatkan aku kepada peristiwa 2 tahun lepas, dimana aku keliru samada untuk meneruskan niat aku menyertai usaha jemaah tersebut atau meninggalkannya, teringat2 aku lagi saat aku menyatakan hasrat aku untuk keluar dari jemaah tersebut, dan saat dimana aku bertengkar dengan ibu dan ayahku, disaksikan oleh adik aku di dalam kereta unser, 2008 merupakan tahun keliru buat aku, namun akhirnya aku mencari tapak aku : seni, disitulah aku memperjuangkan agamaNYA, insyaallah.

berbalik pada topik perbincangan tadi, ya, aku memilih kerana agamanya, seperti yang disarankan oleh Rasulullah SAW dalam mencari teman hidup; isteri. Kerana aku yakin, aku dan dia mampu melayari bahtera perkahwinan berlandaskan cinta kepadaNYA, satu sebab yang aku rasakan begitu kukuh, yang mengikat tali perhubungan kami.

dan episod2 indah pun berlalu, dan aku amat suka bilamana kami masing2 memperingatkan tugas2 kami sebagai hambaNYA, bila malam aku meningatkanya untuk bangun bertahajjud, dan bila aku terlupa untuk membaca kitabNYA, dia memperingatkan aku, pendek kata, aku melihat kebahagiaan dimata aku.Hati aku yang jauh, semakin dekat dengannya, tanpa aku duga, kerumitan dan kekeliruan dalam hatinya untuk aku.

namun tragedi menimpa diantara kami, dan cinta kami diuji, dan akhirnya tali itu terlerai, oleh kerana ujian yang datang bertimpa2 keatas dia, cinta hatiku pada waktu itu, pada masa itu aku tidak mengetahui apakah puncanya, namun setelah diselidiki cerita sebenar2nya, ia bukanlah seperti yang aku anggapkan pada awal2, ia jauh lebih teruk dari itu, dan tatkala aku mendengarnya, hati aku luluh, hati aku hancur, bukan kerana sakit hati, tetapi aku menangisi nasib yang menimpanya, meningatkan aku pada kakak aku yang mengalami perkara yang sama, jika itu yang aku tahu sejak awal, takkan aku jerit walau sekali apa yang ada dalam hati aku, memandangkan jeritan cinta hatiku itu jauh lebih teruk, permasalahan, kekeliruannya, jauh lebih teruk.

namun setelah reda untuk beberapa ketika, dan aku masih menaruh harapan, untuk menjaganya, untuk menjadi tempat dia bergantung, aku berhadapan dengan satu lagi persoalan cinta kami, iaitu, cintanya pada aku tidak pernah ada, jadi betulkah petua yang diberikan dalam lagu itu tadi?

dan aku murung dan depresi, kerana apa yang aku hajatkan nampaknya semakin kabur dan akan hilang, namun aku terlupa satu perkara, perkara yang hanya aku pada keadaan rasional seperti sekarang yang mampu, persoalan utama


AKU BERCINTA KERANA APA?


sebetulnya, pada pencarian kali ini, aku benar, kerana telah menyandarkan cinta kepadaNYA itu dalam mencari cinta, tetapi pada akhirnya, ketika badai melanda, aku terpesong, dan aku terlupa cinta kepadaNYA, kerana pada ketika itu, aku mencintainya kerana satu : ISU. Aku takut kehilangan dia, aku takut untuk berhadapan dengan dunia yang meminggirkan aku, dan aku jua yang meminggirkan dunia ini, aku keseorangan dalam mencari makna hari esok, tanpa teman rapat atau sahabat. Namun Allah telah mengurniakan aku beberapa insan istimewa, bagi mendengar permasalahan aku, aku berterima kasih atas kehadiran mereka, Alhamdulillah.Pendek kata, aku takut kehilangannya, aku takut SUNYI. Maka episod2 selepas itu, aku mencintainya dalam hati aku, dan bukan lagi keranaNYA, namun takut kehilangan dia, cinta hatiku itu, takut kerana ISU aku sendiri.

seharusnya, jika aku memegang kata2 aku pada awal aku menerimanya dahulu, aku seharusnya mendoakan kebahagiaan buatnya, teringat pula aku pada cerita Bedazzled, dimana seorang laki ini berhajat untuk bercinta dengan seorang perempuan ni, dan dia membuat perjanjian dengan syaitan yang merosakkan hajatnya, namun pada akhir sekali, dia berjaya menamatkan kontrak dengan syaitan tersebut, dengan berhajat mendoakan kebahagiaan perempuan yang dia sayangi itu. Maka itu yang seharusnya aku lakukan, mendoakan kebahagiaannya, mendoakan dia supaya berjumpa dengan insan yang bukan sahaja dia sayangi dengan sepenuh hati, bukan sekadar dapat menjaganya, menjadi tempat dia bergantung harap, namun soal utama, MENCINTAINYA HANYA KERANANYA - ALLAH SWT! dengan itu aku tidak terlalu kecewa, kerana meletakkan harapan aku, doa aku, kepadaNYA, tuhan yang memberikan yang terbaik untuk hamba2NYA, maka itulah kasih sayang dan cinta keranaNYA! bukan dengan memiliki, seperti yang aku harap2kan sebelum ini.

dan aku berharap agar doaku ini termakbul, bila dua insan yang pernah aku sayangi, bertemu jodoh dengan insan yang beriman dan bertaqwa serta mencintai mereka hanya keranaNYA, membentuk sebuah keluarga islam yang menjalankan tanggungjawab sebagai institusi kekeluargaan Islam yang sebetulnya, atas landasanNYA, dan itulah cinta yang sebetulnya yang aku harus hamparkan, dan yang harus aku tanamkan diri aku, dan Alhamdulillah, aku menjumpai cinta tersebut, Syukur padaMU ya Rabb.





Mencintai



baiklah setelah memberitahu cerita cinta aku yang lepas, kali ini, aku nak berkongsi dengan anda semua, apa yang bermain dalam benak hati aku.

sukar bagi aku sebenarnya, untuk betul2 mencintai hanya keranaNYA, ya, sepertimana manusia dan hambaNYA yang lain, aku tak terlepas dari persoalan nafsu dan keinginan mata, jatuh cinta, kerana rupa paras, ya, sukar bagi aku. Seringkali aku jumpa situasi, dimana rupa parasnya cantik dan didikan agamanya bagus, namun itu cumalah helah aku, sebenarnya aku melihat rupa paras itu dahulu sebelum melihat agamanya, dan aku melihat agamanya itu sebagai satu bonus saja, bukan tunjang utama aku jatuh hati.


seringkali kita dengar, seorang lelaki atau perempuan menyatakan ciri - ciri pasangan idaman :

menghormati orang tua
bagus didikan agama
sedap mata memandang
beradab sopan
tidak kedekut
bersederhana

namun kadangkala didikan agama dan yang lain2 itu seringkali kita gunakan untuk menutup helah kita, kerana seringkali kita mencintai insan tersebut kerana ISU kita atau RUPA PARASNYA, aku tahu, kerana aku juga begitu. kerana bila badai melanda, kita akan menggunakan isu2 lain untuk menutup helah kita, ketidakserasian, tiada chemistry, dan sebagainya, maka jika benar kita mencintai keranaNYA, apakah perlu persoalan tersebut? maka bila kita mencari, persoalan yang sebetulnya adalah :

mampukah dia menjadi imam didalam keluarga?
mampukah dia membimbing aku mencari redhaNYA?
mampukah dia mendidik anak2 kearahNYA?

namun persoalan2 sebegini senang di bincang, dan sukar untuk kita mencari penyelesaiannya, kerana fitrah manusia itu dilahirkan berbeza2, apakah kita harus membenci seseorang yang bercinta kerana ISU? menolak cinta kerana ISU? jika begitu, maka kebencian itulah ISU kita sebenarnya. Lalu marilah berdamai, dan memaafi insan2 sebegini, kesulitan dalam hidup, persekitaran, itulah membuatkan mereka berpandangan begitu, aku juga tidak lari dari isu2 sebegini, kerana yang aku cari sebenarnya adalah INSAN YANG DAPAT MENEMANI AKU YANG SUNYI INI, itu adalah isu aku, maka apakah adil untuk aku memarahi 2 insan yang pernah aku sayangi ini, yang menolak cinta aku kerana ISU mereka? maka persoalan ini buat aku bermuhasabah diri, jika aku membenci mereka, maka aku membenci diri aku, memarahi diri aku, yang aku pancarkan pada perasaan kemarahan aku pada mereka.


dan seterusnya persoalan kedua

AGAMANYA


Rasulullah telah menggariskan untuk kita mencari pasangan dengan meletakkan agamanya sebagai satu sebab utama, maka persoalan aku pada kali ini ialah...

JIKA SEMUA ORANG YANG BAIK AGAMANYA BERKAHWIN, MAKA YANG KURANG AGAMANYA BAGAIMANA?

disini aku melihat hikmah dalam dalil tersebut, kerana pada dasarnya, terdapat 3 perkara yang aku mampu fikirkan, bilamana seseorang itu berkahwin keranaNYA :

1.Ingin mengajak bukan Islam memeluk Islam
2.Ingin menyelamatkan Muslimin/Muslimat dari jauh tersesat
3.Ingin membina keluarga Islam yang menjalankan amanahNYA




kita seringkali menggunakan faktor ketiga dalam mencari jodoh, maka bagaimana pula faktor kedua dan pertama?

bukankah Rasulullah dulu mengahwini wanita yang tidak cantik rupa parasnya, janda2, namun atas landasan keranaNYA, ingin mengembangkan Islam, maka Rasulullah mengahwini mereka, dan itu sebenarnya alasan yang terpenting dalam membin rumahtangga, cinta kepadaNYA melangkaui isu2 kita, melangkaui nafsu pandangan kita, melangkaui segalanya, dan itulah kasih sayang yang sebenar2nya berlandaskan DIA, bukan sekadar nafsu mata atau pun isu, dan ITU LAH SEBENARNYA KEKUATAN YANG AKU CARI, DAN MASIH BELUM JUMPA.

kerana pada asasnya, aku masih lagi memilih, memilih rupa paras, mungkin aku boleh berhadapan dengan seorang isteri yang cerewet, tidak memahami, tidak matang dan sebagainya, jika rupa parasnya baik, namun adakah perkara sama yang berlaku jika aku berhadapan dengan rupa paras yang kurang?

dan dengan rendah diri aku bermohon agar dijauhkan dari tipu daya syaitan dan nafsu dalam mencari pasanganku, kerana aku tak mahu tertipu dengan mataku, dengan nafsu ku, biarlah aku mencintai kerana DIA, kerana mahu melihat anak2 ku dididik dengan elok agamanya, dan dapat sama2 mencari kebahagiaan dalam mencari DIA, supaya aku dapat memenuhi tuntutan agamaku, dan mengikut sunnah Rasulullah SAW, amin, kuatkanlah hati aku ya Rabb, dalam mencari cinta hanya keranaMU, hanya keranaMU.


sayang, hopefully we can meet and if u are created for me, then hopefully i can see u soon, but if not, then Allah knows what is best me. :')



p/s : jika ada insan2 yang terasa dan berkecil hati dengan post ini, aku mintak ampun banyak2, bukan aku cuba mengaibkan korang, atau mengutuk, apatah lagi mengeji, sekadar ingin mengajak diri aku dan korang supaya berfikir secara rasional tanpa emosi, bermuhasabah diri, kerana landasan apa kita mencintai seseorang? :)

p/s/s : sebarang bentuk cadangan, luahan, dan idea yang bernas, sangat2 dialu2kan dalam komen, dan jika terlalu panjang, taipkan dalam blog anda, dan pesan kat aku supaya aku baca entri korang yang menjawab, atau berbincang, atau memberi idea tentang persoalan yang sama, sama ada anda bersetuju atau pun tidak, terpulanglah, moga kita dibawah rahmatNYA dalam perkongsian ilmu ini, amin. :)

1 comment:

  1. cakap hukum hakam, halal haram mmg senang. tapi bila berhadapan dengan pelbagai isu.. adakah semudah tu nak buat? orang otak logik pun lum tentu rela nak wat.. keh keh...

    tapi takper.. itu tandanya anda manusia yang
    NORMAL.

    menurut teori perkembangan erik erikson, pada peringkat awal dewasa (20-40) manusia berhadapan dgn isu intimacy vs isolation di mana mereka akan mencari2 pasangan hidup. yup.. ko ada isu... sbb ko dah sampai peringkat yang sepatutnya untuk mencari jodoh.

    soal mencintai kerana Allah s.w.t itu berbalik kepada niat asal, kenapa perlu mencari jodoh? dan ia terlalu subjektif. boleh ditafsirkan dari pelbagai sudut. namun kalo mencintai kerana Allah s.w.t, kita juga perlu pasrah andai tiada jodoh dgn orang tu. sbb kalo dah mencintai kerana Allah, perlu tahu... Dia yang Maha Mengetahui. mengapa Dia izinkan kita break/putus tunang/cerai? sbb ilmu Dia lebih Maha Agung. kalo dah cakap mencintai keranaNya, perlu pasrah bahawa putus juga adalah keranaNya.

    wallahualam..

    nukilan insan yang masih lagi dalam pencarian makna cinta keranaNya

    ReplyDelete